Friday, 14 June 2013

Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian..

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa,
Ku berbisik inilah dugaan..

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan..
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta..

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu..

Monday, 10 June 2013

Jodoh? :)

"Kau layan dia sebagai kawan,
tapi dia layan kau dengan harapan..."

itu lumrah persahabatan jika melibatkan jantina yang berlainan betul? :)
pasti salah satu jiwa akan menaruh harapan yg tidak diketahui oleh pihak yang di sana.

Waspada!
jangan terlalu mesra,
jangan terlalu rapat,
jangan terlalu baik.
Kelak ada hati yang terluka.
Bila fikir balik, ada bagusnya hidup single ni.
Kalau ditakdirkan hidup aku sampai sini saja,
at least tak lukakan banyak pihak.

Bukan menolak takdir berjodoh,
tapi diri ni banyak kurangnya,
nak kena kejar cinta Ilahi dulu,
sebelum ada insan menghuni hati.

"Antara kita, siapa yang akan kahwin dulu?"
kalau perempuan, memang tak lari dari soalan nih kan? :)

hurmm cuba tanya soalan nih pulak.. :)
"Antara kita, siapa yang akan pergi dulu?"
Pasti sepi yang akan berbalas..

Well, tade siapa tahu rahsia Dia.
Berpisah jasad ni sakit.
Berpisah hati tu perit.

Lebih baik fikirkan pernikahan yang pasti dengan alam barzakh..
dari memberatkan kepala dengan soal jodoh.. :')

Monday, 3 June 2013

Cinta Agung..

Bila engkau telah letih..
Hilang semangat dalam kemanisan amal..
Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangismu berpanjangan..
Hatimu dalam kedukaan..
Allah mengisi setiap titisan air matamu..

Bila engkau memikirkan betapa engkau telah mencuba segalanya..
Tetapi tidak tahu ke mana arah tujuanmu..
Allah adalah penyelesaiannya..

Bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan..
Dan masa telah meninggalkanmu..
Allah masih setia disisimu..

Bila tiada sesuatu yang memberi pengertian buatmu..
Dan keliru atau kecewa..
Allah adalah jawapannya..

Andai tiba2 pandangan semakin terang..
Dan engkau menemui sinar harapan..
Itulah bisikan kasih sayang daripada Allah..

Bila segalanya berlansung dengan baik..
Dan engkau meletakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya..
Allah telh memberkatimu..

Bila engkau gembira..
Dan dirimu sarat dengan ketaqwaan kepada-Nya..
Allah telah memberikan senyuman-Nya..

:')
begitu sayangnya Allah kepada kita..

fabiayyi aala irabbikuma tukazziban?
Nikmat yang mana lagi hendak didustakan? 

Allahu.. syukran kathiiiiiiron ya Robb~~

Jika Aku Pilihan Hatimu..

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana 
rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita akan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”..

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu...
Terkadang risauku dengan pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru..
jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju...
Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu...
Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu...

Warm regard,
Wanie..

Monday, 13 May 2013

Pengembaraan ke Jerusalem oleh sahabat saya, Husna!

Rejab datang lagi!

ting! pasti ade satu peristiwa yg sering berlegar2 di fikiran seluruh umat Islam yg setia mengucapkan kalimah syahadah... apa tu? 

Isra' dan Mi'raj! ya! Tepat sekali! 

peristiwa di mana Rasulullah s.a.w.. *sollu 'ala nnabi.. diangkat ke sidratul muntaha dr masjidil haram ke masjidil aqsa seperti yg dinyatakan di dalam surah al-Isra' ayat 1.. silakan membelek tafsir masing2.. :) 

hurmm baginda menaiki apa? sejenis binatang yg dipanggil buraq! 

sepergiannya sahabat sy, Husna ke Jerusalem 3minggu lepas.. beliau berpeluang utk menjejaki masjidul aqsa.. Allahu robbi~~ betapa beruntungnya.. :') haa! nak tahu ape? meh sy kongsi dgn anda2 semua ye.. 

beliau cakap ketenangan yg dirasa sangat2 lah berlainan.. tidak seperti di masjid di madinah dan mekah atau tempat2 yg korang 'declare' sebagai tenang.. tenangnya terasa amat lain.. Subhanallah~~ boleh bayangkan? 

