Sunday 30 June 2013

jum bermuhasabah..

jangan ketawa pada mereka yang sudah mula berubah sedikit demi sedikit .. 
kerana mereka itu sudah memulakan langkah untuk menuju kejayaan . 

ketawalah pada dirimu sendiri.. 
kerana kamu sudah jauh ketinggalan :) 

siapa kamu untuk decide dia layak berubah atau tidak? 
semua orang berhak berubah! 
semua orang berhak menentukan jalan hidup menuju Allah.. 

siapalah kita untuk berkata tidak? 
jangan mudah melenting jika ada yg menyebar kebenaran.. 
jangan mudah melatah.. silalah ambil peduli akan dirimu di akhirat nanti.. 

ingatlah.. bumi ini sudah tidak lama lagi.. 
adakah kita semua tahu bila tarikhnya hari keramat itu? :) 

jawapannya tidak~~ 

sanggupkah kita melihat semua yg kita kenali dan sayangi.. 
kembali kepada Allah dalam keadaan yg kita sendiri tidak ingin melihatnya? 
bahkan kita sendiri.. kita sendiri bagaimana?? 

Allahu~~ seruan ini bermula sejak 1400 tahun dahulu.. 
jangan kita menyangkal sewenang-wenangnya.. 

saya sayang kamu.. saya sayang kamu semua.. 
sebab itulah saya membazir masa disini untuk menulis apa yg patut.. 
dek kerana saya tidak sanggup melihat kerenah anak2 sekarang.. 
mungkin kamu ada sebab kamu sendiri.. saya faham.. 
tapi kamu tidak ada sebab untuk terus tinggalkan Allah.. 

bagaimana kalau ajal itu datangnya tanpa kita duga? 
mungkin malam nih? esok? lusa? atau mungkin kejap je lagi.. 
Allahu~~ pulanglah pada Allah~~ Allah sungguh pemaaf.. 
percayalah~~ kenali Allah.. dengan itu kamu akan bahagia.. :') 

mungkin antara kamu.. ada yg berkata.. 
"poyo.." "tak payah nak tunjuk baik.." "tak payah nak jadi alim.." 

sungguh~~ aku tidak marah~~ :') 
itu adalah permulaan untuk kamu berfikir tentang kebenaran.. 

#salam cinta wa mahabbah ya jaisyu Muhammad~~ :') 

ku tinggalkan video ini sebagai renungan.. salam'alaik..


Tuesday 25 June 2013

tidak lama lagi..

dengan baca Qur'an.. 
hati jd tenang.. 

*teringat kata2 seseorang.. 
"baik2 jaga diri dan jaga iman.. nanti dia lari.." 

:') betul kata dia.. dah lari sape nak jawab nanti? 

Allahu~~ begitu pantas masa berlalu.. terus berdetik.. 

tidak lama selepas ini.. 
aku bakal melangkah keluar dari baitul 'ilmu ini.. 
aku masih dahagakan ilmu2.. 
aku masih dahagakan nasihat2.. 
aku masih tercari2 cinta Allah yang sebenar2nya.. 

layarmu iman dan taqwa.. 
insyaAllah.. 
hidupmu akan selamat.. 
:') 

hasbunallahu wani'mal wakiil~~ 
la takhaf wa la tahzan.. 
innallaha ma'ana.. 

#salam mujahadah ba'dal jihad..

:: mujahadah itu pahit.. kerana syurga itu manis.. ::

nak suami soleh? kene jadi solehah dulu..

Kadangkala kita terlalu imaginastik..
mahu mencari seorang lelaki soleh untuk dijadikan suami..
supaya hidup kita bahagia di dunia dan akhirat..

tetapi..
kita jarang sekali mengingatkan diri kita..
untuk berusaha mencari sekurang-kurangnya seorang kawan yang solehah..
supaya kita juga mendapat kebahagiaan yang sama..

kadangkala kita selalu berangan-angan..
mahu ditemukan lelaki soleh supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha Allah bersama-sama..
padahal kita tidak berusaha mendampingkan diri mencari sahabat yang solehah..
yang boleh mengingatkan kita waktu solat, 'jom puasa sunat', ataupun 'mari baca ma'thurat'..

bukankah sahabat yang baik juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi yang baik.. 
dan permulaan cerita untuk kita mendapat yang terbaik juga? 

Sahabat solehah..
yang sentiasa menegur diri saat iman semakin berkurang..
yang membantu menyembuhkan iman yang sedang sakit.. 
yang bersama diri saat duka mahupun tawa..
yang saling mencintai kerana Allah..

#salam cinta.. salam mahabbah~~

Monday 24 June 2013

coretan hati..

bismillah~~ 

ada batasan yang perlu dijaga.. 
ada maruah yang perlu dipelihara.. 
aku sayang kamu dengan caraku tersendiri.. 

jika mereka memilih untuk kerap bertemu.. 
aku memilih tidak bertemu.. 
jika mereka memilih untuk berhubungan.. 
aku memilih untuk tidak berhubungan.. 
jika mereka memilih untuk saling mengingati.. 
aku memilih untuk tidak mengingati.. 
jika mereka memilih untuk saling merindu.. 
aku memilih untuk tidak merindumu.. 

