Wednesday 8 July 2015

Bicara tentang 'kasut'..


Kasut kita mungkin sama.
Tapi.. kita adalah ujian bagi orang lain.
Saya adalah ujian bagi kamu.
Kamu adalah ujian bagi saya.
Ujian kita berbeza.
Tapi.. matlamatnya satu.

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan bagi dirinya maka dia akan diuji (diuji dengan suatu musibah)." - Hadith Riwayat Bukhari

Manusia angguk, faham.
Tapi tak semestinya dia memahami.
Sekadar memandang kasut itu dan lansung tak pernah nak cuba pakai kasut kita.
Tapi, pandai-pandai cakap longgar, pandai-pandai cakap ketat.

Cuba letak kaki kau ke dalam kasut dia.
Cuba kau rasakan sendatnya, ketatnya kasut dia.
Dengan kasut tu, cuba kau berjalan.
Rasakan kerikil di tapak kaki dia.
Kaca bersepai yang menjamah dia.
Dalam kasut dia, kau akan dapat lihat dunia dari mata dia.
Dalam kasut dia, kau akan tahu kenapa dia jadi dia.

Sesiapa yang niatnya yang mahu membahagiakan orang lain dan dia berusaha ke arah itu, Allah akan jadikan pula baginya orang yang akan membahagiakan dirinya, in shaa Allah.

Untuk setiap apa yang kita niatkan, Allah tahu.

Senyum. :)