This is Masjidil Aqsa.

See, the two doors?

Yang atas tu, masjid aqsa baru. Yang bawah tu, masjid aqsa lama. Yang lama tu, where the first qiblat is, :')

Tapi jujurnya, masjid Aqsa ni, tak sehebat masjid Haramain, Nabawi, masjid Negara, dan lain-lain. Sangat humble je masjid ni. And a lot of burung playing inside the masjid without any poop!

Alhamdlillah. So, selain muzik alunan ayat-ayat Allah, ialah alunan burung-burungan :')

original picture n description from: fb Nur Fadhilah Husna 

Beliau cakap.. dinding2 luar masjid Umar (yg berkubah hijau tuh.. atau pun dipanggil 'Dome of Rock' ) berlubang2.. akibat ditembak dan dibedil oleh pihak tidak bertanggungjawab yakni Zionis.. 


This is Dome of Rock. 

Kalau nak tau masjid ni sebahagian daripada masjidil Aqsa. Sebab masjid ni dengan masjid Aqsa berhadapan je. Cuma masjid Aqsa berada di bawah. Dan masjid ini di atas.

Dikira kalau nak ke Masjid Aqsa kena turun tangga la. Baru jumpa masjid Aqsa. So, sesiapa yang solat dalam masjid ni, atau di luar masjid, atau senang cerita, semua yang berada di dalam tembok (yang memisahkan masjid aqsa dengan orang palestine) dikira dapat pahala sama seperti solat dalam masjid Aqsa kerna ia sebahagian dari masjid Aqsa

original picture n description from: fb Nur Fadhilah Husna

Masjidul Aqsa yg sebenar2nya adlh yg di belakang.. kubah die berwarna kelabu kehitam2an sikit.. hurmm.. kecik je.. tak semegah masjid Umar.. 

Masjidul Aqsa hanya dibuka utk solat zohor n asar shj (dek kerana sesetengah pihak yg gemar masuk utk menjalankan upacara yg karut marut kat dlm tuh.. ) n yg paling Ohsem.. Husna cakap Qiblat pertama ummat Islam.. macam ade satu tanda kt situ n tulisan2 sikit.. wallahu a'lam bissawab... 

inside of Masjidul Aqsa

original picture n description from: fb Nur Fadhilah Husna 

n satu lagi kelebihan utk org2 yg selagi rumahnya dalam kawasan tembok masjidul Aqsa,, walaupun mereka solat di rumah.. pahala tetap sama seperti bersolat di masjidul Aqsa.. subhanallah! Allahu akbar! sollu 'ala nnabi.. 

beliau jugak berpeluang melawat gua yg dikatakan mempunyai batu terapung.. tapi keterapungan tuh telah ditutupi dengan batu2.. (boleh melawat Taman Tamadun Islam di Terengganu sekiranya ingin melihat how it looks like.. but not the real one laa.. >.< ) wallahu a'lam.. n terdapat satu lohong katanya.. seperti lohong gunung.. sumber yg dipercayai dr org2 sekitar Jerusalem yg merupakan laluan buraq ke sidratul muntaha.. :') 

ni laa lohong tuh..

They asked me, where is the cave?

Baiklah, ini penerangannya.

Mikhraj nabi Muhammad saw tak berlaku di dalam masjid aqsa. Tapi ia berlaku di sekitar masjid aqsa. Dome of the Rock bermaksud ia sebahagian daripada masjid aqsa.

Cave ni, berada di dalam dome of the rock. Nampak tak pelita tu? Pelitu tu ada lopong atas tu. And they believed our Prophet mikhraj dekat situ la. Situlah terjadinya mikhraj nabi Muhammad untuk terus ke sidartul Muntahar.

Yes, dan dekat sini la Nabi Muhammad solat dua rakaat. Tapi kalau untuk percaya, dekat lubang itulah, setepatnyalah berlakunya mikhraj nabi Muhammad saw, wallahualam. Only Allah knows.

