Tuesday 19 November 2013

Indahnya Awan..

Awan dilangit bergerak perlahan..
Ditiup angin yang semakin galak..
Kepulanmu sangat mempesonakan..
Pelbagai bentuk dapat tercorak..

Awan dilangit mencuit hati..
Putih bagaikan buih, biru bagaikan laut..
Hitam tika menggumpal hujan bertali..
Saat itu hatiku kecut..

Akankah awan membentuk hati?
Atau di dada luasmu membentuk kalimah Ilahi?
Supaya keimananku terus teguh berdiri..

Atau.. perlukah ditunggu awan yang baru?
Memberi alamat tentang siapa cinta hatiku..

Lihatlah di langit situ..
Awan berkepul jadi perahu..
Segala angan dan niat tertuju..

Namun.. engkau ialah awan..
Berubah mengikut keadaan..
Segala imej membentuk fikir..
Memberi seribu makna seribu impian..

Tapi mampukah awan terus bertahan?
Kerana sebentar kelak anganku mencair..

Saturday 9 November 2013

The one who falls in love..

He will have to laugh..
He will have to cry..
He will have to receive and lose..

Day and night..
He will have to sigh in solitude..
With a smile on his lips..
Tears on his eyes..

The true lover will give his life smilingly..

He will have to stop..
He will have to go..
He will have to burn..
He will be extinguished too..
He will learn to endure misery silently..

Every branch does not bear flowers in a tree..
Everyone does not get his heart's love..

Sometimes he will be alone..
Sometimes with his lover..
Sometimes he will be with his loved ones..
Sometimes with strangers..

He will walk on thorns with a smile on his face..

The one who falls in love..

Tuesday 5 November 2013

La Takhaf wa La Tahzan..

bismillah~~

semoga aku tetap terus sabar sebagaimana sabarnya Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Aisyah, sabarnya Siti Hajar, sabarnya Permaisuri Asiah dan sabarnya isteri Nabi Ayub..

Allahumma aamiinnn..

kata2 di dalam buku La Tahzan karangan Dr 'Aidh bin Abdullah al-Qarni telah memberiku semangat untuk aku meneruskan hidup sebagai hamba Allah dan terus mengabdikan diri kepada-Nya.

Antaranya:

Ya Allah,
gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan,
balasan kesedihan sebagai perkara yang menggembirakan,
dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman.

Ya Allah,
sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan,
dan padamkan gelodak api jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah,
berikanlah rasa mengantuk sebagai kenyamanan 
bagi mata yang tidak dapat pejam.
Berikan rasa damai bagi jiwa-jiwa yang resah ini
suatu kedamaian dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata.

Ya Allah,
tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya-Mu,
bimbinglah kesesatan ini ke arah jalan-Mu,
dan bimbinglah orang yang tergelincir menuju petunjuk-Mu.

Ya Allah, 
lenyapkan segala keraguan 
dengan cahaya mentari di ufuk timur,
hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan
dengan secerah sinar kebenaran,
hapuskan segala tipu daya syaitan
dengan pertolongan bala tentera-Mu.

di dalam buku ini juga, seorang sejarawan dan sasterawan dari Mesir, Ahmad bin Yusuf, menyebutkan dalam sebuah bukunya yang sangat mengkagumkan dan unik, al-Mukafa'ah wa Husnul 'Uqba..

"Manusia sebenarnya telah mengetahui bahawa penggantian keadaan (yakni lenyapnya kesedihan dan kesulitan) dengan sesuatu yang sebaliknya adalah sesuatu perkara yang pasti sebagaimana lenyapnya malam menandakan munculnya siang. Namun kelemahan tabiat manusia selalu sahaja mengiringi jiwa pada saat terjadinya bencana. Jika tidak diubah, maka akan bertambahlah penyakitnya dan akan semakin besar cubaannya.

