Friday, 1 September 2023

Yang Terindah Hanyalah Sementara

 Hari ni, 1 September 2023

Hati aku terpanggil utk meluahkan apa yang tak terluah selama ni.

29 Disember 2023 akan genaplah usia perkahwinan aku 5 tahun.

Dengan kehadiran dua putera di sisi, aku bersyukur atas perkahwinan yang selama ni aku jalani.

RAD & RAZ, itulah dua nama yang aku berikan utk mereka membawa diri mereka di atas dunia mahupun di akhirat kelak. Doa mummy sentiasa ada utk anakanda berdua. 

Perasaan aku bercampur baur, antara tawar hati dan sedih. 

Tapi jauh di sudut hati aku masih mengharap suami ikhlas menunjukkan penerimaan aku sebagai isteri. 

Sepanjang perkahwinan, semua yang manis sahaja cerita yang aku taburkan pada keluarga dan kawan2. Hakikatnya aku sahaja yang tahu. 

Namun, biarlah tu menjadi sejarah dan nukilan aku di kehidupan ni. 

Apa lagi yang aku harapkan pada seorang suami yang aku sendiri bermatian memilihnya di hadapan keluarga dan kawan2. Andai aku dapat putarkan balik waktu, nescaya aku akan putarkan masa sebelum aku mengenalinya. 

Rungutan aku sebagai seorang isteri tak pernah berlaku sejak kami mendirikan rumah tangga. 

Tiada wang hantaran, tiada mas kahwin, tiada nafkah bulanan. Semua aku diamkan sahaja. 

Hanya kerana gaji aku lebih besar dr suami, aku tahu aku tak seharusnya merungut. Aku kena terima dia seadanya dia. Namun, apa yang aku dapat di sebalik tolak ansurnya aku itu. 

Dari hari kedua bergelar isteri, herdik dan maki hamun, bahkan sepak terajang menjadi makanan harianku. Lebam2 di badan sudah menjadi biasa bagi aku. Aku lama2 menjadi seperti bangkai bernyawa. Jasad hidup tapi hati mati. Awalnya aku bermandikan air mata sekiranya suami melampaui batas. Tapi sejak akhir2 ni, aku mula memberontak. Aku sudah lali dengan herdikan dan amukan dia. Sentiasa dia ungkit tugas aku sebagai seorang isteri. Aku masih menahan diri aku untuk mengungkit setiap satu yang aku pendam. Namun, semakin lama semakin menjadi2. Dia sudah mula membanding2kan diri aku dengan saudara maranya yang  bukan duduk sebilik, tidur sebantal,  mandi bilik air yang sama. Siapa sahaja yang akan tunjuk sifat sebenar pada orang luar? Tapi itu yang dia nak bandingkan, sepatutnya dia harus cermin diri dia dulu mcm mana dia mulakan rumah tangga ni dengan pertolongan aku 100%, tanpa nafkahi isteri selayaknya. 

Setiap kali aku berfikir untuk keluar dari perkahwinan ni, setiap kali tu aku terbayang muka anak2 ku. Adakah aku sanggup mereka untuk tak ada ayah di sisi? Mereka harus lalui kesan dari apa yang aku dan ayah mereka lakukan? Di seawal usia inikah mereka harus mendengar kawan2 mengejek  ibu dan ayah mereka bercerai? Semuanya bermain dalam kepala. Belum hutang2 yang semakin melambak atas bahu aku. Dia? Tak pernah sekali pun dalam 5 tahun perkahwinan dia tanya, 'Bulan ni berapa komitmen yang nak kena bayar?' Bukan aku mintak untuk die uruskan pembayaran segalanya, cuma sekadar ambil tahu tanggungjawab yang sepatutnya dia galas. Hanya yang dia tahu  kos niaga dia. Duit gaji aku habis semua pada rumah dan anak2. Ini aku tak pernah mengungkit tapi bila dia dah mulakan segala ungkitan dan perbandingan. Layakkah dia? Yang dia tahu hanya complaint tugas aku sebagai isteri. Hello?? 

