Saturday 7 September 2019

ROAD TO 29.12.2018

Hai Assalamu'alaikum readers..

Akhirnya setelah hampir setahun, baru sekarang berkesempatan untuk update perkara2 yg tertangguh ni. Hahahaha lama betul tangguhnya kan.. Al-maklumlah saya bekerja yg masanya tak tentu.. So, fokus family and kerja dulu baru buat benda2 yg boleh mengisi masa lapang... Haa ni sebab ada masa lapang setelah 2 bulan bertungkus lumus dengan nak hantar tender projek.. Okay laa..

Entry kali ni, aku akan cerita macam mana termeterainya kisah kami.. cewahhh.. prosesnya ya Allah.. butuh kesabaran dan kecekalan yang amat tauuuuuuu.. Beberapa kali si dia nak berputus asa dengan dugaan yg melanda kami.. macam2 hal berlaku.. tapi tahun 2018, aku janji dengan diri walau apa pun jadi... I will make it happen.. Alhamdulillah, Allah bantu kami sampai ke penghujungnya.. Namun, prosesnya mcm mana kan?

Haa okay.. setelah hal2 jumpa parents segala macam tu dah settle.. Tiba masa kitorang kena settle bab dokumen pulak.. Ini memang aku dah start ambil cuti dekat company beberapa kali.. Untung company tu milik family so, takde masalah sangat nak apply cuti walaupun aku masih segan nak mati.. Sebab aku tau orang mesti cakap2, "mentang2 laa anak boss.." kannnn hahaha.. pedulikan!  Janji hal aku settle setelah bertahun2..

Okay. Nak dijadikan cerita, aku balik ke kampung aku di Dungun, Terengganu sebab nak melansungkan pernikahan dekat sana kan... Sebab nak tanya proses2 dokumen, and apa yang patut disiapkan sebab aku ada masa 2 bulan je masa tu nak settlekan semuanya..  Tapi masa tu, aku balik sorang2 je.. Pergi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) cawangan Dungun,  kena ambil nombor dan aku tunggu dengan penuh sabar.. Sampai turn aku, cakap dengan  dia,  nak mintak checklist nikah.. Dia tanya aku, pasangan orang mana? Aku cakap Indonesia.. Tapi, alhamdulillah orang2 yg dihantar untuk berurusan dengan aku semuanya baik2 dan tak jenis yang suka meremehkan orang..  So, dia terangkan pada aku satu persatu apa yang perlu aku buat dan siapkan.. Sebab aku bagitau yang aku kerja di Seremban.. So, aku cuma boleh balik sekali sahaja..

Ini checklist yang pegawai tu bagi  and dia bagi lagi satu perakuan nikah  2 salinan (kena bayar RM1.00).. 
tapi aku lupa ambil gambar..

Lepas tu, baliklah aku ke Seremban untuk siapkan segala dokumen yang dikehendaki.. Bagi aku, tak banyak sangat nak kena buat.. cuma untuk suami aku, masa ni dia kena attend kursus kahwin & dapatkan surat kebenaran berkahwin daripada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur... Lagi satu Pengesahan Pas bagi tujuan Perkahwinan Warganegara Asing  di Imigresen Putrajaya.. dan ujian saringan HIV... Ini wajib kalau nikah di Malaysia ye.. sebab suami aku asyik tanya kenapa kena buat ni.. Hahaha dia takut jarum ler tuuu.. xD

Untuk buat semua ni, aku yang bawak suami.. Satu, sebab memang pasangan dua2 kena hadir di kedua tempat ni (Kedutaan Indonesia & Imigresen).. And sebab dia takde kenderaan masa ni.. Satu lagi, aku risau dia pening nak buat apa, so better aku yang temankan dia..  Hahaha nampak tak? Perempuan tak cerewet cuma teliti je bak kata Syamsul Debat.. hikhik.. 

Okay.. berbalik pada yg atas.. So, mula2 aku compilekan semua dokumen yg  tak  susah dulu..  Macam salinan I/C semua tu.. Nasib baik masa aku belajar dulu, kitorang diwajibkan ambil kursus pra-perkahwinan untuk grad, kalau tak, tak boleh grad uollsss... So, tinggal suami aku je nak kena attend kursus tu.. So, aku carikan dia tempat and contact orang tu semua... Dia tinggal pergi dengar dan penuhkan kursus 2 hari tu.. Hari pertama, dia pergi sorang sebab aku kerja.. Hari kedua, aku tunggu dia dari pagi sampai tengah hari tu.. sebab aku cuti.. Hak2..  