Jadi, cave mikhraj nabi, bukan berada dalam masjid aqsa. Ia berada disekitar masjid Aqsa, but still dalam kawasan masjid Aqsa, iaitu di Dome of Rock.

original picture n description from: fb Nur Fadhilah Husna

untuk lebih pencerahan tentang masjidul Aqsa boleh tekan link di sini.. 

byk sgt2 kisah yg dikongsi berdasarkan pengalaman menerokai bumi anbiya'.. 
sgt2 excited dengar.. ^_^ 

semoga kita diberi peluang untuk turut serta bersolat di masjidul Aqsa suatu hari nanti.. 
Allahumma aamiinnn~~

teringat kata2 dr Prof. Madya Dr. Hafidzi bin Mohd Noor, aktivis Aqsa Syarif sewaktu latihan bagi sukarelawan Aqsa Syarif.. beliau pernah menuturkan harapan..

"bila kamu berpeluang jejak kaki untuk sujud di lantai masjidul aqsa.. jgn lupakan kami disini.. doakanlah kesejahteraan ummat Islam dan kemenangan Islam.. you are the fourth runner yg akan bebaskan palestin dr cengkaman zionis... "

:') sebak time tuh.. tak semena2 menitis air mata tyme tuh.. InsyaAllah! We will! 

hasbunallahu wani'mal wakiil~~ 
Allahu ma'ana! 

#salam mujahadah ba'dal jihad!

Saturday, 11 May 2013

Bermuhasabah diri di petang hari~~

Bismillah~~ 

Akhir zaman ini ramai orang yang nakkan Islam.. 
tapi tak ramai yang nak perjuangkan Islam.. 
Orang yang paling sedikit dan tak ramai inilah yang paling berkualiti.. 

Analoginya.. 

dalam ramai-ramai orang berapa orang yang solat? 
dalam ramai-ramai orang yang solat berapa orang yang solat di masjid? 
dalam ramai-ramai orang yang solat di masjid berapa orang yang solat dgn khusyu'? 

Maka beruntunglah org2 yg sedikit itu.. Allahu.. 
Semoga kita termasuk dalam golongan yg sedikit itu.. 
Sentiasa lah bermuhasabah dan bertanya pada diri.. 

kerana setiap daripada kita begitu mengimpikan syurga Allah.. 
tapi apakah kita layak untuk berada di dalamnya? 

"bukanlah orang asing itu mereka yang terpisah dari negeri mereka 
dan mengucapkan selamat tinggal.. 

tapi orang asing itu ialah mereka yang tetap serius dikala manusia 
di sekeliling asyik bermain-main.. 

dan tetap berjaga ketika manusia di sekeliling asyik tidur dengan lenanya.." 

Sadaqallahul 'azim~~ 

- dawn tazkira - 

hasbunallah wani'mal wakiil~~ 
Allahu ma'ana! 

#salam mujahadah bil jihad!

warm regards, 
Wanie..

Wednesday, 1 May 2013

Wanita sombong? Tidak!


:)

kadang2 hati rase tercuit dek gelagat kaum Adam..
yg mengfailkan WANITA ramai yg SOMBONG..

cuma nak ingatkan ye pacik2 yg hatinya terpaut pd Islam...
sesungguhnya kesombongan wanita itu perlu utk kaum ajnabi mcm pacik2 semua.. :)

sombong wanita itu bertempat..
sombong itu sebagai nilai harga dirinya..
sombong itu sebagai nilai keperibadiannya..
sombong itu juga ingin memberitahu anda2 semua..
bahawa mereka bukanlah seperti wanita2 di luar sana..
yg mudah dipetik dan mudah dirayu...

mereka berusaha sedaya mungkin utk menjaga diri..
dan ITU BUKAN SOMBONG! :)

Allah anugerahkan akal yg waras utk berfikir, bukan utk menuduh sesuka hati bila hati frust ditolak cinta sang bunga.. fikir2kan lah~~

Wanita itu hiasan dunia.. sombong bererti al-haya' (malu)..
sifat yg patut dimiliki oleh setiap wanita..

sayangi wanita seperti mana disarankan oleh Allah dan Rasul-Nya~~

#salam mujahadah~~

Tuesday, 30 April 2013

Rahsia Amalan Wanita Solehah..

