Sunday 10 March 2013

Aku?? Siapa aku?



Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.

Aku seorang muslimah kerana aku Islam.

Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.

Aku seorang pelajar.

Pernah, aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dan nekad untuk berhenti. Jurusan yang aku belajar pada waktu itu jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar. Aku benci, aku tertekan.

Aku meminta izin daripada ayah untuk membuat keputusanku sendiri kerana ini adalah masa depanku. Mulanya, ayah sedih kerana anak gadisnya mengecewakannya. Namun, aku berkata pada ayah bahawa ini sementara. Aku berjanji pada ayah bahawa haluan yang akan aku bawa akan berakhir dengan sebuah kejayaan beruntaskan kebahagiaan. Ayah membenarkan keinginanku dengan sedikit rasa tawar hati. Mungkin dia sudah meletakkan harapan yang rendah pada anaknya ini. Ya! Aku akui yang aku ini bukanlah anak yang baik. Ayah malu pada teman-teman. Maafkan anakmu. :'(

Hari ini aku berada dalam jurusan yang aku sendiri pilih. Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Aku tidak memahami kenapa keadaanku yang sebegini. Malas, malas, benci, benci. Kenapa? Sedangkan dulu aku yang berkeras mahu meneruskan perkara ini. Kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Adakah aku sudah tersilap langkah? Allahurabbi~ Aku sendiri tidak pasti. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!

Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah, Heliza di laman facebook.

BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..

Masihkah lagi tidak bersyukur?

Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.

Aku seorang anak.

Anak pertama daripada lima adik-beradik. Aku punya tiga adik perempuan dan seorang adik lelaki. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang keluarga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.

Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti mereka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada mereka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.
Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lemah lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semula jadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Aku loser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ma,ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ma,ayah..

Dalam hati, aku berdoa semoga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~