Masalahnya adalah bahawa, jiwa harus diberi kekuatan baru pada saat ianya berada dalam kesulitan kerana apabila tidak disuntik dengan kekuatan baru, jiwa akan dipenuhi dengan rasa putus asa yang akhirnya akan menghancurkan diri sendiri. 

Ada dua sikap yang boleh dijadikan sebagai kekuatan agar seseorang mampu meraih manfaat daripada kesulitan yang menimpanya. Pertama, sikap yang paling ringan iaitu memiliki kekuatan hati untuk menerima setiap kesulitan yang menimpanya. Kedua, sikap yang sangat berat iaitu mampu menyerahkan sepenuhnya kesulitan yang dihadapinya kepada Zat Yang Maha Menguasai dirinya dan Yang Maha Memberi Rezeki kepadanya." 

Allahu~~

aku sering teringat pada ayat Kalamullah yang pernah menyuntik semangat baru dalam diriku.. 
di saat aku hilang punca arah dan keyakinan hidup.. aku solat..
seusai solat, Qur'an yang berada di atas meja terus ku capai.. 
tabiatku.. jika aku di dalam kesedihan mahupun kesulitan..
aku akan membaca ayat-ayat cinta daripada Allah sehingga hatiku kembali tenang.. 
aku akan membaca surah ar-Rahman dan surah an-Najm..
iaitu surah kesukaanku..

setelah itu.. barulah mata ini berjalan membaca tafsir ayat cinta Allah.. 
aku masih ingat.. kejadian ini berlaku dua kali apabila mata ini seakan ada magnet yang menariknya untuk berhenti pada sebuah ayat.. surah al-Syarh iaitu surah yang menceritakan tentang kelapangan..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."
(al-Syarh : 5-6)

juga berlaku di saat aku terkadang merasakan kegoyahan iman dalam diri ini.. 
Allah menegurku.. seusai solat Isyak, aku membaca mushaf Qur'an..
dengan cara yang amat halus.. Allah seakan berbicara denganku.. 

"Demi Allah, sesungguhnya kamu masih dalam kekeliruanmu yang dahulu."
(Yusuf : 95)

saat itu, berderai butir-butir jernih mengalir di pipi..
benar kata-Mu ya Allah.. sungguh aku masih keliru waktu itu ya Allah..
aku perlukan seseorang yang sentiasa memberiku tekad dan semangat untuk terus tetap istiqomah..
syukur aku mempunyai teman-teman sebilik yang begitu baik dan sentiasa ada untukku..
mereka sentisa mengingatkanku bahawa..
mujahadah dan istiqomah bukanlah semudah yang dipertuturkan..
perlu ada kekuatan yang menebal..
sebab nak raih redha Allah ini perlukan kita untuk melalui jalan 
yang ramai orang tak sanggup nak lalu..

semoga kesedihan dan kesulitan yang dialami akan berakhir tidak lama lagi..

sempena tahun yang baru ini.. 
aku ingin membuka lembaran kisah kehidupan yang baru juga insyaAllah..

#wakafa billahi wakiila~~






Salam Ma'al Hijrah 1435

bismillah~~

Salam Ma'al Hijrah yg ke 1435..

there is one thing that popped up in my head about this new year..

saya teringat buku 'Wadah Cinta Solehah' karangan Rusnah Abu Samah..
dan saya percaya buku ini sangat bagus..
penuh dengan kata2 semangat..
saya suka..



insyaAllah.. pembaca akan tertarik disebabkan buku ini mempunyai persembahan yg sangat bagus dalam melontarkan idea-idea yang fresh.. buku ini menggunakan warna penuh, grafik, foto dan ilustrasi komik di mana saya percaya remaja2 perempuan insyaAllah sangat menyukainya..

buku ini adalah sebuah buku motivasi untuk remaja perempuan..
saya sangat mengesyorkan buku ini pada sahabat2 perempuan..

terdapat sebuah kata2 yg berjaya mencuri tumpuan saya sewaktu kali pertama membaca buku ini..

