Wednesday 20 August 2014

Wahai hati... jangan FUTUR!

bismillah~~

wahai hati..
jika engkau melihat dan berkenalan dengan dunia..
aku mohon..
jangan futur..
dunia penuh agenda terhadapmu..

tolong jangan terpedaya dengan helah dunia..
ia amatlah cemburu sekiranya engkau begitu akrab dengan Rabbku..
ia akan berusaha sehabis daya untuk memerangkapmu..

tolong jangan lupakan Rabbku..
aku memerlukan Rabbku untuk menuntunku ke syurga..
tolong jangan berpaling dari Rabbku wahai hati..

aku benarkan engkau berkawan dan berkenalan dengan dunia..
bukan disekat terus.. bukan dihalang terus..
tetapi ianya harus berpada..

kalau engkau wahai hati tidak rindukan Rabbku..
jangan engkau heret aku bersama dalam kelalaian..
jasad ini rindu.. nur di wajah ini semakin pudar..
tolong jangan biarkan iman dan hidayah yang pernah datang dulu pergi..
kerana mereka adalah teman terbaik yang pernah dihadiahkan Rabbku kepadaku..
jangan dihalau mereka pergi..
kerana mereka mungkin tidak akan singgah lagi..
tolong.. aku merayu wahai hati..

tolong kesiankan jasad yang menyimpan engkau di dalamnya..
biarkan tangan ini terus melakukan hal yang baik..
biarkan kaki ini melangkah ke tempat yang baik..
biarkan lidah ini terus menuturkan perkara yang baik..
biarkan telinga ini terus mendengar perkara yang baik..
biarkan mata ini terus melihat sesuatu yang baik..
jangan engkau terus biarkan mereka ini hanyut tak bertepi..

sungguh aku rindukan kemanisan iman dan hidayah yang sebelum ini datang menyapaku..
Allah.. :'(

Monday 23 June 2014

10 Mutiara Kata

waktu mengemas..
sehari suntuk..
penattt.. >.<

belek punya belek buku time zaman sekolah dulu..
tup tup jumpa buku nota kecil yang sentiasa dibawa ke mana2..

dalam buku tuh..
ada tertulis kata2 hikmat laa kononnya sebagai motivasi diri..

ada 10..
tak ingat laa.. tapi time nih rasanya kitorang kena cari 10 kata2 mutiara yang ala2 best laa kot..

:: number 1 ::
Apabila anda membuka buku, penjelajahan anda pasti bermula
(yg nih sy percaya.. hehe)

:: number 2 ::
Sekiranya anda jatuh tujuh kali, bangun kembali lapan kali
(haha.. kelakar.. kenapa tujuh? boleh laa.. boleh laa.. tujuh pun ok gak.. number fav aku tuh..)

:: number 3 ::
Penangguhan adalah pencuri masa
(tepat sekali.. T_T.. tapi tak pernah nak insaf... >.<)

:: number 4 ::
Kalau hendak belajar, jangan main-main
Kalau hendak bermain, jangan main-main
(hehe.. betul la tuh.. mama salu cakap.. nanti menyesal baru tau.. nanti menyesal baru tau.. hurmm)

:: number 5 ::
Kenalilah diri anda sendiri sebelum anda mahu orang lain mengenali diri anda
(hurmm betul laa.. tapi sampai hari ini, aku cukup kenal ke diri aku sendiri?)

:: number 6 ::
Menulis akan membawa anda membaca dan berfikir
(haa macam aku tgh buat sekarang nih laa.. hehe)

:: number 7 ::
Takluk sifat buruk anda atau ia akan menakluki diri anda
(jangan putus asa wani.. jangan!! nafsu nih memang kena rejam sungguh2.. baru cayaq.. haha)

:: number 8 ::
Tiada tekanan, tiada berlian
(haha xD gelak sorang2 aku baca yg nih.. mana aku dapat laa.. tapi betullah tu,, agak2 akuh laa mesti aku dapat dr english quote nih tapi akuh translate,, kah3 >.<)

:: number 9 ::
Jangan, jangan dan jangan sesekali mengaku kalah
(boleh.. selagi kudrat dan keyakinan masih setia kekal di sisi..)

