Thursday 19 December 2013

Ya Rabb.. Sampaikan Rindu Ini..

bismillah~~

semoga dirimu baik-baik selalu..
hanya du'a yg menghubungkan kita..
rasa kerinduan ini lantas kusandarkan hanya kepada Allah..
supaya Dia memelihara perasaan ini..
tidak terjerumus ke lembah hina buat sekian kalinya...

bukan aku tidak ingin membalas rasa cinta..
bagiku cukuplah pengalaman lalu menjadi iktibar..
supaya aku lebih dewasa dalam mengemudi dunia cinta..

bukan salahmu adanya kekurangan..
diriku juga begitu, tiada yang sempurna..
Sang Khaliq itu Maha Adil..
manusia diciptakan saling melengkapi kekurangan..

biarlah rasa rindu dan kecintaan ini..
aku khabarkan pada alam..

biarlah derita hidup ini..
aku hamparkan buat Sang Khaliq..

kerana aku sedar..
aku lebih memerlukan Dia..
lebih daripada sesiapa pun..

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~