Sunday 10 March 2013

Hurul A'in vs Wildan

Jika Hurul Ain untuk lelaki soleh,Wildan pula untuk perempuan solehah :) 

Tengah2 layan lagu2 nasyid yang amat mendamaikan jiwa ni.. 
Terdengar plak lagu Mestica yang bertajuk "Hurul Ain" hati tersenyum sendiri sehingga mengukirkan senyuman di bibir tanpa disedari.. :) 

lalu berlakulah dialog yang kedengaran usikan dari seorang sahabat.. 
"kenapa senyum sorang2? tengah chat dengan buah hati ye?" 
"tak lah. ish. ade pulak nak chat dengan buah hati.. nih haa.. tengah bayangkan bidadari dalam syurga Allah... subhanaAllah.. indah kan? hebat sungguh Allah." 
" mestilah.. Allah kan Ohsem! ^_^" 

ya! Allahurabbi~~ sungguh Ohsem! penciptaanMu~~ 

Jika Hurul Ain (bidadari) itu untuk lelaki soleh di syurga, 
Wildan pula adalah bidadara buat wanita solehah di syurga. 
Wallahu a'lam. 

Allah Maha Adil menyediakan bidadari untuk para lelaki soleh. 
Begitu juga untuk wanita solehah (sudah bersuami atau tiada jodoh di dunia). 

Firman Allah s.w.t., 
“Mereka dikelilingi pemuda-pemuda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir.” (Surah al-Waqiah: 17-18.) 

Bertuah, kan insan2 yang beriman kepadaNya? ^_^ 
siapa yang tak nak ditemani bidadari dan bidadara yang langsung tak pernah di sentuh sesiapa.. 
Tipu la korang tak nak... 

Syaratnya? 
Allah dah beritahu.. 

Kunci syurga pun Allah dah terangkan.. 
Tinggal kita je nak laksanakan atau tidak.. 
Saya ni pun kadang2 alpa dengan dunia.. 
Mintak Allah dekatkan hati kita denganNya. 
Aamiin... 

#salam mujahadah~~

Aku?? Siapa aku?



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.

Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.

Aku seorang pelajar.

Pernah, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dan nekad untuk berhenti. Jurusan yang aku belajar pada waktu itu jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar. Aku benci, aku tertekan.

Aku meminta izin daripada ayah untuk membuat keputusanku sendiri kerana ini adalah masa depanku. Mulanya, ayah sedih kerana anak gadisnya mengecewakannya. Namun, aku berkata pada ayah bahawa ini sementara. Aku berjanji pada ayah bahawa haluan yang akan aku bawa akan berakhir dengan sebuah kejayaan beruntaskan kebahagiaan. Ayah membenarkan keinginanku dengan sedikit rasa tawar hati. Mungkin dia sudah meletakkan harapan yang rendah pada anaknya ini. Ya! Aku akui yang aku ini bukanlah anak yang baik. Ayah malu pada teman-teman. Maafkan anakmu. :'(

Hari ini aku berada dalam jurusan yang aku sendiri pilih. Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Aku tidak memahami kenapa keadaanku yang sebegini. Malas, malas, benci, benci. Kenapa? Sedangkan dulu aku yang berkeras mahu meneruskan perkara ini. Kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Adakah aku sudah tersilap langkah? Allahurabbi~ Aku sendiri tidak pasti. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!

Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.

Aku seorang anak.

Anak pertama daripada lima adik-beradik. Aku punya tiga adik perempuan dan seorang adik lelaki. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang keluarga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.

Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti mereka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada mereka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lemah lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semula jadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku loser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ma,ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ma,ayah..

Dalam hati, aku berdoa semoga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Aamiin.

Khaulah Al-Azwar : BIDADARI BESI


Sering terdengar kisah Khaulah, seorang pahlawan muslimat. Lalu berbekal kemudahan internet yang ada, mencari-cari mengenai kisah pahlawan ini. Kisah mengenai beliau dikumpulkan seperti yang dibawah ini. Kisah Khaulah mampu menaikkan semangat muslimat dan juga memberi cabaran kepada muslimin. Ikutilah kisahnya.

Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Sahabat RA. Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Beliau adik kepada Zirar Al-Azwar yang kehandalannya di medan perang sememangnya tidak asing bagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur ini turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar.Khaulah lantas menjadi seorang wanita yang mahir berpedang dan berkuda. Jika diteliti sirah mujahidah ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan muslimat paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, beliau menjadi salah seorang yang menonjol atau memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudaranya Zirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu penggempuran di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Dengan berpakaian hitam, serban hijau dan menggunakan skarfnya sebagai topeng, beliau yang menyertai pasukan Khalid bin Al-Waleed meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat; membantu tentera Muslimin yang ketika itu sudah keletihan berlawan. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya, “Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

Khaulah mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan Rom, membunuh seorang dengan tombaknya, lalu meluncur ke arah barisan Rom di bahagian lain dan mencederakan atau membunuh tentera Rom yang lain. Pertempurannya secara solo itu ibarat menjadi satu pertunjukan kepada tentera Muslimin yang lain di samping membangkitkan semangat mereka untuk terus berjuang. Beliau akhirnya mendedahkan identitinya yang pasti mengejutkan sesiapa yang mengetahui (dicatatkan Khalid hampir-hampir terjatuh dari kudanya). Akhirnya, tentera Muslimin, bersama Khaulah berjaya membebaskan panglima Zirar dalam satu operasi serangan berikutnya di Beit Lahiya, Gaza, Palestin.

