Sunday 29 December 2013

Bilakah Saat Itu..

di saat yang sukar.. kata-kata ini kembali dilafazkan kepadaku..

"yang ku inginkan adalah hatimu.. bukan jasad.."

just so u know.. changing our heart is not as easy as u think..
bukan aku yang ingin berada dalam situasi ini..
tapi Allah yang Maha Berkehendak..

biar aku khabarkan kepadamu..
menunggu sesuatu yang tak pasti.. itu sakit..

biarkan aku jalani rutinku sehari-hari dengan tenang..
kamu baik.. kamu ikhlas.. cuma mungkin aku terlalu penat..

sebenarnya..
aku terlalu penat berbahas soal hati dan perasaan..
impian tinggal angan-angan..
itu sakit dan perit sekali..

aku cemburu setiap kali sahabat-sahabatku..
gembira bila akad dilafaz oleh si suami..
suami yang ikhlas memberikan hatinya..
ada juga yang hanya menunggu masa..
ada nyawa yang lain sedang berdetak jantungnya..
bersama-sama mereka..

perihal itu buatkan aku cemburu..
bagaimana lagi inginku puaskan hati semuanya..

setiap kali kaki ini melangkah ke pusat bayi..
melihat pakaian-pakaian yang indah..
pakaian-pakaian itu buat si comelku..
bahagianya diriku saat itu..
hanya Allah yang mengerti..
biarpun ianya bukan dari darah dagingku..

saat ku terpandang suami isteri..
yang bahagia menanti si comel..
hati ini menangis kesayuan..
mengukir senyuman kepada mereka..
tanda ucapan "selamat berbahagia"..

jika tiada jodohku didunia..
aku redha..

:')

Friday 27 December 2013

Antara Dia dan Dirinya..

bismillah~~

aku juga sama seperti mar'ah lainnya.. punya hati, punya perasaan.. ya, aku akui.. kami begitu lemah disaat hati dan perasaan kami teruji.. tetapi diriku teruji begitu kuat sekali.. :') selagi rasa sayang dan rindu itu ada.. itu juga dinamakan cinta.. cuma yang membezakan sama ada cinta itu kuat ataupun tidak.. aku gemar berbahas soal hati dan perasaan kerana hal itu sangat dekat denganku saat ini.. hati ini telah dicuri, lalu dibuang lantas diangkat dan disambut kembali.. itu berkali-kali.. kata rakan-rakanku, aku ini jenisnya tidak betah dengan ujian hati.. itu tidak benar.. hati ini milik Sang Khaliq.. jika aku merasa suka dan cinta pada seseorang.. itu adalah takdirku.. ya.. cinta yang disia-siakan itu dirasakan sakit sekali.. tetapi, aku juga manusia biasa.. yang ingin kembali dicinta dan juga menyintai.. itu fitrah, sahabat.. jangan kau nafikan itu..

buat masa yang terdekat ini.. aku juga masih merasakan cinta.. tetapi cinta ini cuma tinggal bertepuk sebelah tangan saja.. aku juga tidak tahu.. tetapi dia adalah syabab yang masih kekal dalam hati ini.. dia juga tahu akan hal itu.. aku tidak dihiraukannya.. kadang-kadang, fikiran aku penat mencapai jawapan.. pelbagai perkara yang telah terjadi antara kami.. hubungan kami juga kadang-kadang baik.. kadang-kadang resah.. :') kata orang, itu lumrah kalau kita mahu berada di dalam situasi perhubungan yang sebegini..

aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.. sedangkan ada seseorang yang setia menungguku.. apakah aku kejam? selama ini aku sering berkorban rasa untuk sesiapapun.. tetapi tiada yang sanggup berkorban rasa buatku juga.. kadang-kadang kurasa bahawa dunia ini sedang mentertawakan aku.. seorang gadis yang lurus dan naif.. aku tahu bukan aku seorang sahaja yang mencintainya.. bahkan dia juga pernah mengkhabarkan bahawa ada insan lain yang benar-benar mahukan dia selain dariku.. hati aku sedih tetapi aku membenarkan kata-katanya.. tetapi aku berterima kasih pada Allah.. disaat Allah mengujinya dengan harta.. Allah curahkan mandian rahmat kasih sayang kepadanya.. disayangi begitu ramai oleh orang-orang disekelilingnya.. aku juga tidak pasti sama ada aku masih berada dihatinya atau hanya sekadar teman buatnya.. aku selalu sabar dengan kerenahnya.. hampir semua permintaannya aku penuhi.. seakan-akan ada magnet yang menarik hati aku untuk membantunya.. walaupun hati ini dia sakiti.. :') tatkala dia bercerita aku mendengar dengan penuh tenang walau hakikatnya hatiku saat itu berombak sayu..

ya.. aku tidak menafikan sedikitpun.. aku cemburu bila aku mendapat tahu bahawa ada insan lain selain diriku disampingnya.. bohonglah kalau aku sedikit pun tidak cemburu.. namun, aku pendamkan perasaan itu seorang diri.. aku hanya menceritakan rindu aku pada Allah dan alam sekeliling yang sudi mendengar curhat hati ini.. kerinduan hati pada seseorang yang aku rasa tidak mungkin akan menjadi milikku.. do'a-do'a terus kupanjatkan pada Ilahi agar Dia menjaganya disetiap langkahan kakinya.. aku sedar betapa aku menyayanginya.. dan mungkin juga Allah ingin memberitahuku supaya jangan lebihkan cinta duniawi daripada cinta-Nya.. :') aku juga tidak betah menjadi orang asing buat dirinya.. aku tidak tahu sama ada dia sedar atau tidak tentang kenyataan itu..

aku tidak mahu dia terluka.. aku tidak mahu dia kecewa.. aku juga tidak betah melihat dia dalam kesusahan.. setiap kali aku ingin membantunya, setiap kali itu jualah hatiku berbisik kecil bahawa dia bukan milikku lagi.. :') kenyataan itu sakit sekali bagiku.. namun, aku sanggup korbankan kebahagiaanku sendiri demi melihat senyuman terukir diwajahnya dengan tenang.. dan aku juga sedar aku tidak betah menghukum jiwa dan perasaan yang lain hanya buat kepentingan diriku sendiri.. biarpun telah kucuba berulang kali.. hatiku masih memihak kepada dia.. sekiranya dia sememangnya bukan untukku.. semoga aku diberi kekuatan untuk melupakan dia..

:')

hasbiallahu wani'mal wakiil fani'mal mawla wani'man nasiir..

Farewell..

bismillah~~

fikiranku menerawang jauh..
mencapai suatu jawapan..
yang tak mungkin ada kepastiannya..
kerna jawapan itu adalah masa depanku..

perkhabaran yang diterima..
membuatkan dadaku bernafas sayu..
mungkin tiada jodoh buat kita..
mar'ah itu sepertinya berharap padamu..
jangan dilukakan hatinya..
seperti mana lukanya hati ini..

suram wajah kembali menerpa..
do'a-do'a dalam sujudku..
mungkin tidak didengar Allah..
mungkin ada yang terhijab..

dilemma dalam diri..
Allah saja yang mengerti..
cinta,sayang dan rindu ini..
terlanjur buatmu..

fi hifzillah~~

Thursday 26 December 2013

Ya Tuhan.. Aku Rindu..


Tuhan jagakan dia untukku..
jagakan dia agar air matanya tak lagi jatuh...
jagakan dia agar cintanya selalu penuh..
untaikan senyuman dibibirnya
terangkan cahaya di matanya...
hangatkan hari-harinya agar selalu ceria...
sinarilah malamnya agar tidurnya lelap...
berikan dia mimpi-mimpi indah...
lindungilah dia dari kesusahan..

dia kembalikan hatiku untuk kujaga dan semai kembali..
semaian yang dimahukan fitrah..
aku mohon Kau jagakan dia untukku..
saat aku tidak lagi berada di sisinya lagi seperti dahulu...
sungguh aku amat mencintai dan menyayanginya...
walaupun ku tahu cintanya tidak lagi bersamaku...
hakikatnya.. fitrahku memerlukan dia..
sungguh aku tak mampu memikul rasa ini..
terbeban dengan cinta yang tiada penghujungnya...
tidak betah menahan kecewa dan cemburu..
saat dia tertawa bersama insan lain..
sedangkan Kau telah titipkan rasa cinta..
dalam diri ini dan dirinya..