Aku rasa kelakar dan mahu gelak sepuas2nya. Tugas aku sebagai isteri?? Apa yang sebenarnya die fikir? Die ingat tugas suami tu hanya bagi duit makan rm20 setiap hari?? Dah?? Itu sahaja ke?? 

Ambil guna semua duit dalam bank utk segala urusan. Okay. Tapi bila aku guna? Dia persoalkan duit 'dia' pulak. Sudahnya aku fikir takpe laa. Tak payah laa usik duit dia. Bukannya ikhlas pun. Tapi hampir setiap  kali bergaduh, duit dan kerja lah yang menjadi zikir  suami. Ibaratnya aku tak pernah menyumbang apa2 dalam perkahwinan. 

Sampai aku rasa dia berkahwin dengan aku atas sebab apa ye? Cinta? Aku tak pernah rasa cinta dari dia tu. 

Aku cuba ada di posisi bantu dia naikkan nama perniagaan dia. Sampai habis beribu duit aku. Tapi apa yg die buat? Dia kata aku abaikan tanggungjawab aku hanya sebab aku mintak dia tlg jaga anak sepanjang aku kelas yang hanya berlansung 3 hari waktu tu. Aku tak dapat nak habiskan kelas aku sebab dia kata aku membazir. Itu duit aku. Aku tahu apa aku buat. Hasilnya ramai yang kenal Mr Penyet. Sampai ada customer datang disebabkan marketing aku buat die sampai nak datang cari gerai Mr Penyet. Ingatkan restoran rupanya gerai biasa tepi jalan. Tapi tak apalah. Aku berhenti setakat itu. Itu cara dia berterima kasih pada aku seorang isteri yang nak tengok suami dia berjaya, tapi dihalang niat suci aku. 

Apa sahaja yang die dah buat utk berterima kasih pada aku isteri dia? Hanya rungutan dan ungkit segala2nya yang aku fikir dia tak layak. 

Entah laa biarlah dia dengan cara dia. Satu hari aku akan pergi. Sekarang aku bertahan demi masa depan anak2 sahaja. Aku dengan dia? Sudah mati rasa. 

Monday, 23 November 2020

Setelah Bergelar Isteri

 Bahtera yang dilayari hampir menginjak usia 2 tahun..

Banyak kenangan dan pengalaman yang bersama2 aku sepanjang tempoh tersebut..

Setelah lafaz yang disebut, banyak perkara yang aku rindui.. 

Benarlah kata orang.. Kita lebih mengejar apa yang tiada di depan mata..

Berbanding apa yang telah diberi kepada kita.. 


Banyak manis dan juga pahitnya yang telah dilalui.. 

Sejujurnya, aku masih mencari di mana kebahagiaan sebenar.. 

Bukan kerana aku tidak mensyukuri apa yang telah ditentukan Allah.. 

Tapi sebagai manusia biasa, aku berhak bahagia bukan?


Apabila aku berjalan ke mana2 tanpa si dia di sisi, 

Aku sering berangan2 untuk diri ini diperlakukan seperti pasangan di hadapanku ketika itu,

Si suami menggenggam erat tangan si isteri melihat anak2 berlari bermain,

Si suami suapkan makanan ke mulut si isteri tatkala si isteri hebat melayan kerenah dan tingkah si anak,

Kejutan di hari lahir si isteri daripada si suami tercinta,

Pernah, satu ketika dia memberi kejutan kepadaku,

Tapi cukup untuk sekali itu.


Aku bukanlah isteri yang sering dimanja suami,

Sering dibelai suami, Sering dirangkul suami ,

Entah sampai bila aku akan merasakan  rasa sepi seorang isteri.

Wednesday, 18 December 2019

ROAD TO MATERNITY LEAVE

Assalamu'alaikum Baby R.A.D... Okay kita bertemu lagi di entry kali ni..
Mummy dah janji dekat entry sebelum ni mummy nak sambung cerita awak kan?
Okay lah. Tapi, kali ni mummy nak cerita detik2 terakhir awak dengan mummy kt dalam perut mummy.. Serious mummy rindu sangat awak dekat dalam sekarang..