Sewaktu menyertai perang Sahura, Khaulah dan beberapa orang wanita telah ditawan oleh musuh. Mereka telah dikurung dan dikawal rapi beberapa hari lamanya tanpa senjata untuk melepaskan diri.

Nampaknya tidak ada cara lain yang paling berkesan melainkan membakar semangat sahabat-sahabatnya yang lain, agar dapat bertindak pantas sebelum musuh mengapa apa-apakan mereka. Khaulah sedar Allah sendiri memberi jaminan bahawa kekuatan jiwa boleh mengalahkan kekuatan senjata. Maka Khaulah pun berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku yg sedang berjuang di jalan Allah, apakah saudari-saudari sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah juga saudari semua sanggup menjadi hamba-hamba orang kafir yang dilaknati itu. Relakah saudarai dihina dan dicaci maki oleh orang Rom durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah. Dimanakah letak kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu adalah lebih baik bagi kita semua daripada menjadi hamba-hamba orang Rom".
Seorang daripada mereka menjawab, "Sesungguhnya apa yang engkau katakan itu adalah benar. Demi Allah, kami semua mempunyai harga diri. Pedang lebih berguna dalam keadaan begini. Kalau kita lalai umpama kambing yang tidak bertanduk tifak (mempunyai senjata)".

Masing-masing mengemukakan berbagai pendapat dan semuanya menunjukkan ingin mati syahid. Tidak seorangpun yang mahu menjadi tukang picit orang Rom. Tetapi malangnya mereka tidak mempunyai senjata hatta sebilah pisau pun tidak ada. Tetapi Khaulah tidak mati akal dia terus menjawab:

“Wahai wanita-wanita muslimin sekalian, tiang-tiang dan tali khemah ini sangat berguna bagi kita dan cukuplah ini saja senjata kita. Syahid lebih baik bagi kita dan inilah saja cara yang terbaik untuk kita melepaskan diri dari kehinaan ini, sebelum mereka dapat menyentuh kita atau menyentuh salah seorg dari kita. Mari kita bersumpah untuk bersatu dalam hal ini untuk menyerah diri kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan menolong orang-orang yang menolongNYA”.

Masing-masing menjawab, “Demi Allah segala-segalanya katamu itu adalah benar. Kami tidak rela hidup dihina, syahid lebih baik bagi kami daripada hidup menanggung malu”.

Tekad para tawanan ini sudah bulat. Setelah menetapkan harinya maka mereka pun melaksanakan keputusan yang dibuat. Sebelum itu mereka berdoa sungguh-sungguh pada Allah dan bertaubat dengan segala dosa yang lalu. Menangis dan merayu memohon campakkan dalam hati mereka kekuatan jiwa yang kuat dan semoga Allah memudahkan pekerjaan dan berharap semoga datanglah bantuan-bantuan ghaib untuk menolong mereka. Khaulah telah memimpin segala urusan dalam pekerjaan berat itu, dia menyandang tiang kayu siap untuk berjuang. Sebelum itu dia memberi taklimat kepada anak-anak buahnya:

"Wahai saudari, jangan sekali-kali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan ini dan jangan ada yang terkecuali, patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan bacaan takbir dan yang penting ialah saudari mesti kuatkan hati saudari semua. Insya Allah pertolongan Allah sudah dekat".

Begitulah keyakinan Khaulah, berkat keberaniannya mereka semua terselamat dari segala bentuk bencana itu. Setelah mengikat segala yang perlu, dia diikuti oleh Ifra Bt Ghaffar, Ummi Bt Utbah, Salamah Bt Zari’, Ran’ah Bt Amalun, Salmah Binti Hu’man dan seluruh wanita lainnya. Khaulah mendahului memukul pengawal dengan tiang yang dibawanya lalu menamatkan riwayat tersebut. Wanita-wanita lain bila melihat itu, maka masing-masing bersedia menyerang pengawal-pengawal lain dan bertempurlah mereka dengan gagah berani.

Orang-orang Rom ketakutan kerana serangan yang datang secara tiba-tiba. Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur sedangkan tiang di tangan kanannya digunakan sebagai melindungi dirinya dari tusukan tombak dan tebasan pedang.

Akhirnya Khaulah dan semua wanita berjaya mencerai beraikan pasukan Rom dapat melepaskan diri dari kafir durjana dan kembali ke pasukan Islam dengan selamatnya.

Begitulah kisah seorang pahlawan muslimat yang hebat. Hebatnya tidak digambarkan pada masa kini. Bangkitlah pejuang-pejuang Islam semua. Usahlah dilayan dengan permasalahan hati lagi. Bangkitkan jihad.

Allahu Akbar!!

#Salam Jihad Islamiyah!