Monday 24 March 2014

Cinta Allah s.w.t itu Indah dan Surprise!

Ramai di antara kita diuji dengan perkara yang seringkali tidak terduga.. 
malah tidak pernah terlintas di fikiran akan diduga sedemikian rupa.. 
lalu di situlah titik titik pengorbanan akan dilihat.. 
di mana terletaknya sikap sabar tanpa putus asa.. 
di mana letaknya sifat syukur dengan nikmat Allah walaupun diri diuji.. 

tujuan dan matlamatnya hanya satu..

IMAN!

Ujian datang dalam pelbagai jenis..
ada yang diuji dengan wang..
ada yang diuji dengan keluarga..
ada yang diuji dengan kawan..
ada yang diuji dengan masyarakat..
ada yang diuji dengan kebahagiaan..
ada yang diuji dengan penderitaan..
ada juga yang diuji dengan kesihatan.. 

namun.. 
di mana tahap kesabaran dan tahap kebergantungan kita kepada Allah s.w.t..

ada suara-suara yang kurang enak didengar.. 
"bila macam ni.. bila macam tu.. baru nak ingat Allah s.w.t.."

bagi saya.. itu sudah cukup memadai daripada individu itu lansung lupa lalu berpaling daripada Sang Khaliq.. sekurang-kurangnya.. hatinya masih berpaut pada cinta Allah s.w.t.. masih dilemparkan sedikit rasa rindu pada Yang Maha Satu.. Alhamdulillah kerana kita tahu yang dia masih berada di jalan Allah s.w.t.. apa yg perlu dibuat seterusnya.. berdoa agar kehidupannya selepas itu lebih baik daripada hari sebelumnya.. 

jika direnungkan sejenak.. itu adalah salah satu cara Allah mengetuk pintu hatinya agar kembali kepada-Nya.. kita memang tidak sedar.. kita hanya tahu bercakap tentang dirinya.. sedang diri itu mungkin meraung hatinya minta dibimbing.. minta dibantu untuk mengenal Allah dan Rasulullah dengan lebih dekat.. kita tidak pernah terfikir bukan? 

sama-sama kita muhasabah diri kembali.. 
mungkin selama ini.. kita ada tersilap di mana-mana.. 

:')