Okay settle bab kursus kahwin..  Kitorang pergi pulak ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur  untuk dapatkan Surat Kebenaran Berkahwin..  Haa nak dijadikan cerita, 3 kali jugak aku ulang alik Seremban - Kuala Lumpur untuk uruskan ni... Tapi takpe, aku buat je.. aku tak melenting pun walaupun suami aku je hangin sikit masa tu.. So, aku kena stay cool.. Huhuhu.. Dia suruh siapkan dokumen sepertimana checklist yang dia bagi.. Yang ni aku lupa nak snap, korang kena pergi tanya sendiri dekat Kedutaan Indonesia.. Cakap, saya nak memohon surat kebenaran berkahwin dengan warganegara Malaysia.. haa nanti dia terangkan..  

So, lepas dah settle semua, dia bagi laaa sekeping surat yang berharga FREEEEEE... Hahaha sebab ada member suami cakap kena bayar RM80.00.. So, kitorg standby laa duitnya masa tu, tapi alhamdulillah dia tak suruh bayar.. so selamat duit kitorang.. Hehe


Haa ni dia suratnya.. 'TIDAK DIPUNGUT BIAYA' lhooo..

Okay settle bab tu.. Lusanya lagi, aku pergi  Imigresen Putrajaya pulak..  bawak surat kebenaran berkahwin dari Kedutaan Indonesia tadi untuk dapatkan Pas Pengesahan tu.. Okay yang ni agak pening sikit, tapi jangan risau aku terangkan slow2.. 

Imigresen akan mintak isi:
1 - borang permohonan pengesahan pas bagi tujuan perkahwinan warganegara asing 
2 - gambar salinan kad pengenalan dan salinan passport pasangan
3 - surat kebenaran  berkahwin daripada kedutaan
4 - gambar pasangan berlatarbelakang warna biru
5 -  cop rasmi daripada Kementerian Luar Negeri (bahagian konsular).. korang tengok dekat surat kebenaran berkahwin kedutaan tu ada cop dari Ministry of Foreign Affairs Putrajaya.. biaya dia RM20.00 .. dia akan bagi resit macam gambar kt bawah ni.. 



lepas tu, baru Imigresen akan bagi korang Pengesahan Pas bagi Tujuan Perkahwinan Warganegara Asing macam dekat bawah ni.. which is korang kena pergi bangunan Imigresen berkaca Putrajaya tingkat 3, bahagian Passport ke apa ntah aku lupa nama dia.. kat sini kau kena tunggu setengah hari pulak.. sebab ramai.. 


Okay lepas dah settle semuanya ni.. baru aku buat salinan dan original semua.. 
So, tiba masanya untuk aku hantar pada Tok Kadi.. tapi ayah aku yang uruskan, sebab masa dah takde.. Aku uruskan dari jauh dengan suami dari Seremban.. Majlis di Dungun semua aku serahkan kat mak ayah aku untuk uruskan.. Kitorang cuma cari barang apa yang perlu dari sini.. Cari persalinan nikah and goodies serta barangan hantaran.. Kad kahwin semua adik beradik aku yang uruskan.. Haha untung dorang semua memahami keadaan aku.. Terima kasih semua.. Jasa korang semua aku tak lupa sampai bila2.. 

Haa sebenarnya takde laa susah mana.. cuma dia agak leceh sikit macam tu laa.. tapi, korang sepatutnya dah bersedia laa kalau aku dah cerita step by step macam ni supaya tak susah korang nanti..  Selamat melayari alam rumahtangga ye.. Semoga dipermudahkan urusan pernikahan korang.. dan korang doakan baby kitorang selamat lahir nanti 22/10/2019.. 

Okay sampai sini dulu entry untuk proses nikah.. Aku akan sambung entry seterusnya nanti untuk proses selepas nikah bagi permohonan visa dan pass suami.. Hokey uollss.. Hakak nak pergi laundry dulu..

Daa.. Adios.. Assalamu'alaikum...

