Friday 1 September 2023

Yang Terindah Hanyalah Sementara

 Hari ni, 1 September 2023

Hati aku terpanggil utk meluahkan apa yang tak terluah selama ni.

29 Disember 2023 akan genaplah usia perkahwinan aku 5 tahun.

Dengan kehadiran dua putera di sisi, aku bersyukur atas perkahwinan yang selama ni aku jalani.

RAD & RAZ, itulah dua nama yang aku berikan utk mereka membawa diri mereka di atas dunia mahupun di akhirat kelak. Doa mummy sentiasa ada utk anakanda berdua. 

Perasaan aku bercampur baur, antara tawar hati dan sedih. 

Tapi jauh di sudut hati aku masih mengharap suami ikhlas menunjukkan penerimaan aku sebagai isteri. 

Sepanjang perkahwinan, semua yang manis sahaja cerita yang aku taburkan pada keluarga dan kawan2. Hakikatnya aku sahaja yang tahu. 

Namun, biarlah tu menjadi sejarah dan nukilan aku di kehidupan ni. 

Apa lagi yang aku harapkan pada seorang suami yang aku sendiri bermatian memilihnya di hadapan keluarga dan kawan2. Andai aku dapat putarkan balik waktu, nescaya aku akan putarkan masa sebelum aku mengenalinya. 

Rungutan aku sebagai seorang isteri tak pernah berlaku sejak kami mendirikan rumah tangga. 

Tiada wang hantaran, tiada mas kahwin, tiada nafkah bulanan. Semua aku diamkan sahaja. 

Hanya kerana gaji aku lebih besar dr suami, aku tahu aku tak seharusnya merungut. Aku kena terima dia seadanya dia. Namun, apa yang aku dapat di sebalik tolak ansurnya aku itu. 

Dari hari kedua bergelar isteri, herdik dan maki hamun, bahkan sepak terajang menjadi makanan harianku. Lebam2 di badan sudah menjadi biasa bagi aku. Aku lama2 menjadi seperti bangkai bernyawa. Jasad hidup tapi hati mati. Awalnya aku bermandikan air mata sekiranya suami melampaui batas. Tapi sejak akhir2 ni, aku mula memberontak. Aku sudah lali dengan herdikan dan amukan dia. Sentiasa dia ungkit tugas aku sebagai seorang isteri. Aku masih menahan diri aku untuk mengungkit setiap satu yang aku pendam. Namun, semakin lama semakin menjadi2. Dia sudah mula membanding2kan diri aku dengan saudara maranya yang  bukan duduk sebilik, tidur sebantal,  mandi bilik air yang sama. Siapa sahaja yang akan tunjuk sifat sebenar pada orang luar? Tapi itu yang dia nak bandingkan, sepatutnya dia harus cermin diri dia dulu mcm mana dia mulakan rumah tangga ni dengan pertolongan aku 100%, tanpa nafkahi isteri selayaknya. 

Setiap kali aku berfikir untuk keluar dari perkahwinan ni, setiap kali tu aku terbayang muka anak2 ku. Adakah aku sanggup mereka untuk tak ada ayah di sisi? Mereka harus lalui kesan dari apa yang aku dan ayah mereka lakukan? Di seawal usia inikah mereka harus mendengar kawan2 mengejek  ibu dan ayah mereka bercerai? Semuanya bermain dalam kepala. Belum hutang2 yang semakin melambak atas bahu aku. Dia? Tak pernah sekali pun dalam 5 tahun perkahwinan dia tanya, 'Bulan ni berapa komitmen yang nak kena bayar?' Bukan aku mintak untuk die uruskan pembayaran segalanya, cuma sekadar ambil tahu tanggungjawab yang sepatutnya dia galas. Hanya yang dia tahu  kos niaga dia. Duit gaji aku habis semua pada rumah dan anak2. Ini aku tak pernah mengungkit tapi bila dia dah mulakan segala ungkitan dan perbandingan. Layakkah dia? Yang dia tahu hanya complaint tugas aku sebagai isteri. Hello?? 

Aku rasa kelakar dan mahu gelak sepuas2nya. Tugas aku sebagai isteri?? Apa yang sebenarnya die fikir? Die ingat tugas suami tu hanya bagi duit makan rm20 setiap hari?? Dah?? Itu sahaja ke?? 

Ambil guna semua duit dalam bank utk segala urusan. Okay. Tapi bila aku guna? Dia persoalkan duit 'dia' pulak. Sudahnya aku fikir takpe laa. Tak payah laa usik duit dia. Bukannya ikhlas pun. Tapi hampir setiap  kali bergaduh, duit dan kerja lah yang menjadi zikir  suami. Ibaratnya aku tak pernah menyumbang apa2 dalam perkahwinan. 

Sampai aku rasa dia berkahwin dengan aku atas sebab apa ye? Cinta? Aku tak pernah rasa cinta dari dia tu. 

Aku cuba ada di posisi bantu dia naikkan nama perniagaan dia. Sampai habis beribu duit aku. Tapi apa yg die buat? Dia kata aku abaikan tanggungjawab aku hanya sebab aku mintak dia tlg jaga anak sepanjang aku kelas yang hanya berlansung 3 hari waktu tu. Aku tak dapat nak habiskan kelas aku sebab dia kata aku membazir. Itu duit aku. Aku tahu apa aku buat. Hasilnya ramai yang kenal Mr Penyet. Sampai ada customer datang disebabkan marketing aku buat die sampai nak datang cari gerai Mr Penyet. Ingatkan restoran rupanya gerai biasa tepi jalan. Tapi tak apalah. Aku berhenti setakat itu. Itu cara dia berterima kasih pada aku seorang isteri yang nak tengok suami dia berjaya, tapi dihalang niat suci aku. 

Apa sahaja yang die dah buat utk berterima kasih pada aku isteri dia? Hanya rungutan dan ungkit segala2nya yang aku fikir dia tak layak. 

Entah laa biarlah dia dengan cara dia. Satu hari aku akan pergi. Sekarang aku bertahan demi masa depan anak2 sahaja. Aku dengan dia? Sudah mati rasa.