Tapi, memang kelakar bila mummy ingat2 balik masa mummy nk bersalinkan awak tu kan.. Ekspres betul.. Mummy ni memang ekspres kot orangnya.. Hahahaha xD..

Tanggal 1/10/2019 Mummy dah plan nak ambil cuti Maternity Leave awal tau.. So, Mummy ambil cuti 5 hari awal sebelum Mummy tahu awak nak keluar.. EDD awak sepatutnya 20/10/2019.. Tapi, awak keluar awal pulak.. Kenapa? Tak best ke duduk dalam perut mummy? :'(

Walaupun Mummy cuti awal, Mummy dengan daddy balik kampung 4/10/2019.. sebab Daddy ade keje lagi sebelum tu.. Selesai semua.. Mummy dengan daddy plan nak balik 5/10/2019 pkul 3.00 pagi sebab masa tu lengang and of course jalan tak jam masa tu kan... Tapi baby nak tau tak??? Lain pulak jadinyaaaaa... xD

Pagi 4/10/2019 tu mummy keluar tanda nak bersalin.. lepas mummy pergi toilet, mummy rasa perut mummy memulas.. Masa tu mummy dah aware pasal tanda2 nak bersalin semua tu.. Tapi, tak sangka secepat tu.. Mummy ignore dulu tau.. Lepas tu mummy bukak laptop, layan movie .. Masa layan movie tu, perut mummy memulas.. Rasa macam senggugut.. ignore jugak sebab tak rasa sakit.. Haha giler tak? sampai habis movie tu mummy layan.. xD.. Bila mummy bangun, mummy rasa tak selesa..  Then, mummy nampak darah melekat kat bedsheet n baju mummy.. Mummy bagitau daddy.. But daddy boleh buat tak tahu je?? Haishhh.. So mummy cuba bertenang...  But then, mummy sedar yang mummy tak boleh bertenang... sebab serious mummy rasa sakit perut macam nak buang air besar..

Masa tu mummy tau awak memang dah nak keluar.. Mummy call Tok Ma.. Mummy bagitau yang darah dah keluar and mummy rasa macam nak buang air besar.. Tok Ma cakap 'nak bersalin memang akan rasa macam tu!'... Sudah!!!! Jangan laaa baby keluar dulu masa tu... Mummy tak henti2 doa.. hahaha betapa mummy nak bersalin kat Terengganu..

Mummy dengan daddy kemas baju and letak semua barang2 dalam kereta..  Masa kemas barang tu, mummy dah start rasa false contraction.. yang 40 minit sekali tu... Mummy asyik tgk je berapa minit mummy rasa contraction tu sebab mummy nak allocate masa perjalanan nak balik Terengganu. and guess what? Mummy dekat Seremban masa tu okay! xD Giler Mummy ni kan? Hahahaha

Mummy sempat pergi makan dengan daddy. Masa makan tu, sekali lagi mummy rasa contraction. Mulanya mummy terus nak balik ke Terengganu. Tapi, sebab perut mummy sakit, daddy suruh pergi klinik. So we went to Klinik Menara. Sampai je situ, doktor cakap mummy dah tak boleh balik Terengganu sebab dah keluar darah selalu bukaan dah buka. Doktor buat surat suruh mummy check-in Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Daddy dah mula cuak sebab dia tak tahu nak buat apa. Daddy tanya mummy, "Sakit perut tak?"  xD Mummy cakap laa tak sakit. "Okay kita balik Terengganu laa senang. Harap2 takde pape!"  Tapiiii, sebelum balik tuuuu, sempat lagi singgah kedai air-cond kereta sebab nak tambah gas. Hahaha sempat lagi kan nak fikir macam tu hikhik... Orang lain dah selamat dah pergi hospital... Yang mummy ni sibuk duk bertawakkal... Doa tak henti tau supaya awak jangan keluar tengah jalan ke apa... Tok Ma ngan Tok Nyang dah tunggu dekat Dungun.. Cuak sebab takut bersalin tengah jalan.. Hahaha