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.



#semoga diriku kuat untuk menjadi seperti ini, wanita solehah yg sejati.. insyaAllah... :')

~ Demi Cinta Suci ~

Di sana..
Ada cita dan tujuan..
Yang membuatmu jauh ke depan..
Di kala malam begitu pekat..
Dan mata sebaiknya dipejam saja..
Cintamu masih jauh melesat..
Jauh melampaui ruang dan masa..

Lalu...
Di sepertiga malam terakhirnya...
Engkau terjaga dan tersedar..
Memilih untuk menyalakan lampu..
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai..
Dengan cita yang besar, tinggi dan bening..
Dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati..

Teruslah melangkah di jalan ini..
Menebar kebajikan..
Menghentikan kebiadaban..
Menyeru pada iman..

Walau duri merantas kaki...
Walau kerikil mencacah telapak..
Sampai engkau lelah..
Sampai engkau payah..
Sampai keringat dan darah tumpah..

Tetapi yakinlah...
Bidadarimu akan tetap tersenyum..
Di jalan cinta..
Para pejuang..


Friday, 12 April 2013

Wanita... Perempuan... Gadis..

Mengertilah... 

Wanita.. Perempuan.. Gadis.. 

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, 
esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya... 

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya... 

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, 
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena... 

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu.. 
Tugas kita bukan me'neraka'kan orang... 
Tetapi...mengajak manusia ke jalanNya dan saling doa mendoakan... 
Jangan HINA permulaan seseorang... 
Kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhirannya.. 

setuju? :) 

jadi jgn putus asa wahai wanita.. :) 

#salam mujahadah~~

Thursday, 11 April 2013

Mujahadah...

andai mujahadah ini mudah.. 
pasti ramai menyertainya.. 
andai mujahadah ini singkat.. 
pasti ramai yg istiqomah.. 
andai mujahadah menjanjikan kesenangan dunia... 
pasti ramai yg tertarik dengannya.. 

hakikatnya... 
mujahadah bukan begitu... 
ianya suatu jihad yg sangat agung.. 
turun naiknya... sakit pedihnya... 
merupakan kemanisan yg tidak terhingga.. 

andai rebah.. bangkitlah semula... 
andai terluka.. ingatlah janjiNya.. 

insyaAllah diri akan sentiasa tenang... 
serta redha dengan apa jua yg menimpa.. 
kerana ada BAHAGIA buat kita disana kelak... 
itulah kenikmatan bermujahadah~~ 

#salam mujahadah ba'dal jihad~~

Tuesday, 2 April 2013

Tips Tampil Lebih Cantik.. insyaAllah!! ^_^

Nak Tahu TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh?... :) 

jum! semoga bermanfaat buat akhowat2 sekalian~~ ^_^

bismillahirahmanirrahim

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar. 

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah. 

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut. 

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring). 

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :) 

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar. 

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir. 

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^ 

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah. 

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) 

dan yang paling penting ikhlas kan hati, kita berubah kerana ALLAH ♥ 

sumber dari fb... 
semoga boleh jadi panduan utk kita wahai bunga2 Allah~~ :) 

#salam mujahadah~~

Sunday, 10 March 2013

Hurul A'in vs Wildan

Jika Hurul Ain untuk lelaki soleh,Wildan pula untuk perempuan solehah :) 

Tengah2 layan lagu2 nasyid yang amat mendamaikan jiwa ni.. 
Terdengar plak lagu Mestica yang bertajuk "Hurul Ain" hati tersenyum sendiri sehingga mengukirkan senyuman di bibir tanpa disedari.. :) 

lalu berlakulah dialog yang kedengaran usikan dari seorang sahabat.. 
"kenapa senyum sorang2? tengah chat dengan buah hati ye?" 
"tak lah. ish. ade pulak nak chat dengan buah hati.. nih haa.. tengah bayangkan bidadari dalam syurga Allah... subhanaAllah.. indah kan? hebat sungguh Allah." 
" mestilah.. Allah kan Ohsem! ^_^" 

ya! Allahurabbi~~ sungguh Ohsem! penciptaanMu~~ 

Jika Hurul Ain (bidadari) itu untuk lelaki soleh di syurga, 
Wildan pula adalah bidadara buat wanita solehah di syurga. 
Wallahu a'lam. 

