Friday 27 November 2015

Wani, kamu kalah..
Kalah dalam mendapatkan hatinya..

Ternyata dia masih tetap yang nombor satu..
Kamu kalah, Wani..

Bertahanlah selagi kau mampu, sayang..

Cemburu tak boleh..
Marah tak boleh..
Bersuara tak boleh..
Semua tak boleh..

It's ok Wani..
Masa kau pun tak begitu lama..
Jika Allah dah tetapkan kematian untuk kamu saat ini..
Aku harap semua orang akan redha dengan pemergianmu..
Kerana kau sudah lakukan segalanya..
Yang terbaik untuk semua..

Tersenyumlah, sayang..
:')
Hari ini tanggal 27 November 2015, dia sakit lagi. Dan aku? Aku tak mampu nak temani dia seperti sebelum ini. Mama ada dengan dia. Tapi, mama kerja. Dan waktu bekerja mama tak seperti aku yang fleksibel. Jam 2 dah bleh punch card out.

Setiap kali aku dengar dia menjerit kesakitan, setiap kali itu juga aku menangis. Jika aku diberi pilihan, ingin aku pergi ke sana. Tapi, apakan daya aku juga sakit2. Aku juga perlukan rawatan. Kalaulah dunia tidak kejam.


27 November 2015
Dungun
11.07 am

Thursday 26 November 2015

Masih kau ingat kata-kata ini? :')

Malam ini aku sedang memikirkan apa itu kebahagiaan. 
kamu tahu siapa yang pertama kali muncul di benakku?
Kamu. :)

Hadirmu ajarkanku banyak sesuatu perihal kehidupan.
Kesederhanaanmu, kesabaranmu, kerendahan hatimu.
Sanggup membuat aku jatuh hati.

Beberapa hal untukmu yang aku suka.
Aku suka merayumu dengan doa.
Aku suka memelukmu erat dalam doa. 
Aku suka memanjakanmu dalam doa.
:')

Maaf jika doa-doaku belum indah. 
Maaf jika cintaku belum tumbuh sempurna.
Maaf jika kasih sayangku masih belum cukup. 
Aku hanya bisa mengarang tinta ini, memberitahu kamu apa sebenarnya ada di dalam hati aku. 
Tapi percayalah, Allah tahu jika di dalam doa dan sujudku, aku memintamu. 

Dalam tabah rindu, aku ingin berdamai sesegera mungkin dengan waktu. 
Aku ingin meniadakan apa pun yang mengganggu.
Termasuk jarak antara kita. 

Satu hal yang harus kamu tahu.
Aku begitu menyukai waktu dimana kita dipertemukan. 
Aku begitu menyukai waktu dimana kita saling mencintai.
Aku begitu menyukai waktu dimana kita saling menggenggam.
Aku begitu menyukai waktu dimana kita saling takut kehilangan. 
Mungkin saat ini mencintaimu dalam dan dengan doa adalah yang terbaik. 
Biarkan kita menang, benar-benar.
Untukmu, untuk kita. 
Aku ingin menang yang mutlak. 

Meski terlebih dulu harus melawan waktu dan jarak.
Aku mencintaimu.
Menjadi suri hidupmu itu sekarang adalah impianku. 
Jika kamu tanyakan kenapa aku milih kamu, itu kerana Allah. 
Aku harap kamu adalah yang terakhir buat aku. 
Jatuh cinta denganmu, melengkapi kebahagiaanku,
Hidup bersama dengan kamu, itu melengkapi keseluruhanku. 
Tetaplah denganku di kehidupan yang bagaimanapun. 

Aku ingin kita mengakhiri hubungan ini dengan akad yang sah.
Supaya kita lebih bahagia dan tenang bersama.

Tanpamu, mungkin aku akan tetap baik-baik saja.
Tapi, percayalah aku tidak suka dengan apa pun yang tanpamu. 
Maaf andai pintaku begitu dan begini..
Maaf andai kau tidak merasakan bahagia..
Maaf andai salah caraku mencintaimu..
Maaf andai kata-kataku mengguris hatimu..
Maaf juga andai kau rasa diri ini menyusahkan..

Sungguh, demi Allah
Tiada apa yang ku mahukan selain yang terbaik
untuk hubungan ini, untuk kita.
Andai kau pintaku untuk melangkah pergi, aku akan
Tapi waktunya bukan sekarang
Kerana ada sebuah janji yang kulakarkan

Ya. Aku cemburu.
Cemburu aku kerana sayang.
Cemburu aku kerana cinta.
Cemburu aku kerana kisah.
Cemburu aku kerana menjaga.
Andai suatu saat nanti, Allah tarik rasa cemburu ini,
pasti saat itu kau akan menyedarinya,
kerana aku sudah lelah.

Sekiranya aku boleh,
mengapa engkau tidak.

Aku tahu aku bukanlah insan-insan hebat
yang pernah berada di hatimu.
Aku bukanlah insan yang mampu memahami kehendakmu

Jika hatimu bertanya,
"Mengapa Allah temukan kita jika ianya seperti ini?"
Aku juga mempunyai persoalan yang sama saban hari.

Semoga Allah menuntunmu ke jalan-Nya.
Aku hanyalah sebagai pengantar.
Aku hanyalah sebagai asbab.
Agar kamu bisa tersenyum lagi bertemu mereka
di taman syurga kelak, In shaa Allah.
Bismillah..

Ya Allah.. Kau kuatkanlah hatiku.. Sebenarnya aku sudah penat menjadi yg selalu mengalah.. Mengalah dengan semua orang.. Diriku tak sempurna.. Tiada yang sempurna.. Aku keliru.. Aku tak tahu arah mana yang perlu aku tuju.. Aku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang benar..

Pertemuanku dengan Hamzah aku anggapkan sebagai ujian besar buat diriku.. Aku percaya Kau punya rencana yang lebih baik.. Sebenarnya aku buntu harus bagaimana lagi untuk aku pastikan supaya dirinya sentiasa dekat dengan diri-Mu.. tapi dia salah faham.. dia salah anggap.. Anggapannya diriku hanya mengongkong dia. Ya Allah sedihnya aku Kau saja yang Maha Mengetahui segalanya..

Salahkah jika aku hanya ingin dia berubah..
Salahkah aku jika hanya ingin yang terbaik buat dirinya..
Salahkah aku jika meminta itu ini buat kebaikan dirinya sendiri..

Kenapa dia cuma fikir aku ni menyusahkan?
Kenapa dia tak nampak sisi baik perkara-perkara yang aku cuba lakukan?

Aku silap ya Allah..
Aku kira penampilan itu hanyalah luaran semata..
Ya. Itu benar. Tapi tidak pada kaum kerabatku.

Dan aku bukanlah kejam mahu mengabaikan dirinya begitu sahaja.
Ya Allah bantulah aku. Bantulah dia. Bantulah kami.
Berikan hidayah kepada kami dan kaum kerabat kami.

Kau detikkanlah hatinya untuk mengubah penampilan dirinya supaya aku tenang berdampingan dengan dirinya. Kau tundukkanlah pandangannya dari pandangan-pandangan maksiat. Kau jauhilah dirinya daripada godaan-godaan hawa nafsu dan syaitan, ya Allah. Aku mohon Kau dekatkanlah dirinya dengan agama-Mu ya Allah. Jangan Kau biarkan dirinya begitu. Sungguh kalau dirinya bukan jodohku, sekurangnya aku dapat melihat ada sinar bahagia yang dia tidak pernah dapatkan sebelum ini, iaitu sinar kemanisan iman. Aku mohon ya Allah. Sungguh aku buntu. Aku sudah tak terdaya lagi.