"Aku tidak akan melatah hanya untuk keinginan dan tidak akan mengalah hanya untuk keperluanku. Menurutku, cinta adalah sebuah keperluan dan cita-cita adalah sebuah keinginan. Aku percaya, keperluan memerlukan waktu dan kesabaran, suatu saat ia pasti akan datang. Sementara keinginan, dapat datang dan pergi, muncul, hilang dan mungkin akan muncul lagi dengan wajah baru. Aku akan bersabar untuk mendapatkan keperluan hidupku. Dan aku tidak akan mengalah untuk mendapatkan keinginan hidupku."

Dalam Wadah Cinta Solehah ini juga ada digariskan 8 tip untuk remaja perempuan insyaAllah..

1) Jangan memandang rendah keupayaan diri.
2) Sentiasa muhasabah dan perbaiki kelemahan diri.
3) Nak malu biarlah kena pada tempatnya.
4) Sentiasa berfikiran positif.
5) Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja.
6) Badan sihat dan minda cerdas.
7) Hargai diri.
8) Sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

percayalah!
buku ini keren banget!

so.. dengan membaca buku ni..
semoga dapat perbaiki attitude dan personaliti kita yg baru..
dan insyaAllah ke arah yg lebih positif..

Salam Ma'al Hijrah wa Mahabbah~~

Monday 4 November 2013

Heart is fragile..

bismillah~~
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

entri yg pernah ditarikan jemari ini.. 
membuat hati berdetik kembali..
benar sangkaan naluri dan bicara kecil hati..

kata2 ini sering bermain di ruang fikiran..
"dia mungkin sudah berpunya.."
"Kau layan dia sebagai kawan,
tapi dia layan kau dengan harapan..."

itu lumrah persahabatan jika melibatkan jantina yang berlainan betul? :)
pasti salah satu jiwa akan menaruh harapan yg tidak diketahui oleh pihak yang di sana.

Waspada!
jangan terlalu mesra,
jangan terlalu rapat,
jangan terlalu baik.
Kelak ada hati yang terluka.

Bila fikir balik, ada bagusnya hidup single ni.
Kalau ditakdirkan hidup aku sampai sini saja,
at least tak lukakan banyak pihak.

Jangan bermain dengan hati dan perasaan..
Heart is fragile.. lebih2 kalau hati itu milik sang bunga.. 
Jangan sentuh hatinya melebihi yang sepatutnya..
jika niat itu hanya untuk mempermainkan.. 

Saturday 2 November 2013

Wanita Solehah~~

bismillah~~ 

:: wanita solehah itu berbeza :: 

sebelum kaki melangkah keluar pintu.. 
dia bercermin penuh rasa malu.. 
membelek-belek tudung dan baju.. 

bukan untuk cantik.. 
bukan bimbang tidak menarik.. 

tapi demi memastikan syari'at Allah dijaga dengan baik.. 

kerana.. 

kepuasan diri bukan yg utama.. 
kepuasan Allah itu kerisauannya.. 

#wakafa billahi wakiila~~


Friday 1 November 2013

Irdina Safiyya~~

hehe.. ok baik.. enough with ur daydream.. >.<


hehe.. nih kali kedua org cakap budak tecik nih is my daughter.. 
ok.. dua assumption.. =='

first.. is this a sign? or something?
second.. am i that old enough to have a daughter?? oh come one! im just 21.. T_T