Allah Maha Adil menyediakan bidadari untuk para lelaki soleh. 
Begitu juga untuk wanita solehah (sudah bersuami atau tiada jodoh di dunia). 

Firman Allah s.w.t., 
“Mereka dikelilingi pemuda-pemuda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir.” (Surah al-Waqiah: 17-18.) 

Bertuah, kan insan2 yang beriman kepadaNya? ^_^ 
siapa yang tak nak ditemani bidadari dan bidadara yang langsung tak pernah di sentuh sesiapa.. 
Tipu la korang tak nak... 

Syaratnya? 
Allah dah beritahu.. 

Kunci syurga pun Allah dah terangkan.. 
Tinggal kita je nak laksanakan atau tidak.. 
Saya ni pun kadang2 alpa dengan dunia.. 
Mintak Allah dekatkan hati kita denganNya. 
Aamiin... 

#salam mujahadah~~

Aku?? Siapa aku?



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.

Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.

Aku seorang pelajar.

Pernah, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dan nekad untuk berhenti. Jurusan yang aku belajar pada waktu itu jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar. Aku benci, aku tertekan.

Aku meminta izin daripada ayah untuk membuat keputusanku sendiri kerana ini adalah masa depanku. Mulanya, ayah sedih kerana anak gadisnya mengecewakannya. Namun, aku berkata pada ayah bahawa ini sementara. Aku berjanji pada ayah bahawa haluan yang akan aku bawa akan berakhir dengan sebuah kejayaan beruntaskan kebahagiaan. Ayah membenarkan keinginanku dengan sedikit rasa tawar hati. Mungkin dia sudah meletakkan harapan yang rendah pada anaknya ini. Ya! Aku akui yang aku ini bukanlah anak yang baik. Ayah malu pada teman-teman. Maafkan anakmu. :'(

Hari ini aku berada dalam jurusan yang aku sendiri pilih. Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Aku tidak memahami kenapa keadaanku yang sebegini. Malas, malas, benci, benci. Kenapa? Sedangkan dulu aku yang berkeras mahu meneruskan perkara ini. Kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Adakah aku sudah tersilap langkah? Allahurabbi~ Aku sendiri tidak pasti. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!

Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.

Aku seorang anak.

Anak pertama daripada lima adik-beradik. Aku punya tiga adik perempuan dan seorang adik lelaki. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang keluarga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.

Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti mereka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada mereka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lemah lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semula jadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku loser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ma,ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ma,ayah..

Dalam hati, aku berdoa semoga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Aamiin.

Khaulah Al-Azwar : BIDADARI BESI


Sering terdengar kisah Khaulah, seorang pahlawan muslimat. Lalu berbekal kemudahan internet yang ada, mencari-cari mengenai kisah pahlawan ini. Kisah mengenai beliau dikumpulkan seperti yang dibawah ini. Kisah Khaulah mampu menaikkan semangat muslimat dan juga memberi cabaran kepada muslimin. Ikutilah kisahnya.

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)".

Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:

“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.

Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:

"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.

Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.

Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam semua. Usahlah dilayan dengan permasalahan hati lagi. Bangkitkan jihad.

Allahu Akbar!!

#Salam Jihad Islamiyah!

Sunday, 24 February 2013

Muslimah... adakah kau tahu...

Perhiasan yang menjadi dambaan…”seorang manusia bergelar nabi, manusia dan lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Namun di tengah keindahan Syurga, jauh di sudut hatinya masih ada kekosongan.

Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan Syurga! Maka diciptakan wanita sebagai pelengkap kepadanikmat Syurgawi. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Oleh itu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. 