Ya Allah..
aku titipkan rasa rindu ini kepadanya melalui-Mu..
Kau titipkanlah rasa rindu ini kembali padanya..
jodohkan kami agar kami bisa bercinta lagi..
dibuktikan dengan akad yang sah..
restu dari kedua orang tua..
diiringi do'a para malaikat..
jika dia adalah jodohku..
yang telah Kau titipkan untuk ku...
maka satukan kami dengan ikatan yang Kau redhai...

Ya Allah
Ya Rahman..Ya Rahim...
aku mohon.. Kau panjatkanlah rasa ini..
jauhilah aku dari perasaan kecewa itu lagi..
sungguh aku tak mampu ya Allah..
sungguh aku tak mampu menahan lagi..
setiap kali kutangisi kenangan semalam...

Ya Rabb..
aku gantung hatiku pada-Mu saat ini..
pemilik seluruh jiwa-jiwa..
di saat hati ini goyah..
di saat hati ini menangis...
disaat hati ini kecewa dengan cinta manusia...
hatiku kembali kepada-Mu..
fitrah ini memerlukan-Mu..
juga memerlukan dia..
dapat merintih dan berharap
agar sinar yang telah hilang itu
dikembalikan sekali lagi buat hambamu ini...
satukan kami dengan akad yang sah..
biar cinta dan rindu ini disulamkan bersama..
cinta Ilahi agar semakin kuat ikatannya..

Allahumma aamin..

Thursday 19 December 2013

Ya Rabb.. Sampaikan Rindu Ini..

bismillah~~

semoga dirimu baik-baik selalu..
hanya du'a yg menghubungkan kita..
rasa kerinduan ini lantas kusandarkan hanya kepada Allah..
supaya Dia memelihara perasaan ini..
tidak terjerumus ke lembah hina buat sekian kalinya...

bukan aku tidak ingin membalas rasa cinta..
bagiku cukuplah pengalaman lalu menjadi iktibar..
supaya aku lebih dewasa dalam mengemudi dunia cinta..

bukan salahmu adanya kekurangan..
diriku juga begitu, tiada yang sempurna..
Sang Khaliq itu Maha Adil..
manusia diciptakan saling melengkapi kekurangan..

biarlah rasa rindu dan kecintaan ini..
aku khabarkan pada alam..

biarlah derita hidup ini..
aku hamparkan buat Sang Khaliq..

kerana aku sedar..
aku lebih memerlukan Dia..
lebih daripada sesiapa pun..

Tuesday 17 December 2013

Bicaraku pada ombak..

bismillah~~

tangan ini tidak pernah letih diangkat lantas berdoa..
supaya yang sering dirindui juga merasakan yang sama..
rasa sedih membungkam jiwa..
tatkala kau melepaskan diri ini untuk yang lain..

terkadang fikiran ligat mencari..
apa yang sebenarnya yang merunsing dirimu..
tidak pernah aku bayangkan saat seperti ini terjadi..
buat yang sekian kalinya.. 

bicaraku pada ombak agar ia menarik juga perasaanku ini..
bersama-sama buih di gigi air ke lautan.. 
agar ia menarik kenangan-kenangan yang pernah dilalui..
seperti ia menarik nyawa manusia lainnya..

ku mendongak langit nan biru..
terkadang keredupannya seakan memahamiku..
terkadang kurasa air mata yang mengalir laju..
disapu perlahan oleh kapas awan..

pantai yang menyaksikan banyak perkara..
kisah suka mahupun duka..
semuanya terlakar indah dimemori..
tidak pernah akan terpadam walupun sekejap..
tersemat kemas diikat dengan pepohon rahmat..

anak-anak kecil berlari riang mendapatkan kebahagiaannya..
sedang aku sering saja diuji Sang Khaliq selayaknya..
teringin sekali aku membisikkan kepada mereka..
supaya jangan pernah dewasa..
ianya sakit sekali.. 

semoga dirimu sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya..