So, bertolak lah mummy ngan daddy ke Terengganu. Balik. Alhamdulillah, Allah nak mudahkan perjalanan mummy dengan awak, awak diam je dalam perut mummy masa tu tanpa rasa contraction. Mummy risau jugak sebenarnya tapi mummy kekal bertenang dan teruskan perjalanan and mummy sempat singgah McD hehe sebab awak nak mengidam last minute kannnn... Mummy tak berhenti mana2 dah lepas tu sebab Tok Ma pesan jangan berhenti mana2.. Hahaha tepat jam 8.30pm mummy selamat sampai rumah kat Dungun.  Tok Ma masak lauk kegemaran mummy. Awalnya plan bila dah sampai terus nak check-in hospital. Tapi, memandangkan awak relax je kat dalam and perut mummy tak rasa sakit sangat. So, niat tu ditangguhkan pada esoknya.  Mummy ingatkan awak main2 je kat dalam.

Mummy tidur. Daddy pun tidur keletihan . It was a long journey from Seremban to Dungun took us for 6 hours driving.  Pukul 12.00 tengah malam waktu mummy tidur, perut mummy sakit balik. Tapi, mummy ingatkan jarak masa 40 minit sekali. so mummy ignore sebab mummy mati2 ingatkan tu false contraction.  Jam 1.00 pagi mummy bangun dan mummy rasa sakit perut. Mummy rasa nak tengok jarak masa. Ya Allah!!! Rupanya jarak masa tu dah 10 minit sekali. Mummy tak tahu nak buat apa. Semua tengah tidur. Mummy nak kejutkan daddy ke belum ye? Mummy bukak apps The AsianParent. Mummy  sempat lagi up status! xD

2.30 Mummy kejut daddy sebab mummy rasa dah tak boleh tahan sakit. Sampai air mata mummy dah mengalir tahan sakit contraction. Mummy tahu kejap lagi awak dah nak keluar. Mummy suruh daddy teman mummy bagi semangat. Mummy memang ingat tak sempat dah nak pergi Hospital Kuala Terengganu . Daddy panggil Tok Ma cakap mummy dah sakit perut sangat. Masa tu pukul 4.00am. Kemas beg everything semua. 4.30am gerak pergi hospital . Tapi, mummy sempat tak nak masuk Hospital Dungun sebab mummy tahu at last dorang akan hantar mummy terus ke Kuala Terengganu jugak. So, Pok Teh awak drive kitorang directo to Hospital Kuala Terengganu dengan kelajuan 160km/h. Hahahaha xD. Pok Teh awak tak pernah drive laju macam tu tau! Mummy ye laa. hehe

Dalam perjalanan tu, sampai dekat area Marang, air ketuban awak pecah dalam kereta. Masa tu mummy dah mengucap. Mummy betul2 rasa awak dah nak keluar waktu dalam kereta tu. Tok Ma suruh mummy tahan and kepit kaki mummy. Hahaha kalau tak awak dah selamat dalam kereta Harrier tu dah. hohoho xD Nyawa mummy masa tu rasa nak melayang dah. Mummy hampir nak pengsan dah masa tu. Daddy awak tak payah cakap laa. Daddy pegang mummy dari belakang. Tok Ma pun sama. Ada kat sebelah mummy ajar mummy mengucap semua. Serious mummy ingat masa tu mummy dah nak pergi dah. Sebab mummy dah tak kuat. Perkara yang paling mummy takut masa mengandungkan awak adalah mummy takut mummy tak cukup tenaga nak push awak keluar. Tapi, Allah sentiasa ada dengan mummy. Mummy kuatkan semangat mummy utk awak. Mummy nak awak lahir kat dunia ni dengan selamat. Tepat jam 5.47am , kitorang sampai kat Hospital Kuala Terengganu. Daddy angkat mummy kat kerusi roda and terus bawak mummy ke Emergency Labour Room kat bawah.