Ya, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia. Tidak banggakah kah kamu menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kamu boleh berbangga menyandang keistimewaaan ini? Perhiasan ialah sesuatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Sebagaimana sejuknya hati apabila melihat bunga, begitulah hati apabila melihat perhiasan. 

Namun, mengapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada hiasan dunia? Garis pemisah antara wanita yang menyejukkan hati atau sebaliknya ialah sekeping hati yang dimiliki.

Ciri-ciri wanita sejati bergelar wanita solehah yang digambarkan oleh Rasullullah S.A.W:

Apabila hati diserahkan sepenuhnya kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaanNya.
Apabila wanita terus mengikat hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.
Redup dan jernih wajahnya yang menjadi dambaan, mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan...
Dan kerendahan hati yang tunduk pada syariaat
Meletakkan dirinya sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari zat Yang Maha Agung.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati tapi malangnya haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenarnya. Ia Cuma haruman palsu yang bersifat lauran. Bunga plastik tetap kaku walau di mana ia diletakkan dan harumannya yang palsu semakin hilang biarpun diletakkan di jambangan emas.
Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal walau di mana sahaja dia diletakkan, sama ada dijambangan ataupun sekadar tumbuh di pinggiran belantara.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan ALLAH

si gadis dihiasi sifat SOPAN + MALU...

Si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih kepada suami.
Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup terarah ke Syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan Syurga hakiki yang kekal abadi.

Kamu sentiasa ada pilihan…

Wanita boleh memilih untuk menjadi ‘bunga sejati’atau bunga plastik.

Maka, pilihlah untuk menjadi bunga sejati. Menjadi wanita solehah yang membawa KETENANGAN.

Dan kita hanya layak menjadi bunga sejati jika hati tunduk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba tetap derhaka. Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripada-Nya kita datang dan kepadanya kita akan kembali.



Biase je vs Hot!




vs


kebanyakan orang suka merendah diri.. itu sangat bagus.. :) 

salu cakap "saya biasa je.." sedang mereka tidak tahu.. yang mereka sungguh Ohsem! ^_^ 

berbanding dengan orang yg mengaku HOT.. sungguh! anda HOT! saya tidak menyangkal hal itu.. 
tetapi... pada pendapat saya.. mereka kehausan sesuatu dalam diri mereka.. sedang orang yang sering mengaku biasa-biasa saje.. mereka ini lebih HOT dr anda sebenarnya.. :) 

jangan marah ye.. td usrah bincang tajuk HOT.. hehe.. sje nk kongsi.. :P 

jadi kesimpulan kami td macam nih.. 

budak H.O.T "Hanya Orang Tertentu" sahaja boleh kawan.. kawanlah dengan budak B.I.A.S.A sebab "Budak Ini Amatlah Super Awesome" :') 

wallahua'lam bissawab..

 #salam mujahadah..

Siapakah? hurmm


Hakikatnya, untuk mendapatkan yang sempurna, TIDAK perlu mencari yang sempurna, cukup sekadar membaiki diri kita jadi sempurna,InsyaALLAH akan bertemu dengan yang sempurna...

Allah S.W.T berfirman : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...

(an-Nur:26)

Dalam erti kata lain :
Pasangan kita adalah cerminan diri kita,
(siapa pasangan kita adalah siapa diri kita)
^_______^

Friday, 22 February 2013

Malam GMJ 30 MAC, 2012... (terpahat di ingatan..)


tiba-tiba rasa nak dengar nasyid dendangan abg Muadz pulak... first time dgr abg Muadz secara live dan Subhanallah... sangat2 lah goosebumps!
terngiang-ngiang lagi suasana waktu malam GMJ nih kat Stadium Melawati, Shah Alam...