Wanie.. 


Monday 16 December 2013

:')

Awak...
Ya. Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan,
Ada tangisan yang tersembunyi,
Ada harapan yang terlukis terang.

Namun di situ,
awak memilih untuk senyum,
awak bertahan dalam diam,
awak yakin dengan doa.

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang Lebih Mengerti.
Awak menangis di hadapanNYA yang jauh Lebih Memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya. Hanya untuk DIA.

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.

Kerana hatimu teguh bersama PENCIPTA...

#hanya mampu tersenyum tatkala mata ditarik magnet kata-kata ni.. 

Allahu.. :') 


Rahsia Duka

Ya Allah..
Seandainya benar dia untukku Ya Allah.. 
Maka Kau mudahkanlah.. 
Sekiranya tidak Ya Allah..
Maka Kau berikanlah aku ketabahan, kekuatan dan kebaikan
walau dimana aku berada.. 


Kita kini terpisah..
Mula mencari arah..
Kadang mencari salah..
Lupa semua karna-Nya..

Mula bermuhasabah..
Munajat kepada-Nya..
Merintih dan meminta..
Agar dikuatkan-Nya..

Andai benarlah dirinya..
Ku mohon Kau mudahkanlah..
Sesungguhnya aku..
Tiada mampu apa-apa..

Andai mengundang murka-Nya..
Rela jauh karna cinta..
Berikanku masa..
Usaha pasti teman setia..

Kelak maharnya tersedia..
Kulukis senyum dan tawa..
Tangisan gembira di atas takdir-Nya..
Terbongkar segala rahsia duka kita..

credit to Syaraf Yusof - Rahsia Duka

Sunday 15 December 2013

Bangkitlah Kembali!

Dia gadis biasa..
Dia bukan gadis yang cantik..
Dia tidak sesolehah yang lain..
Dia akui dia tidak sempurna..
Dia bukan seorang Hafizah..
Dia seringkali lalai dalam agama..

Dia mengesat perlahan pipinya..
Bangkit melangkah laju..
Dalam tangisannya, hatinya kuat berkata..

"Hidup bukan untuk membuatkan orang suka.. kerana redha Allah bukan milik manusia.. Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna.. Tapi aku mahu menjadi hebat di mata Dia."

Seorang Muslimah Itu..

bismillah~~

Seorang muslimah itu...

Bila dia ceria
Seisi alam fana ini turut ceria bersamanya
Tenang damai hatinya
Membuatkan hati insan-insan lain
yang melihatnya turut ceria
Sopannya, nakalnya, lincahnya,
Kadang-kadang tak terkata
Sukar untuk ditafsirkan

Itu muslimah
Dia hanya ikut apa yang Allah takdirkan untuknya
Jika A kata Allah
Maka A lah ikutannya
Jika B kata Allah
Maka B lah amalannya
Begitulah dia,
Biasa-biasa saja
Tenang saja dan mudah didekati
Kadang-kadang dia ni penakut,
Kadang-kadang terlampau berani

Dia dulu anak kecil yang nakal
Kisah muda-muda tak usah dikata
Malu jika diimbau kembali
Hahaha...

Tapi...
Di kala dia berduka
Hari-hari berlalu nampak suram
Langit gelap menangis bersama-samanya
Semut-semut berlari-lari di dinding berikan semangat
Lalang-lalang makin sayu ke kanan kiri

Hati dia lembut,
Dia mudah untuk menangis
Mungkin kadang-kadang dia agak agresif
Tapi dia baik hati
Dia tawadduk
Dia sayang semua orang
Mungkin penduduk langit juga sayang kan dia
Agak pelik jika ada orang membencinya
Rasanya orang yang abaikan dia
Terlalu amat rugi
Jika mensia-siakan dia

Kerana apa???