:: number 10 ::
Bercakaplah mengikut kadar dan tahap pemikiran para pendengar
(betul,, tapi ramai antara kita cakap tak fikir dulu,, ikut emosi,, bukan akal,, sayalah tuh,, T_T)

sekian.

ouh2..
saja nak share..

current songs..
Cher Lloyd - Sirens
Jessie J - Who You Are
Jessie J - Nobody's Perfect
Imagine Dragon - Demon

yang dah lama tak post entri,
Wanie

Wednesday 18 June 2014

Mencari Sinar..

Kadang..
Ada time kita lemah..
Ada time kita futur..
Ada time kita rasa nak menangis je..
Ada time kita sampai tak tahu nak buat apa..

Rasailah semua itu..
Sebab manusia memang ada jatuh bangunnya..
Manusia memang akan lalui sedih gembiranya..
Kuat lemahnya..sakit sihatnya..futur bangkitnya..
Tapi tolong..
Jangan lemah terlalu lama..
Jangan futur terlebih masa.
Dikhuatiri kita lupa cara mahu bangkit semula..

Berukhuwah fillah..
Tujuannya bukan untuk bergembira saja..
Tapi bila sahabat itu jatuh.. 
Kita hulurkan tangan untuk menariknya semula..
Pentingnya sahabat..
Dalam melalui suka dan duka..
Tapi mohon jangan lupa pada yg Esa..
Sebab di setiap ujian-Nya..
Terselit kasih sayang-Nya buat kita..

Ujian..
Datang tanpa diduga..
Kadang waktu kita tak bersedia..
Tapi sebab Allah tahu kita mampu..
Jadi Dia uji kita sebegitu..
Dihantar hadiah berisi ujian..
Itu bermakna Dia pandang kita..
Beruntunglah orang yang dipandang oleh Allah..
Bersabarlah.. semoga redha Allah milik kita..

Aku..
Dah selalu jatuh..
Akibat cacian manusia..
Akibat bertahan terlalu lama..

Tetapi kerana mereka..
Aku masih di sini..
Menasihati dan mahu dinasihati..
Siapa mereka?
Allah itu sudah pasti..
Namun.. tanpa sahabat..
Aku tidak akan menemui diriku..
Tak kiralah di alam realiti atau alam maya..
Dan juga mereka yg membenci aku..
Tanpa mereka.. aku tak mampu kuat juga..
Terima kasih untuk itu..



'Datanglah ujian melanda macam mana sekalipun..
Teguhkan hati.. kentalkan iman.. tabahkan jiwa..
Dan hadapilah setiap ujian itu..'

Wednesday 11 June 2014

Sahabat Forever...

terima kasih sahabatku :')

kamu sentiasa bersamaku di saat jatuh bangunku..
di saat aku lelah tanpa arah mencari di mana dahan untuk berpaut..
di saat aku memerlukan bahu untuk dilepaskan airmata..
di saat aku memerlukan telinga untuk mendengar..
di saat aku kebutuhan kata-kata semangat..
kamu sentiasa ada..

thank you Allah as you granted me friends that always be there for me.. always give me hope that there would be another reason for me to smile..

:')



They are persons that hear your silence.

..Seorang Gadis..

bismillah~~

no more thinking about soulmate.
heh! perhaps..
just tired of it..
seriously! no lie!
u've gone too far now!
need to come down to earth..

hurmm..
need to cari balik siapa diri tu...
dah jauh ke Alaska dah perginya tu..
dah kenapa laa jd mcm ni kakak? :(

mana pergi al-Haya' tu??
mana pergi Nurul Iman to be to??
cakap nak realisasikan The Light of Faith??
where is ur golden dreams Wani??

where is it?? lost out of somewhere?? hurm??

bersama-sama bayu malam..
gegendang telinga dihiburkan dengan nyanyian NowSeeHeart..
again!

"Seorang Gadis"




Tuesday 10 June 2014

Hello Again!

Salam'alaik ya jamiian..

Its been a while since I posted the last one..

Well,, Im doing good.. no worries.. :')

back to my normal life.. actually it doesnt really matter though whether it is normal or not.. :)
sometimes i get it too easy in life,, sometimes it becomes upside down.. haha.. i dont know.. it was really a long time since I kept all those things to myself though.. cry, up lifting in life,, it doenst matter really since no one cares about what ive been through.. what exactly i felt.. *so funny..

i dnt know.. it happened in a blink of eyes.. too fast.. it was like a dream..

the only thing that i can say is..