Alhamdulillah semakin ramai anak-anak muda ambil peduli tentang isu Palestin nih..
sambutan yang sangat meriah pd malam tuh.. host gandingan kak Iman n abg Ally menghangatkan lagi suasana... malam tuh jugak first time tgk tarian tradisional rakyat Palestin.. teruja sangat2.. sebab sebelum nih tak pernah tgk kan.. hee :D

persembahan adik2 malam tuh.. dengan sajak... speech dr Malaysian Chinese yg tinggi kesedaran terhadap isu Palestin nih jugak membanggakan setiap audiens di dalam stadium.. semangat beliau yg tinggi membuatkan kita rasa disokong dari belakang oleh orang lain meskipun mereka bukan seorang Islam..

flashmob pun ada tau! seronok sangat malam tuh.. malam tuh jugak kitorang ber'skype' secara live dengan perdana menteri Palestin.. sangat banyak isu yg dibincangkan..

Subhanallah!
sungguh malam tuh meninggalkan seribu satu kenangan..
30 Mac 2012 adalah tarikh yg takkan ku lupa..
meskipun kaki melangkah dengan kondisi yang tidak berapa mengizinkan..

hati tekad masih ingin meneruskan perjuangan para pewaris nabi!
InsyaAllah!!

Takbir!! Allahu akbar!!

Tanah Palestin Tanah Islam!

From the river to the sea... Palestine will be free!!


Thursday, 17 January 2013

Ada ke macam nih? ^_^

Cerita nie boleh dijadikan panduan untuk orang Lelaki…
Untuk menjadi LELAKI SEJATI…
so korang layan lah k :)

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?

Minah : Waa’laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..

Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..

Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..

Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?

Pakcik & Makcik : Waa’laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?

Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..

Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)

Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..

Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)

Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..

Minah : Sso what..? Ade aku kisah..

Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)

Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..

Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)

Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?

Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..

Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..

Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..

Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)

Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..

Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?

Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?

Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?

Mamat : Setuju

Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..

Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)

Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?

Mamat : Takde.. Nak wat pe..?

Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..

Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?

Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..

Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?

Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?

Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..

Mamat : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)

Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…

Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)

Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..

Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..

Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?

Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..

Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..

Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)

Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..

Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)

Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..

Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..

Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?

Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..

Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..

Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”

Tok kadi : Sah3..

Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)

Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)


(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..

Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..

Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?

Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)

Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?

Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?

Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…

Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..

Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..

Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~p/s~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu.. .

Sunday, 13 January 2013

Ali 'Imran: 8


amalkan doa nih.. amalkan setiap kali lepas solat insyaAllah..

sebab?
sebab hati n iman kita bukan perfect!
bukan setiap hari baik je!
bukan setiap hari makin bertambah!

ada dosa yg kita buat dlm keadaan kita tidak menyedarinya.
ada dosa yg kita buat saat kita leka dan lalai.
tapi Allah tidak pernah untuk mengatakan STOP untuk kembali padaNya..

sama2 masukkan dlm resolution masing2 untuk sama2 jaga hidayah dan iman yg Allah bagi..

ingat! tak semua dapat merasakan sebetul2nya kemanisan iman..

hanya org yg sabar dan ikhlas dalam bermujahadah dengan istiqomah!

"Sabar dan Ikhlas itu ISLAM!"

Sabar dan Ikhlas itu Islam!



Alhamdulillah..
Jumaat yg mulia itu.. adalah hari dimana Allah juga ingin menegurku..
di dalam satu usrah bersama teman2 di pinggir tasik di tempat kami belajar..
kami sama2 berkongsi tentang apa itu ikhlas..

kami sangat beruntung kerana dipilih oleh Allah untuk sama2 diberi peringatan tentang sabar dan ikhlas.. tidak semua mendapat peluang untuk ditegur dengan halus sebegitu rupa.. subhanaAllah! Islam itu indah indah sekiranya kita berusaha mendekati dan mengenalinya.. Islam itu cantik dan sempurna sekiranya kita berusaha untuk mengamalkannya..

kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian sahabat2 saya yg lain pula,,
ingat.. bila kita melafazkan syahadah.. maka wajib untuk kita jalankan tanggungjawab sebagai dai'e dan saling memperingati sesama sendiri.. mungkin ada diantara kita dihimpit masalah.. semoga peringatan ini dapat membantumu..

ingat! Allah berbicara dengan kita dalam apa jua keadaan.. cuma kita yg tidak sedar..

#sabar dan ikhlas itu Islam..