Sunday, 15 December 2024

PTSD... Post Traumatic Stress Disorder

 Jika kamu membacakan ini, fahami kenapa aku sulit melupakan trauma yang telah kamu beri..

Cari tahu apa itu PTSD?


PTSD boleh memanifestasikan dalam pelbagai cara, dan simptomnya boleh dikelompokkan kepada empat kategori utama:

 

Simptom Pengalaman Semula

Individu dengan PTSD mungkin mengalami pemikiran yang mengganggu, mimpi ngeri, atau imbasan semula peristiwa traumatik. Kenangan yang menyakitkan ini boleh dirangsang oleh isyarat tertentu, menyebabkan individu itu mengalami semula peristiwa tersebut seolah-olah ia berlaku semula dan berulang-kali.

 

Mengelak dan Hilang Sensasi 

Orang dengan PTSD seringkali mengambil langkah yang besar untuk mengelakkan apa-apa yang boleh mengingatkan mereka kepada peristiwa traumatik. Mereka mungkin menghindari tempat, orang, atau situasi yang berkaitan dengan trauma. Selain itu, mereka mungkin mengalami kelesuan dan hilang emosi, rasa jauh daripada orang lain, atau kehilangan minat terhadap aktiviti yang pernah mereka nikmati.

 

Hiperarousal

Kategori simptom ini melibatkan peningkatan keadaan berjaga dan awas yang berlebihan. Individu dengan PTSD mungkin menjadi mudah marah, mengalami kesukaran tidur, dan mengalami hipervigilans. Mereka mungkin sentiasa dalam keadaan waspada, sentiasa berfikiran tentang bahaya.

 

Perubahan Negatif dalam Pemikiran dan Emosi 

PTSD boleh menyebabkan perubahan negatif dalam kepercayaan dan perasaan seseorang terhadap diri mereka sendiri, sekeliling dan dunia. Mereka mungkin bergelut dengan rasa bersalah, malu, atau pandangan negatif terhadap diri sendiri yang berterusan. Masalah ingatan dan kesukaran untuk memberi tumpuan juga adalah perkara biasa.


Ikhlas,

Penderita PTSD

After 5 Years Marriage

 29.12.2024 akan genap usia perkahwinan kami yang ke 6 tahun. 

Macam biasa kami kerap bertengkar, dan balik hal yang sama akan diucapkan.


Aku syukur,

Aku bangga,

Aku sayang, 

Aku cinta,

Tapi kenapa aku tak merasakan hal yang sama dari suami yang aku tak pernah padam rasa cinta padanya?


Aku wanita dengan trauma, wanita dengan PTSD.

Salah aku ke semua ni jadi? Dia curang belakang aku, cari2 wanita lain juga salah aku?


Setiap kali bertengkar, ayat yang akan keluar dari mulutnya

"Menyesal aku pilih kau ni!" "Baik aku pilih orang yang aku sayang!"

"Takde lelaki yang nak dengan kau perangai macam ni!" 

Semua tu hasil trauma yang aku dapat, tapi dia sampai hari ini buat2 tak nampak or tak faham kalau semua ini muncul dek kerana dia. Apa yang aku tak rasa dulu? Semua aku rasa. Setiap malam bertemankan air mata, berselimutkan air mata. Sakit!! 

Tapi, hari ni aku sudah jarang mengalirkan air mata. Sebab? Mungkin sudah habis air mata aku. 


Pernahkah dia datang dan peluk aku erat2 dan minta maaf atas semua trauma yang dia dah beri pada aku? Tak pernah... tapi aku sabar.. Aku kuat untuk anak2..

Setiap hari aku cuba positifkan diri aku walhal aku sedang bermandi air mata di dalam. Aku sejenis tak suka tunjukkan kesedihan aku pada khalayak, bahkan amarahku saja aku pendamkan. 


Setiap kali aku melewati ujian kesihatan mental, di khemah2 atau di media sosial. Aku pasti memberanikan diri aku untuk menjalani ujian tu hanya untuk memastikan bahawa mental aku baik2 sahaja. Tapi, keputusan itu semua menunjukkan aku menhadapi Severe Depression and Severe Anxiety.

Aku berpura2 ketawa di hadapan teman2 sepejabatku supaya suami aku yang mereka kenali tidak jatuh air mukanya di hadapan sahabatku. Aku simpan rahsia ini rapat2. Aku cuba untuk menceritakan pada Mama apa yang aku terima di awal perkahwinan. Namun, sepertinya Mama mungkin tidak akan menyebelahiku. Lalu, aku diam lagi. Aku tahu aku cuma ada Allah. 


Aku sendiri tidak baik hubungan denganNya. Mungkin ini ujian untuk aku. Aku tak kuat! Aku perlukan suami untuk sama2 layari bahtera perkahwinan ini selayaknya. 

Anak2 semakin besar dan semakin faham bila kami bertengkar, dan mereka pasti akan menangis. 

Aku tidak tahu kekuatan dari mana yang aku dapatkan untuk aku tetap bertahan dalam perkahwinan yang aku sendiri sedang mencari rasa SATU-SATUNYA WANITA DALAM HATI SUAMI. 

2025 dan seterusnya... Tolong pastikan aku kuat. Akankah ada sinar bahagia yang sebenar2nya dari suamiku? Adakah dia akan tempatkan aku satu2nya wanita dalam hatinya sehingga akhir hayat meskipun badai kami kuat melanda? 

Akhirnya... aku menangis menulis bait2 ini...