Allahu~~ semoga hati ini dijaga.. aamiinn~~ 

* Hadirnya tanpa kusedari 
   Menggamit kasih cinta bersemi 
   Hadir cinta insan padaku ini 
   Anugerah kurniaan Ilahi 

bait2 ini sudah cukup mentafsirkan perasaan seorang insan yg dhaif ini.. 

#salam cinta, salam mahabbah~~

Wednesday 19 June 2013

Ada apa dengan cinta?

Bismillah~~ 

Cinta.. 
Dikau itu fitrahnya suci 
Sesuci embunan pagi 
Seputih turunan salji 

Cinta.. 
Andai manusia itu bijak pekerti 
Pastinya dikau tidak sesekali dinodai 
Tentunya dikau aman di lubuk sanubari 

Cinta.. 
Zaman ini banyak sekali tragedi 
Menarik dikau ke lembah penuh misteri 
Habislah dikau andai manusia hilang pedoman diri 

Cinta.. 
Zaman ini dikau tidak lagi selalu disanjung tinggi 
Namamu hanya menjadi zikir pemuda pemudi 
Peroleh kepuasan penuhi nafsu meninggi 

Cinta.. 
Ingin sekali aku bersimpati 
Namun aku sendiri serupa insani 
Mungkin dikau mangsaku sejurus ini 

Cinta.. 
Percayalah, andai aku miliki iman di hati 
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti 
Kerna dikau hanya halal buat insan bernama suami 

Cinta.. 
Andai suatu hari aku akan dicintai 
Andai suatu masa aku akan mencintai 
Sudilah engkau terbit menemani jiwa kami 

Cinta.. 
Buat masa ini 
Aku ingin sekali kau dikunci rapi 
Kerna kini aku ingin menimba ilmu Ilahi 

Cinta.. 
Sabarlah dikau buat sementara ini 
Tatkala sudah tiba masanya nanti 
Datanglah kembali menghiasi bahtera kasih abadi.. 

hasbunallahu wani'mal wakiil~~ 
la tahzan innallaha ma'ana.. :') 

#salam cinta, salam mahabbah~~

Friday 14 June 2013

Langkah Tercipta


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian..

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa,
Ku berbisik inilah dugaan..

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan..
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta..

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dariMu..

Monday 10 June 2013

Jodoh? :)

"Kau layan dia sebagai kawan,
tapi dia layan kau dengan harapan..."

itu lumrah persahabatan jika melibatkan jantina yang berlainan betul? :)
pasti salah satu jiwa akan menaruh harapan yg tidak diketahui oleh pihak yang di sana.

Waspada!
jangan terlalu mesra,
jangan terlalu rapat,
jangan terlalu baik.
Kelak ada hati yang terluka.
Bila fikir balik, ada bagusnya hidup single ni.
Kalau ditakdirkan hidup aku sampai sini saja,
at least tak lukakan banyak pihak.

Bukan menolak takdir berjodoh,
tapi diri ni banyak kurangnya,
nak kena kejar cinta Ilahi dulu,
sebelum ada insan menghuni hati.

"Antara kita, siapa yang akan kahwin dulu?"
kalau perempuan, memang tak lari dari soalan nih kan? :)

hurmm cuba tanya soalan nih pulak.. :)
"Antara kita, siapa yang akan pergi dulu?"
Pasti sepi yang akan berbalas..

Well, tade siapa tahu rahsia Dia.
Berpisah jasad ni sakit.
Berpisah hati tu perit.

Lebih baik fikirkan pernikahan yang pasti dengan alam barzakh..
dari memberatkan kepala dengan soal jodoh.. :')

Monday 3 June 2013

Cinta Agung..

Bila engkau telah letih..
Hilang semangat dalam kemanisan amal..
Allah tahu betapa engkau telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangismu berpanjangan..
Hatimu dalam kedukaan..
Allah mengisi setiap titisan air matamu..

Bila engkau memikirkan betapa engkau telah mencuba segalanya..
Tetapi tidak tahu ke mana arah tujuanmu..
Allah adalah penyelesaiannya..

Bila engkau merasakan hidupmu ketinggalan..
Dan masa telah meninggalkanmu..
Allah masih setia disisimu..

Bila tiada sesuatu yang memberi pengertian buatmu..
Dan keliru atau kecewa..
Allah adalah jawapannya..

Andai tiba2 pandangan semakin terang..
Dan engkau menemui sinar harapan..
Itulah bisikan kasih sayang daripada Allah..

Bila segalanya berlansung dengan baik..
Dan engkau meletakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya..
Allah telh memberkatimu..

Bila engkau gembira..
Dan dirimu sarat dengan ketaqwaan kepada-Nya..
Allah telah memberikan senyuman-Nya..

:')
begitu sayangnya Allah kepada kita..

fabiayyi aala irabbikuma tukazziban?
Nikmat yang mana lagi hendak didustakan? 

Allahu.. syukran kathiiiiiiron ya Robb~~

Jika Aku Pilihan Hatimu..

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana 
rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
Hentikanlah madah2 terindahmu untukku,
Sehingga saat halal itu berlaku.

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita akan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.

Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.

Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.

Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”..

Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu...
Terkadang risauku dengan pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru..
jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju...
Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu...
Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu...

Warm regard,
Wanie..