Jeritan mummy kuat pagi tu sampai hampir satu hospital tu dengar. Nurse suruh daddy keluar. Mummy baring and then  pakaian mummy semua dorang tanggal. Terkejut  nurse sebab kepala awak dah nak keluar. Patutlah mummy rasa mcm awk memang dah nak keluar tadi. Doctor tak sempat sampai dekat mummy masa tu.  Mummy teran sekuat hati mummy untuk push awak keluar.  Alhamdulillah, tanggal 5/10/2019 tepat jam 6.00pagi seusai orang azan Subuh mummy dengar awak menangis. Masa tu Allah je tahu perasaan mummy. Hilang semua sakit mummy. Tapi, tenaga mummy dah tak ade masa tu. Mummy sempat peluk awak kejap. Then, mata mummy rasa nak tertutup sebab tenaga mummy dah habis. Doctor sampai masa tu then doctor cakap mummy dapat 2nd degree tear sebab mungkin teknik meneran mummy tak betul. Masa tu mana mummy fikir apa2 dah.  Mummy nak awak keluar selamat je masa tu.

Tiba2, mummy dengar nurse panggil daddy masuk untuk azankan awak. Daddy cakap masa tu daddy nangis. Mummy dah mamai masa tu. Mummy terus pengsan. The whole room panicked sebab mummy tak sedarkan diri sekejap.  Then, Dr Aizat datang. Dia kejut mummy. Mummy nak daddy masa tu tapi dorang cakap daddy tak boleh masuk sebab dorang nak jahit tempat luka mummy. Mummy redha je. Sakit dijahit lagi sakit daripada mummy sakit teran awak tadi. Beberapa kali  jugak mummy tertinggi suara sebab dorang tak sempat nak bius mummy sebab mummy datang emergency tadi kan. So setiap kali jarum tu kena kulit mummy memang mummy rasa. Mummy tahan je sambil air mata mummy mengalir. Bibir dengan lidah mummy mengucap tak henti2. Lemah.

Pukul 8.00am  nurse yang bertugas dah check-in kan mummy and awak ke Wad Kenanga  2C.  Mummy nak ucap selamat datang baby Rifqi Ali Dzulqarnain bin Rifai Ali Hamzah ke keluarga. Semoga baby jadi anak mummy and daddy yang kuat dan soleh ye. Mummy and daddy sayang awak sangat.


Saturday, 7 September 2019

ROAD TO 29.12.2018

Hai Assalamu'alaikum readers..

Akhirnya setelah hampir setahun, baru sekarang berkesempatan untuk update perkara2 yg tertangguh ni. Hahahaha lama betul tangguhnya kan.. Al-maklumlah saya bekerja yg masanya tak tentu.. So, fokus family and kerja dulu baru buat benda2 yg boleh mengisi masa lapang... Haa ni sebab ada masa lapang setelah 2 bulan bertungkus lumus dengan nak hantar tender projek.. Okay laa..

Entry kali ni, aku akan cerita macam mana termeterainya kisah kami.. cewahhh.. prosesnya ya Allah.. butuh kesabaran dan kecekalan yang amat tauuuuuuu.. Beberapa kali si dia nak berputus asa dengan dugaan yg melanda kami.. macam2 hal berlaku.. tapi tahun 2018, aku janji dengan diri walau apa pun jadi... I will make it happen.. Alhamdulillah, Allah bantu kami sampai ke penghujungnya.. Namun, prosesnya mcm mana kan?

Haa okay.. setelah hal2 jumpa parents segala macam tu dah settle.. Tiba masa kitorang kena settle bab dokumen pulak.. Ini memang aku dah start ambil cuti dekat company beberapa kali.. Untung company tu milik family so, takde masalah sangat nak apply cuti walaupun aku masih segan nak mati.. Sebab aku tau orang mesti cakap2, "mentang2 laa anak boss.." kannnn hahaha.. pedulikan!  Janji hal aku settle setelah bertahun2..

