Sunday 30 December 2012

Currently read this book! ;)


Andai cinta hadir untukku, hadirkanlah seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu...

**********************
novel ini memang best and insyaAllah akan best sampai habis.. :)

kisah Nurul Iman dan Muslim Razin yang sering bertengkar lidah adalah salah satu asam garam kehidupan yang sering kita dengar... "jangan gaduh gaduh.. nanti ada jodoh baru tahu.. "

Watak Muslim Razin yang selalu cool dalam berbicara tapi pedas dan sering terkesan membuatkan Nurul Iman geram dan meluat walaupun hakikatnya apa yang diperkatakan Razin itu ada benarnya.

Bak kata orang, dua-dua nih tak boleh berjumpa.. ade je yang tak kena.. seronok baca.. :)
Iman dengan puting beliungnya.. Razin dengan angin pembakar amarah si Iman.. hehe.. last2 tak sangka jodoh.. :P

"perempuan ni kalau kecik-kecik dah malas, dah besar nanti, susah nak buat jadi bini!"
"lelaki ni kalau kecik-kecik mulut dah macam longkang, dah besar nanti tak boleh jadi laki!"

dalam bertelingkah, dalam bergurau, ada nilai-nilai Islam di situ.. itulah ape yg saya tertarik dengan novel nih sebenarnya.. :)

# Bahagia itu bukan hanya perlu dicari tetapi bahagia itu perlu dikenali...



Friday 28 December 2012

khas buatmu insan2 solehah.. :)

Melihat dia dari jauh, sudah cukup buat aku terpegun. Sesekali mata menjeling, cuba mengimbas mana yang sempat pada susuk tubuhnya. Alangkah indahnya ciptaan Tuhan.

Dia melangkah rapi, umpama langkah seekor kucing yang menyilangkan kaki pada setiap hayunan langkahnya. Rapi dan teliti. Saat angin menghembus lembut pada wajahnya, terbang rambut panjang yang dibiarkan lepas tanpa diikat, mahupun ditutup. Hitam bersinar tatkala disuluh cahaya mentari.


Pakaiannya canggih, moden, dan terkini. Menyarung kemeja sendat berwarna ungu, sambil digayakan dengan seluar slack panjang berwarna hitam, serta digayakan dengan tumit tinggi berwarna hitam berkilat bertakhtakan batu permata, juga beg tangan berjenama mahal dikepit pada lengannya. Sungguh melambangkan wanita korprat. Sesekali mendabik dada tatkala berselisihan dengan sesiapapun, menandakan dia berkeyakinan tinggi. Pandangan matanya tertancap ke hadapan, seolah-olah melihat matlamat yang ingin dicapai dan dilaksanakan untuk hari ini. Hebat sungguh wanita ini.



Namun, kekesalan mula terserlah, bila dia tidak tahu yang sebenarnya dia cantik. Sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu. Wajah yang indah, serta tubuh badan yang mampu menggetarkan iman sang arjuna, itu dia tidak sedari dan tidak tahu.



Sebab apa dia tidak sedar dan tahu? Kalau dia tahu dan mengerti akan kecantikan dirinya, sudah tentu dia tak perlu membuka dan mendedahkan kecantikannya kepada umum. Tidak perlu dia ralit menghebahkan dan memperagakan susuk tubuhnya pada pandangan mata bukan pada orang yang selayaknya. Kalau dia tahu akan kecantikannya, sudah tentu dia tidak perlu menghebahkan kepada orang lain, orang lain sendiri akan menilai dan menyedari akan kecantikan dirinya. Cukup baginya menutup apa yang haram pada pandangan mata. Itu penilaian umum untuk menjatuhkan hukum kecantikan padanya.



Hari ini ada wanita yang sudah terlalu murah. Mempamer susuk tubuh pada umum, setiap inci ruang tubuh ingin didedahkan. Semakin hari semakin hebat hebahan dan tayangan dilakukan. Demi mengail pandangan arjuna padanya. Supaya sang lelaki melihat dan kagum akan kecantikannya. Supaya lelaki memuji dan memujanya.



Wanita, usah kau berlumba-lumba memurahkan maruah mu. Jagalah sebaik mungkin. Tiada lelaki yang berminat menjadikan kau suri hidupnya bila kau sudah rosak dan murah akhlak. Tiada lelaki berminat untuk menanggung dosa kau yang sibuk melaram bukan untuk suami tetapi untuk pandangan lelaki luar yang tiada hak keatas kamu.



Ingat wahai wanita, jagalah akhlak dan maruah mu, meskipun tidak dipandang lelaki, kerana Tuhan akan pandang kau sebagai muslimah sejati, dan moga kau menjadi bidadari dunia yang indah dan mendapat keredhaan Allah SWT.







-iluvislam-

Tuesday 25 December 2012

Bertudung labuh.. perlukan mujahadah+istiqomah..


"Over lah kau ni. Semua Labuh. Pakai tudung Labuh lagitu. Cukup tudung biasa kali ah." - Someone.

Allahu. T.T
Terkejut + sedih sangat dengan ayat dia.

Sayangku.
Dalam Islam takde istilah berpakaian yang 'over' sangat.
Dah itu yang sememangnya.
Baju tak ketat. Begitu juga seluar.
Pakai tudung hendaklah cover your dada.
You know that right? :)

Okay ukhti sayang cuba lihat Allah s.w.t berfirman.

Firman Allah dalam surah Al-Ahzab-ayat 59.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Surah An-Nuur ayat 31.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya."

Bila kita lihat dalam ayat ini, jelas menunjukkan perempuan wajib melabuhkan tudungnya hingga ke paras dada.

