Wednesday 20 August 2014

Wahai hati... jangan FUTUR!

bismillah~~

wahai hati..
jika engkau melihat dan berkenalan dengan dunia..
aku mohon..
jangan futur..
dunia penuh agenda terhadapmu..

tolong jangan terpedaya dengan helah dunia..
ia amatlah cemburu sekiranya engkau begitu akrab dengan Rabbku..
ia akan berusaha sehabis daya untuk memerangkapmu..

tolong jangan lupakan Rabbku..
aku memerlukan Rabbku untuk menuntunku ke syurga..
tolong jangan berpaling dari Rabbku wahai hati..

aku benarkan engkau berkawan dan berkenalan dengan dunia..
bukan disekat terus.. bukan dihalang terus..
tetapi ianya harus berpada..

kalau engkau wahai hati tidak rindukan Rabbku..
jangan engkau heret aku bersama dalam kelalaian..
jasad ini rindu.. nur di wajah ini semakin pudar..
tolong jangan biarkan iman dan hidayah yang pernah datang dulu pergi..
kerana mereka adalah teman terbaik yang pernah dihadiahkan Rabbku kepadaku..
jangan dihalau mereka pergi..
kerana mereka mungkin tidak akan singgah lagi..
tolong.. aku merayu wahai hati..

tolong kesiankan jasad yang menyimpan engkau di dalamnya..
biarkan tangan ini terus melakukan hal yang baik..
biarkan kaki ini melangkah ke tempat yang baik..
biarkan lidah ini terus menuturkan perkara yang baik..
biarkan telinga ini terus mendengar perkara yang baik..
biarkan mata ini terus melihat sesuatu yang baik..
jangan engkau terus biarkan mereka ini hanyut tak bertepi..

sungguh aku rindukan kemanisan iman dan hidayah yang sebelum ini datang menyapaku..
Allah.. :'(