'SELAMAT TINGGAL SILAMKU..'

even sometimes it knocks me down and tried to pull me back again like to death yaww..

just go away and dont come to me ever again..

just like this song.. :')


pergi jauh dariku, biarkanku
jangan ganggu diriku, hai silamku
berat sudah ku tanggung beban ini

kelak akan kuganti dengan senyuman
oh walaupun pahit dan masihku terasa
mungkin kali ini kan kumampu mengharungi
pimpin jiwaku ini, diri yg lemah
oh Kasihku

Selamat tinggal silamku 
pergi jauh dariku

Kelak akan kuganti dengan senyuman
mungkin kali ini kan kumampu mengharungi
pimpin jiwaku ini, diri yg lemah
oh Kasihku

Selamat tinggal silamku, pergi jauh dariku
Pergilah, silamku..
Pergilah, silamku..
Pergilah, silamku..

Thursday 8 May 2014

Antara Dua



PILIH AKU ATAU DIA ?

Ada pepatah berkata, jika engkau menyayangi dua orang dalam satu masa..
Pilihlah yang kedua.. kerana jika engkau tulus mencintai yang pertama..
engkau tidak akan pernah mencintai yang kedua. ..

Namun, jika ada dua orang yang ingin menjadikanmu sebagai pendamping hidupnya..

Maka..

Pilihlah dia yang mencintaimu dengan kekuranganmu..
Pilihlah dia yang akan menegurmu jika kamu salah..
Pilihlah dia yang sedia lahir batin untukmu..
Pilihlah dia yang tak suka membandingkan kekuranganmu dengan kelebihan orang lain..
Pilihlah dia yang tak suka mempamerkan kelebihannya..
Pilihlah dia yang dapat menuntunmu kepada keluarga sakinah mawaddah warohmah..
Dan pilihlah dia yang dapat membawamu ke husnul khatimah..

Dan..
Jangan pernah engkau melihat dari pakaiannya..
Jangan pernah engkau melihat dari hartanya..
Jangan pernah engkau melihat dari pangkatnya..
Jangan pernah engkau melihat dari wajahnya..
Yang paling penting.. utamakan agamanya...

Monday 24 March 2014

Cinta Allah s.w.t itu Indah dan Surprise!

Ramai di antara kita diuji dengan perkara yang seringkali tidak terduga.. 
malah tidak pernah terlintas di fikiran akan diduga sedemikian rupa.. 
lalu di situlah titik titik pengorbanan akan dilihat.. 
di mana terletaknya sikap sabar tanpa putus asa.. 
di mana letaknya sifat syukur dengan nikmat Allah walaupun diri diuji.. 

tujuan dan matlamatnya hanya satu..

IMAN!

Ujian datang dalam pelbagai jenis..
ada yang diuji dengan wang..
ada yang diuji dengan keluarga..
ada yang diuji dengan kawan..
ada yang diuji dengan masyarakat..
ada yang diuji dengan kebahagiaan..
ada yang diuji dengan penderitaan..
ada juga yang diuji dengan kesihatan.. 

namun.. 
di mana tahap kesabaran dan tahap kebergantungan kita kepada Allah s.w.t..

ada suara-suara yang kurang enak didengar.. 
"bila macam ni.. bila macam tu.. baru nak ingat Allah s.w.t.."

bagi saya.. itu sudah cukup memadai daripada individu itu lansung lupa lalu berpaling daripada Sang Khaliq.. sekurang-kurangnya.. hatinya masih berpaut pada cinta Allah s.w.t.. masih dilemparkan sedikit rasa rindu pada Yang Maha Satu.. Alhamdulillah kerana kita tahu yang dia masih berada di jalan Allah s.w.t.. apa yg perlu dibuat seterusnya.. berdoa agar kehidupannya selepas itu lebih baik daripada hari sebelumnya.. 

jika direnungkan sejenak.. itu adalah salah satu cara Allah mengetuk pintu hatinya agar kembali kepada-Nya.. kita memang tidak sedar.. kita hanya tahu bercakap tentang dirinya.. sedang diri itu mungkin meraung hatinya minta dibimbing.. minta dibantu untuk mengenal Allah dan Rasulullah dengan lebih dekat.. kita tidak pernah terfikir bukan? 

sama-sama kita muhasabah diri kembali.. 
mungkin selama ini.. kita ada tersilap di mana-mana.. 

:')