Okay. Nak dijadikan cerita, aku balik ke kampung aku di Dungun, Terengganu sebab nak melansungkan pernikahan dekat sana kan... Sebab nak tanya proses2 dokumen, and apa yang patut disiapkan sebab aku ada masa 2 bulan je masa tu nak settlekan semuanya..  Tapi masa tu, aku balik sorang2 je.. Pergi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) cawangan Dungun,  kena ambil nombor dan aku tunggu dengan penuh sabar.. Sampai turn aku, cakap dengan  dia,  nak mintak checklist nikah.. Dia tanya aku, pasangan orang mana? Aku cakap Indonesia.. Tapi, alhamdulillah orang2 yg dihantar untuk berurusan dengan aku semuanya baik2 dan tak jenis yang suka meremehkan orang..  So, dia terangkan pada aku satu persatu apa yang perlu aku buat dan siapkan.. Sebab aku bagitau yang aku kerja di Seremban.. So, aku cuma boleh balik sekali sahaja..

Ini checklist yang pegawai tu bagi  and dia bagi lagi satu perakuan nikah  2 salinan (kena bayar RM1.00).. 
tapi aku lupa ambil gambar..

Lepas tu, baliklah aku ke Seremban untuk siapkan segala dokumen yang dikehendaki.. Bagi aku, tak banyak sangat nak kena buat.. cuma untuk suami aku, masa ni dia kena attend kursus kahwin & dapatkan surat kebenaran berkahwin daripada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur... Lagi satu Pengesahan Pas bagi tujuan Perkahwinan Warganegara Asing  di Imigresen Putrajaya.. dan ujian saringan HIV... Ini wajib kalau nikah di Malaysia ye.. sebab suami aku asyik tanya kenapa kena buat ni.. Hahaha dia takut jarum ler tuuu.. xD

Untuk buat semua ni, aku yang bawak suami.. Satu, sebab memang pasangan dua2 kena hadir di kedua tempat ni (Kedutaan Indonesia & Imigresen).. And sebab dia takde kenderaan masa ni.. Satu lagi, aku risau dia pening nak buat apa, so better aku yang temankan dia..  Hahaha nampak tak? Perempuan tak cerewet cuma teliti je bak kata Syamsul Debat.. hikhik.. 

Okay.. berbalik pada yg atas.. So, mula2 aku compilekan semua dokumen yg  tak  susah dulu..  Macam salinan I/C semua tu.. Nasib baik masa aku belajar dulu, kitorang diwajibkan ambil kursus pra-perkahwinan untuk grad, kalau tak, tak boleh grad uollsss... So, tinggal suami aku je nak kena attend kursus tu.. So, aku carikan dia tempat and contact orang tu semua... Dia tinggal pergi dengar dan penuhkan kursus 2 hari tu.. Hari pertama, dia pergi sorang sebab aku kerja.. Hari kedua, aku tunggu dia dari pagi sampai tengah hari tu.. sebab aku cuti.. Hak2..  

Okay settle bab kursus kahwin..  Kitorang pergi pulak ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur  untuk dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin..  Haa nak dijadikan cerita, 3 kali jugak aku ulang alik Seremban - Kuala Lumpur untuk uruskan ni... Tapi takpe, aku buat je.. aku tak melenting pun walaupun suami aku je hangin sikit masa tu.. So, aku kena stay cool.. Huhuhu.. Dia suruh siapkan dokumen sepertimana checklist yang dia bagi.. Yang ni aku lupa nak snap, korang kena pergi tanya sendiri dekat Kedutaan Indonesia.. Cakap, saya nak memohon surat kebenaran berkahwin dengan warganegara Malaysia.. haa nanti dia terangkan..  

So, lepas dah settle semua, dia bagi laaa sekeping surat yang berharga FREEEEEE... Hahaha sebab ada member suami cakap kena bayar RM80.00.. So, kitorg standby laa duitnya masa tu, tapi alhamdulillah dia tak suruh bayar.. so selamat duit kitorang.. Hehe


Haa ni dia suratnya.. 'TIDAK DIPUNGUT BIAYA' lhooo..

