Thursday, 19 November 2015

Bismillah..

Tanggal 1 Mei 2015, Allah gerakkan hati aku untuk stalk satu akaun hamba Allah ni. Aku stalk dan dalam masa yang sama, muncul satu perasaan aneh. Aku hiraukan. Aku terus add dia dan aku sapa dia. Ada balasan. Kami berkawan macam aku kawan dengan orang lain. Tapi, entah kenapa aku rasa macam perkenalan kami seperti ada tujuan, bukan sekadar perkenalan biasa sehinggalah Allah gerakkan hati aku untuk bukak news feed and aku terbaca luahan hati sang hamba ini. Astaghfirullah.. aku mengucap panjang.. Air jernih mengalir di pipiku. Pipiku menjadi panas. Tanpa aku mengkhabarkan yang aku terbaca nukilannya, aku terus memberinya kata2 semangat supaya apa yg dicari itu bakal ditemui. Aku memanjangkan akal dengan cuba meminta pertolongan dengan rakan2 lelaki yg ku kenali supaya dapat merealisasikan apa yg dihajatkan sang hamba ini. Sungguh aku tersentuh dengan niat mulianya. Aku mula teringin menjengah foto2nya. Aku sedikit terkejut, di lengannya ber'tattoo'. Tapi, aku hiraukan. Aku cuma memanjatkan syukur kepada Allah asbab perkenalannya dengan arwah Diana, dia mahu terus mendekati Islam kerana merasakan ada kekosongan dalam hati yg perlu diisi. Aku kagum dengannya tentang hal itu. Semakin hari, semakin aku mengenali sosok tubuh yg bernama Hamzah. Sangkaanku meleset. Aku fikir hati ini tak akan tertarik dengannya. Aku lupa pada kata2 sang bijak pandai, "Lelaki dan perempuan tidak akan pernah boleh menjadi teman rapat melainkan salah satunya menyimpan hasrat tanpa disedari oleh pihak yg di sana." Aku cuba berlagak seperti biasa. Tapi, aku tewas. Tewas dengan perasaan. Ternyata, dia juga ada perasaan yg sama. Awalnya, dia hanya menganggapku sebagai teman. Lama kelamaan perasaan itu bertukar dr teman menjadi cinta. Kami berkawan sehingga hari ini. Aku dan dia, aku akui kami berbeza. Berbeza dari segalanya. Hakikatnya, kami sama. Manusia yang punya niat yg sama dr hati yg terdalam yang hanya mahu memperbaiki diri menjadi insan yg lebih baik. Semakin hari, semakin aku tahu kisah pahit maung hidup sosok sang hamba Allah ini. Sungguh, kisah hidupnya cukup untuk membuat air mata ini terus mengalir. Fikirku, kehidupanku tidak seindah yang lain. Ternyata, ada yang jauh lebih sakit dari aku. Serasa, aku ingin kembali ke zaman kanak2nya untuk membuat dia merasa bahagia dilahirkan ke dunia. Namun, itu mustahil. Allah menggerakkan hati aku untuk ini. Untuk aku mengenali sebuah kehidupan baru yang tak pernah aku bayangkan. Aku gembira. Aku gembira setiap kali ada senyuman di wajahnya.

Sekarang, aku tahu bahawa kedua-dua arwah yang sangat disayanginya menginginkan syurga buatnya. Katanya, dia teringin bertemu almarhumah kakaknya Husnul Khatimah dan juga almarhumah Deana Sofea. In shaa Allah, walaupun aku masih belum mendapat tempat yg sepatutnya dihatinya, asalkan hajatnya tertunai. Aku ingin ajarkan dia segalanya yg aku tahu. Semoga Allah membantuku untuk membantunya. Sekalipun Allah ingin mengambilnya kembali ke Kampung Abadi, biarlah kepergiannya juga dalam keadaan yg baik dan juga beriman seperti kedua almarhum. Mohon Allah jangan tinggal dan biarkan kami dan keluarga kami terkontang kanting. Allahumma aamiin. 


19 Oktober 2015
7.13 p.m