Thursday 9 April 2015

Berjalannya seorang gadis..

Kamu sangka ketawaku, kerana aku senang..
Kamu sangka senyumanku, kerana aku bahagia.. 
Walhal, aku sedang memujuk hatiku..
supaya jangan berhenti melangkah..
jangan berhenti bersuara..
jangan berhenti membuat sesuatu yang aku sukai..
Aku masih Aku!

Jika dahulu tudung labuhku itu dianggap sebagai satu kesempurnaan..
Title 'ustazah' diletakkan di atas kepalaku.. 
Walhal, aku adalah insan yang paling hina suatu ketika dulu..
Insan yang kamu semua pandang dengan pandangan cynical.. 

Kini.. 
Aku cuba mengubah penampilanku kepada modern muslimah..
Aku masih dengan gaya sportyku.. 
Sneakers, Shawls, Jeans, Jacket, Glasses..
Tapi ianya masih syar'ie.. 
kerana aku bimbang sekiranya aku jatuh semula di lembah gelap..
Bila aku mengenakan imejku kembali.. 
Tiada lagi mulut-mulut yang bercakap2 dan memanggilku 'ustazah'..
Mungkin bagi mereka.. 'tiada ustazah yang berpakaian begini..'
Hahaha.. ini sungguh lawak! 

Betapa pemikiran masyarakat kita itu begitu sempit ye.. 
Mungkin kalau mereka ke luar negara.. 
pasti ustazah-ustazah di sana akan jadi mangsa bahan umpatan mereka..
huhu. Tolong! Jangan terlalu jumud. 
Islam tidak mengatakan pakai jubah dan tudung labuh itu ustazah. 
sebab apa? mereka cuma menjaga maruah mereka sebagai seorang wanita.
dan aku juga tidak mengatakan yang tidak memakai jubah dan tudung labuh itu bukan ustazah.
sebab? mereka ingin menerangkan pakaian mana yang dilarang dan pakaian yang mana dibenarkan. 
jadi.. tolong! jangan terlalu judgemental. 

aku penat. aku lelah dengan permainan dunia,
sekarang adik aku bakal menjadi hak keluarga lain juga. 
ada mulut-mulut yang mempertikaikan aku.
'kenapa adik kahwin dulu? kenapa bukan kakaknya?'
kalau ikutkan hati, nak je aku pergi cakap kat diorang.
'suka hatilah! kenapa menyibuk sangat? kereta korang tercalar ke kalau adik aku kahwin dulu?'

manusia! tak pernah nak berhenti dari jadi judgemental. 
kesian. tak penat ke? aku yang penat bila tengok. 

aku cuma nak jadi yg solehah je. 
aku cuma nak husnul khotimah. 
aku cuma nak selesaikan urusan aku kat dunia.
bila urusan aku kat dunia dah selesai, aku pergi. 
waktu tu, jangan tanyakan kewujudan aku lagi.