kali pertama.. waktu teman kazen pergi nilai 3.. die nak nikah.. so adat laa kan cri barang2 kahwin.. :) time tuh.. ibu si dina nih haa kene jadi juru runding kpd bakal pengantin tuh.. almaklumlah, die da ade pengalaman cari barang2 kahwin nih.. hehe.. :P *bakal pengantin tuh da nak jadi mama org dah pun sekarang,insyaAllah.. doakan die ye.. aamiinnn.. hurmm.. nak dijadikan cerita.. saya diamanahkan oleh beliau (ibu dina) untk menjaga si kecil molek nih.. huhu.. tbe2 ade pekerja2 kedai tuh datang berborak dengan saya.. n dorg mintak nak pegangkan dina kejap.. saya bagi je laa.. sebab tangan pun dah lenguh.. budak nih nampak je kecik, tapi berat.. huh! bertuah betul.. ibu die bagi makan ape tah.. =,= dan tak disangka2.. salah seorang pekerja tuh.. she asked me a killer question.. "is this your daughter?".. and i was like.. "nope.. huhu.. tuh ibu die.." *sambil menunjuk ke arah ibu dina yg leka memilih barang.. hehe.. n she was like.. "ouh i thought she was yours.. she got ur face a bit..".. Allahu~~ mommy face ke akuh nih? =,= kami hanya mampu tersenyum.. tiada kata nak dibalas.. pekerja2 kedai tuh terus leka bermain dengan irdina safiyya sambil menunggu pelanggan yg lain utk datang.. :)

and the second one.. baru je td petang.. kat rumah mak ngah.. aiseh! ingatkan pisang tak akan berbuah dua kali.. so macam mane tuh? huhu.. sepupu yg bawah sikit daripada saya.. senang citer sebaya adik lelaki saya laa.. hurmm.. die nak buat makan2.. katanya nak raikan end of year batch dorg.. :) pape je laa ye dik.. n thanks sbb bagi kami gemuk harini.. ahakz~~ :P hurmm.. dek kerana saya asyik bermain dengan si kecik nih.. sbb rindu sgt2.. lagi sekali di cop mama si dina nih.. adoii.. time tuh kak nuyu (ibu dina) ade kat situ.. saya lepaskan dina sebab tak larat n supaya die boleh bebas berjalan.. >.< *sebenarnya tak larat nak jaga sbb nakal sangat.. tak pandai duk diam.. kawan2 aqilah yg smbut event nih grab laa si dina comel nih.. ting! soalan cepumas! "anak sape nih?" aqilah jawab laa.. "anak kakak aku.. tuh ibu die.." pointing at kak nuyu.. dengar soseh2 bebudak nih.. "ingatkan anak kakak yg pakai baju biru tuh.." pastu aqilah pecah gelak.. ktorg tanya laa kenapa.. aqilah cakap kawan2 die ingat tuh anak saya.. adoiii.. haa kan dah kena soalan maut! "bila nak nikah? hari tuh kursus kahwin pun dah.".. menyirap darah kejap dengar.. hanya mampu senyum je lagi sekali.. =,=

mungkin sebab birthday kami sama.. 
so kebetulan muka kami pun ada iras.. 
haish! 

tapi hakikatnya... SHE IS NOT MY DAUGHTER.. 
AND IM NOT A MOTHER TO BE YET.. 

*mohon maaf di atas kerosakan bahasa di atas.. 

sekian terima kasih..

Rindu Tadabbur~~

bismillah~~

:')

rindu ingin bertadabbur.. bila dibelek2 mushaf suci ini.. mata terus tertangkap pada sepotong ayat..

"tiap2 usaha manusia itu.. insyaAllah, manfaatnya akan kembali kepada dirinya sendiri.. "

seperti yg dinyatakan dalam Surah al-Ankabut : 6 yg bermaksud,

"Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada sekalian makhluk."

ternyata kata2 dari orang tua mahupun warga pendidik itu amat jelas sekali..

"kalau kamu buat banyak tuh, banyak tuh laa kamu dapat.."

subhanaAllah.. facepalm! >.<

kamu dah lama benar tak bercinta macam selalu dengan Yang Maha Satu..
terus kamu meminta itu dan ini.. apa kamu tidak malu?

watawakkal 'alallah. wakafa billahi wakiila..

Dan bertaqwalah kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pemelihara.

:'(

Allah seakan2 menemaniku di sepanjang keluh kesahku..
terima kasih ya Rabb~~