Namun, apa yang terjadi sekarang ini, ramai perempuan yang memakai tudung tetapi masih jarang, tidak menutup dada, dan terlalu pendek. (Mangsa fesyen)
Tak salah pakai tudung biasa asal cover your dada & sebaiknya cover juga bahu.
Sebaiknya jika mampu bertudung labuh kerana ianya bukan sahaja menutup aurat tetapi melindungi bayang-bayang bentuk badan. InshaAllah Lebih selamat.

Ingat. Mata lelaki macam boleh tembusi badan kita. -.- Sebabtulah kena labuh. Supaya terjaga dari 'mata-mata' yang berpenyakit.

Cover bukan wrap.

Fikir-fikirkanlah. Bertudung kerana siapa.
Jika kerana Allah, maka ikutlah seperti yang telah ditetapkan dalam Islam.
Tak rugi apa-apapun sayang. Malahan diri kita terlindung dan terpelihara.
InshaAllah.


Oleh itu. Renung-renungkanlah! :) ♥
Moga Allah redha.

*Tak perlu tanya siapa orangtu.
Dia hamba Allah. Sama macam kita.
Biar dirinya hanya ana, dia & Yang maha Esa sahaja tahu.
Itu lebih baik.

*Asifah. Tak berniat untuk menyebarkan aib siapa-siapa.

:)

Tuesday 11 December 2012

Its a test!



Tujuan ujian adalah untuk menguji. Sebab itu namanya adalah ujian. Jika ujian itu datang dalam keadaan mudah dilangkau, tidak dinamakan ianya ujian. Ujian semestinya menggegarkan, menggoyahkan, meragut ketenteraman dan menghilangkan kesenangan.

Dalam keadaan ini Allah ingin melihat sejauh manakah keyakinan kita kepada-Nya. Yang Allah mahu daripada ujian adalah pembuktian kita terhadap keimanan kita. Saya sering mengulang ayat 2 dari Surah Al-Ankabut:

“Apakah manusia itu mengira, bahawa mereka akan dibiarkan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?”

Sebab itu, adakah kita mengira, kita akan masuk syurga Allah dengan lenggang kangkung tanpa diuji dengan ujian yang hebat? Kadangkala seakan kita tertolak ke pinggir gaung. Hanya menunggu masa sahaja untuk jatuh walaupun telah berusaha bertahan.

Kita bertanya-tanya, kenapa kita diuji sedemikian rupa?

Ketahuilah, itu hakikatnya adalah tapisan kita ke syurga Allah SWT.

“Apakah kamu mengira, kamu akan dimasukkan ke dalam syurga, selagi belum tiba kepada kamu ujian yang telah didatangkan kepada orang-orang sebelum kamu? Mereka diuji dengan kepapaan dan serangan penyakit serta digoncangkan. Sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman dengannya: Bilakah pertolongan Allah(hendak sampai)?...” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Iya. Diuji sehingga ke pinggiran gaung. Sehingga tergoncang keimanan mereka. Allah nak bantu atau tidak ini? Tetapi mereka itu memilih untuk terus percaya. Apakah jawapan Allah pada akhir ayat itu?

“...(ketahuilah) sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” Surah Al-Baqarah ayat 214.

-------------------------------
Petikan daripada Buku Motivasi Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada!

Wednesday 5 December 2012

Remember your aim to be in this world!

Segala puji dan syukur ku panjatkan pada-Mu ya Allah..
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad,Rasul junjungan..

Suatu ketika dahulu..
Aku bukanlah seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna..
Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki kelembutan yang didamba oleh setiap Hawa..
Aku bukanlah seorang wanita yang bergelar anak solehah..
Aku bukanlah seorang wanita yang menjaga ukhwah..
Aku.. bukan seorang wanita yang bergelar hamba yang taat kepada-Nya..

Aku tertatih sendiri mencari jalan dan arah hidup..
untuk memperoleh Redha-Mu, cinta-Mu..
siapa aku kini Al-Haadi,tanpa petunjuk-Mu ?
siapa aku kini Al- Latif,tanpa kelembutan-Mu ?
siapa aku kini Al-Nur,tanpa cahaya-Mu ?
siapa aku kini Al-Sobur,tanpa kesabaran-Mu ?

Engkau mendetikkan hatiku untuk mencari-Mu dengan kudus cinta-Mu..
petunjuk-Mu membuktikan segalanya..
kelembutan-Mu yang merinduiku dengan segenap ujian..
cahaya-Mu dengan setiap penyelesaian..
kesabaran-Mu dengan setiap luahan hatiku..

Andai Allah tidak menjentikku..
sudah pasti aku masih tersasar dari jalan-Nya..

Al-Qadar.. Engkau Maha Menentukan..
tentukanlah yang terbaik untukku..
dalam kehidupan duniaku dan akhiratku..

Ya Ghaffar,Ya Ghaffur..
Keampunan-Mu dan kemaafan-Mu seperti Karim-Mu..
Engkau lah yang Maha Pemurah..
Ampunilah aku.. akan segala dosaku..

Ya Allah..
jadikan aku seorang hamba-Mu yang taat..
jadikan aku seorang anak yang solehah..
jadikan aku seorang pelajar yang cemerlang..
jadikan aku seorang penjaga ukhwah..

Andai aku kau pertanggungjawabkan untuk melengkapi rusuk adam..
jadikan aku wanita yang menjadi isteri solehah dan sempurna..
yang memperoleh redha suami dunia dan akhirat..
andai aku dan adam itu kau anugerahkan zuriat..
jadikan aku dan dia seorang "umi dan walid" yang mampu membimbing amanah-Mu melayari bahtera Islam..

Aamiin..