Sebab dia terlalu istimewa...

Istimewa sebab
Berkali-kali hatinya disakiti
Namamu tetap dalam doanya
Berkali-kali dirinya ditengking-tengking
Namamu tetap dalam doanya
Berkali-kali bajunya dibasahi air mata kerana mu
Namamu tetap dalam doanya

Nampakkk??

Tak perlu kamu tahu itu
Kerana ucapannya saban hari hanya dengan Tuhan
Hanya bila Quran dibaca
Hanya bicara pada alam
Hanya bicara pada yang sudi mendengar
Hatinya makin lali dengan kerenahmu

Gayamu
Kadang-kadang terlalu menyakitkan
Pernah kamu fikir berapa kali
Berapa kali laku mu dibalasnya
Yang dibalasnya hanya senyuman

Buatlah sesuka hatimu
Buatlah sesuka hatimu
Kerana dia tahu
Rasulnya dulu lebih derita
Lebih sengsara
Bermandikan air mata darah
Terluka jasad dan dalam

Tapi dia..
Hanya dalaman yang terluka
Dia akan terus berbuat baik
Hingga kamu malu pada kebaikannya
Malu dengan balasan budinya
Hingga suatu saat
Negatif itu terlalu malu dan menjadi positif sendirinya
tanpa paksa

"Orang yang berbuat baik kepada orang yang baik adalah orang biasa,
tapi orang yang berbuat baik kepada orang yang tidak baik,
adalah orang yang luar biasa"

Kesimpulannya,

Sebelum sampai saat dia dijemput Allah

Hargailah dia...

Salam'alaik..

credit to all the muslimah out there.. 
share it with ur beloved muslimah that you know.. 
how precious they are.. ^_^

especially to my beloved mom for as you brought me into this world as a girl and a woman..

semoga kita kuat untuk meraih cinta Allah.. 
itu adalah kunci untuk segala pintu kekuatan.. 
:)

jom sama2 garap kekuatan dan redha Allah! 

Saturday 14 December 2013

Uhibbuka fillah~~

Bila cintaku memilihmu..
Kau tau itu bukanlah pilihanku..
Tetapi itu pilihan-Nya..

Bila cintaku memilihmu..
Itu bukan kerana cintaku padamu..
Tapi kerana Dia mencintai kita..

Bila cintaku memilihmu..
Biarkan waktu yang menjawab siapakah dirimu..

Bila cintaku memilihmu..
Aku yakin cinta-Nya telah memilihmu 
untuk menjadi teman bagiku menyempurnakan setengah agama ini..

Bila cintaku memilihmu..
Izinkan ku habiskn sisa usiaku
untuk menjadi yang terbaik bagimu..

Atas izin-Nya.. 
insyaAllah kita akan berada di jalan yang sentiasa diredhai-Nya..

Allahumma aamiinnn

July's Princess!

hahaha xD
malam ni jadi senget!
search sume tempat utk cari kajian pasal diri sendiri..
hahaha xD taleh blah! 

memandangkan saya lahir pada July 7th.. 
pada hari Selasa.. 7.40pg.. hahaha >.<
hurmm jum! 

menurut kajian2 yang telah dibuat disekitar daerah di negara internet! ahah! @_@ 

Orang bulan Julai se7en
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. 

kalau pasal kasih sayang... hahaha taleh blah! >.<
- Amat sukar didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

DARAH AB lalalalala~~ ^_^
Orang yang berdarah jenis AB, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuas hati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.

Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah AB  uh-uh! ~_^
* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka.
* Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah.
* Bicaralah tentang seni dan metafizik untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan.
* Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju.
* Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak.
* Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.

mostly banyak yg betul. ahaks~~ 
pape pun.. hidup kena move on.. 

kuat!kuat!kuat! >.<
chia you! you go girl!!
yeah!! haha