Sunday 1 September 2019

29.12.2018

Termeterai janji semalam..
Kita sama-sama buktikan yang tiada usaha yang menipu hasil..
Terima kasih sayang sebab sama2 perjuangkan hubungan ni..




...Saat terlafaznya akad...



Semoga cinta kita sampai syurga dengan kehadiran penguat cinta kita

Cinta Negeri Adik Kakak
Malaysia - Indonesia
Terengganu - Jawa Timur
Dungun - Jember

RIFAI ALI HAMZAH
💘
NUR SYAZWANI




Menanti kehadiran Baby R.A.D

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ini baru mummy berkesempatan nak update pasal awak, baby..
Alhamdulillah, awak sihat dengan mummy. In shaa Allah semoga sampai kita berjumpa menatap mata ye, sayang..

Sekarang, mummy dengan daddy tengah buntu nak belikan awak apa. Haha  tapi takpe, kita shopping slow2 ye sayang.  Sebab mummy kalau boleh tak nak membazir beli benda2 yang tak patut dibeli. So, mummy terpaksa survey dan buat checlist dulu mana yang patut dibeli dan mana yang tak patut. Lepas tu, baru kita serbu mana2 kedai pilihan mummy dengan daddy ye. Hehehe

Ouh ye, hari tu mummy pergi buat 5D + iLive scan tak bawak daddy. Hahaha konon-konon nak bagi surprise birthday daddy tapi tak jadi laa sebab mummy yang terlebih excited nak tunjuk video and gambar awak dekat daddy. Hahaha takpe kita cari hadiah lain ye. Awak tolong mummy tau.

Mummy buat 5D + iLive scan tu dekat Klinik Medissa, Senawang. Sepatutnya, harga dia RM120. Tapi, doc tu cakap dia bagi diskaun sebab muka awak tak nampak sangat. Awak ni dah kenapa nak menyorok dengan mummy pulak, haish. Tapi takpe laa. Nampak laa jugak sikit muka awak. Hahaha GOTCHA!


Haa ni awak konon2 nak menyorok dari mummy kan. 
Kitorang kacau2 awak pun  buat tak tahu je kan. Huhuhu
Tapi hidung awak macam ada iras daddy sikit laa.. Hikhik
Okay laa daripada takde lansung kan? 
Kang merajuk pulak daddy awak kalau semua awak nak amik mummy punya. 
Ouh jantina awak amik daddy punya. 😜😜

Okay baby, mummy nak buat checklist barang awak dengan barang mummy dulu. Tok Ma pun dah survey harga hospital yang mummy rancang nak bersalin. Nanti kita update dekat blog ni lagi ya.

Hospital mana?  Haa kejap. Mummy up gambar dulu.


Haa ni dia. Hospitality dekat hospital ni orang cakap bagus. 
So, kita jumpa dekat sini je laa ye baby. 
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Harga dia? Okay ni harga yang Tok Ma snap and bagi dekat mummy melalui aplikasi Whatsapp tadi pagi. Haha untung mummy dapat mama yang supportive macam Tok Ma. 


Haa ni harga dia. 

Takdelah mahal mana. Mummy ingat nak mintak Kelas 1. Tapi memandangkan ramai yang bagi feedback Kelas 3 pun macam hospital swasta yang bayar puluh ribu tu, so kita tengok nanti macam mana. Mummy nak stay pun bukan lama sangat.  Paling kurang pun, sehari dua macam tu kalau awak takde apa2 masalah. Semoga Allah mudahkan semua urusan bersalin mummy nanti dengan awak. Lepas tu, kita terus boleh balik rumah dengan daddy. Daddy dah lama tunggu awak tau. Tapi setiap kali daddy nak tengok awak bergerak dekat perut mummy, awak diam. Hahaha nakal betul ye?  Kesian daddy tau. 

Okay sayang. Mummy update lagi nanti ya. 
Mummy nak susun jadual mummy untuk esok dulu. 
Mummy ada sebulan je lagi nak tinggal office tu. 
Risau pun ada, sebab mummy memang jenis nak buat semua kerja perfect sendiri. 
Hahaha. Sebab tu daddy selalu bising dengan mummy. Hehehe

Okay... Nanti mummy sambung lagi di Road to Maternity Leave....

Assalamu'alaikum...