Sunday 7 July 2013

Sannah Helwa!

hari ini usiaku bertambah lagi..
mengingatkanku kepada kematian yang semakin menghampiri..
semakin hari.. semakin banyak dugaan dan cabaran serta ujian yang diberikan..
tugasku adalah memantapkan apa yg patut..
tidak kira dalaman atau luaran..
tapi apa yang penting mahu mantapkan spiritual dulu..
insyaAllah zahirnya akan mantap jua..
untuk menghasilkan the awesomeness of myself..
perlu mujahadah dan jihad dalam diri yg sungguh tinggi dan istiqomah..

terima kasih kepada yg tak lupakan akan kelahiran insan kerdil di muka bumi Allah ini..
terima kasih ya Allah kerana membenarkanku mengenali-Mu..
tanpa-Mu aku bukanlah siapa-siapa..

terima kasih ma..
kerana melahirkan along ke dunia..
untuk mengenal jerih perih kehidupan..
untuk mengenal isinya alam kehidupan..
suatu hari nanti along akan melalui detik yg sama..
kesusahan dan keperitan melahirkan pewaris serta ummat Muhammad s.a.w..
jika diizinkanNya..

tanpa didikan ma & ayah..
along tidak akan dapat melalui liku-liku hidup ini dengan baik..
tanpa kasih sayang ma & ayah..
along tidak akan dapat merasai kebahagiaan seperti hari ini..
tanpa dorongan dan kata-kata azimat ma & ayah..
along tidak akan sekuat hari ini..
terima kasih yang tidak terhingga..

walaupun along cuba membayar balik segala yang pernah ma & ayah lakukan..
ianya tidak akan mampu menandingi pengorbanan ma & ayah..
hanya Allah yang mampu membayar segalanya..
biar ma & ayah tidak melihat apa yang along lakukan..
tapi along yakin Allah nampak.. :')

along nak jadi anak yang solehah yang boleh membahagiakan ibu bapanya..
TERIMA KASIH SEKALI LAGI...

lagu ni menjadi peneman diri pada hari ini.. :')


dan ini.. ^_^

my favourite song ever since i was small.. :')


No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~