Okay settle bab tu.. Lusanya lagi, aku pergi  Imigresen Putrajaya pulak..  bawak surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan Indonesia tadi untuk dapatkan Pas Pengesahan tu.. Okay yang ni agak pening sikit, tapi jangan risau aku terangkan slow2.. 

Imigresen akan mintak isi:
1 - borang permohonan pengesahan pas bagi tujuan perkahwinan warganegara asing 
2 - gambar salinan kad pengenalan dan salinan passport pasangan
3 - surat kebenaran  berkahwin daripada kedutaan
4 - gambar pasangan berlatarbelakang warna biru
5 -  cop rasmi daripada Kementerian Luar Negeri (bahagian konsular).. korang tengok dekat surat kebenaran berkahwin kedutaan tu ada cop dari Ministry of Foreign Affairs Putrajaya.. biaya dia RM20.00 .. dia akan bagi resit macam gambar kt bawah ni.. 



lepas tu, baru Imigresen akan bagi korang Pengesahan Pas bagi Tujuan Perkahwinan Warganegara Asing macam dekat bawah ni.. which is korang kena pergi bangunan Imigresen berkaca Putrajaya tingkat 3, bahagian Passport ke apa ntah aku lupa nama dia.. kat sini kau kena tunggu setengah hari pulak.. sebab ramai.. 


Okay lepas dah settle semuanya ni.. baru aku buat salinan dan original semua.. 
So, tiba masanya untuk aku hantar pada Tok Kadi.. tapi ayah aku yang uruskan, sebab masa dah takde.. Aku uruskan dari jauh dengan suami dari Seremban.. Majlis di Dungun semua aku serahkan kat mak ayah aku untuk uruskan.. Kitorang cuma cari barang apa yang perlu dari sini.. Cari persalinan nikah and goodies serta barangan hantaran.. Kad kahwin semua adik beradik aku yang uruskan.. Haha untung dorang semua memahami keadaan aku.. Terima kasih semua.. Jasa korang semua aku tak lupa sampai bila2.. 

Haa sebenarnya takde laa susah mana.. cuma dia agak leceh sikit macam tu laa.. tapi, korang sepatutnya dah bersedia laa kalau aku dah cerita step by step macam ni supaya tak susah korang nanti..  Selamat melayari alam rumahtangga ye.. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan korang.. dan korang doakan baby kitorang selamat lahir nanti 22/10/2019.. 

Okay sampai sini dulu entry untuk proses nikah.. Aku akan sambung entry seterusnya nanti untuk proses selepas nikah bagi permohonan visa dan pass suami.. Hokey uollss.. Hakak nak pergi laundry dulu..

Daa.. Adios.. Assalamu'alaikum...

Sunday, 1 September 2019

29.12.2018

Termeterai janji semalam..
Kita sama-sama buktikan yang tiada usaha yang menipu hasil..
Terima kasih sayang sebab sama2 perjuangkan hubungan ni..




...Saat terlafaznya akad...



Semoga cinta kita sampai syurga dengan kehadiran penguat cinta kita

Cinta Negeri Adik Kakak
Malaysia - Indonesia
Terengganu - Jawa Timur
Dungun - Jember

RIFAI ALI HAMZAH
💘
NUR SYAZWANI




Menanti kehadiran Baby R.A.D

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ini baru mummy berkesempatan nak update pasal awak, baby..
Alhamdulillah, awak sihat dengan mummy. In shaa Allah semoga sampai kita berjumpa menatap mata ye, sayang..

