Monday 23 November 2020

Setelah Bergelar Isteri

 Bahtera yang dilayari hampir menginjak usia 2 tahun..

Banyak kenangan dan pengalaman yang bersama2 aku sepanjang tempoh tersebut..

Setelah lafaz yang disebut, banyak perkara yang aku rindui.. 

Benarlah kata orang.. Kita lebih mengejar apa yang tiada di depan mata..

Berbanding apa yang telah diberi kepada kita.. 


Banyak manis dan juga pahitnya yang telah dilalui.. 

Sejujurnya, aku masih mencari di mana kebahagiaan sebenar.. 

Bukan kerana aku tidak mensyukuri apa yang telah ditentukan Allah.. 

Tapi sebagai manusia biasa, aku berhak bahagia bukan?


Apabila aku berjalan ke mana2 tanpa si dia di sisi, 

Aku sering berangan2 untuk diri ini diperlakukan seperti pasangan di hadapanku ketika itu,

Si suami menggenggam erat tangan si isteri melihat anak2 berlari bermain,

Si suami suapkan makanan ke mulut si isteri tatkala si isteri hebat melayan kerenah dan tingkah si anak,

Kejutan di hari lahir si isteri daripada si suami tercinta,

Pernah, satu ketika dia memberi kejutan kepadaku,

Tapi cukup untuk sekali itu.


Aku bukanlah isteri yang sering dimanja suami,

Sering dibelai suami, Sering dirangkul suami ,

Entah sampai bila aku akan merasakan  rasa sepi seorang isteri.