Sekarang, mummy dengan daddy tengah buntu nak belikan awak apa. Haha  tapi takpe, kita shopping slow2 ye sayang.  Sebab mummy kalau boleh tak nak membazir beli benda2 yang tak patut dibeli. So, mummy terpaksa survey dan buat checlist dulu mana yang patut dibeli dan mana yang tak patut. Lepas tu, baru kita serbu mana2 kedai pilihan mummy dengan daddy ye. Hehehe

Ouh ye, hari tu mummy pergi buat 5D + iLive scan tak bawak daddy. Hahaha konon-konon nak bagi surprise birthday daddy tapi tak jadi laa sebab mummy yang terlebih excited nak tunjuk video and gambar awak dekat daddy. Hahaha takpe kita cari hadiah lain ye. Awak tolong mummy tau.

Mummy buat 5D + iLive scan tu dekat Klinik Medissa, Senawang. Sepatutnya, harga dia RM120. Tapi, doc tu cakap dia bagi diskaun sebab muka awak tak nampak sangat. Awak ni dah kenapa nak menyorok dengan mummy pulak, haish. Tapi takpe laa. Nampak laa jugak sikit muka awak. Hahaha GOTCHA!


Haa ni awak konon2 nak menyorok dari mummy kan. 
Kitorang kacau2 awak pun  buat tak tahu je kan. Huhuhu
Tapi hidung awak macam ada iras daddy sikit laa.. Hikhik
Okay laa daripada takde lansung kan? 
Kang merajuk pulak daddy awak kalau semua awak nak amik mummy punya. 
Ouh jantina awak amik daddy punya. 😜😜

Okay baby, mummy nak buat checklist barang awak dengan barang mummy dulu. Tok Ma pun dah survey harga hospital yang mummy rancang nak bersalin. Nanti kita update dekat blog ni lagi ya.

Hospital mana?  Haa kejap. Mummy up gambar dulu.


Haa ni dia. Hospitality dekat hospital ni orang cakap bagus. 
So, kita jumpa dekat sini je laa ye baby. 
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Harga dia? Okay ni harga yang Tok Ma snap and bagi dekat mummy melalui aplikasi Whatsapp tadi pagi. Haha untung mummy dapat mama yang supportive macam Tok Ma. 


Haa ni harga dia. 

Takdelah mahal mana. Mummy ingat nak mintak Kelas 1. Tapi memandangkan ramai yang bagi feedback Kelas 3 pun macam hospital swasta yang bayar puluh ribu tu, so kita tengok nanti macam mana. Mummy nak stay pun bukan lama sangat.  Paling kurang pun, sehari dua macam tu kalau awak takde apa2 masalah. Semoga Allah mudahkan semua urusan bersalin mummy nanti dengan awak. Lepas tu, kita terus boleh balik rumah dengan daddy. Daddy dah lama tunggu awak tau. Tapi setiap kali daddy nak tengok awak bergerak dekat perut mummy, awak diam. Hahaha nakal betul ye?  Kesian daddy tau. 

Okay sayang. Mummy update lagi nanti ya. 
Mummy nak susun jadual mummy untuk esok dulu. 
Mummy ada sebulan je lagi nak tinggal office tu. 
Risau pun ada, sebab mummy memang jenis nak buat semua kerja perfect sendiri. 
Hahaha. Sebab tu daddy selalu bising dengan mummy. Hehehe

Okay... Nanti mummy sambung lagi di Road to Maternity Leave....

Assalamu'alaikum...




Saturday, 11 March 2017

Guess what

Assalamu'alaikum.

Its been a while since I was on this blog. Dah banyak benda sangat yang berlaku. Tapi selama ini, aku lebih memilih untuk mendiamkan diri dari menulis dan meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku ni.

Bagi aku, semua orang sedang mencari salah aku sekarang ni. Aku tak tahu apa masalah aku yang dorang takutkan sangat. Tapi sebabkan aku 'fikir' kepentingan dorang. So aku diamkan diri dan aku ikutkan saje apa yang dorang nak. 

Happy? Kalau kau rasa aku happy, kau salah. Aku sebenarnya bersembunyi di balik topeng MLM aku ni. Kenapa? Sebab semua benda yang aku buat, semua orang nak cut-off. Aku rasa macam tade kebebasan hak bersuara lansung. 

Patung? Yes! Itu yang aku tengah rasakan sekarang.