Sunday, 8 September 2013

Muhasabah diri.. again..

bismillah~~

alunan nasyid Kasih Padamu Hafiz Hamidun membuatkan diri ini sedikit melangkah ke alam lain..
memikirkan tentang segala-galanya.. tentang diri, keluarga, rakan2, masyarakat, tentang Islam itu sendiri.. 

diri aku sendiri.. terpeliharakah aku?
terpeliharakah auratku dengan sebaiknya?
terpeliharakah pertuturanku sebaiknya?
terpeliharakah pergaulanku sebaiknya?
terpeliharakah diriku ya Allah?
:'(

ya Rasulullah~~
aku sungguh malu.. 
akukah yang ingin kau mengaku sebagai ummat?
aku rindu dengan syiar Islam yg pernah kau bawa.. 

kalaulah Rasulullah masih ada.. 
pasti kaum lelaki akan terjaga akhlaknya.. 
kaum wanita akan terjaga auratnya.. 

Rasulullah.. 
kenapa kami tidak dapat membendung sifat rakus dan tamak kami pada dunia? 
tengoklah dunia hari ni.. 
tengoklah gelagat anak2 muda hari ini.. 
bermacam2.. :'( 

apa mereka sudah lupa betapa susahnya.. 
Rasulullah dan para sahabat bertarung nyawa demi Islam? 

fikirkanlah abang2.. kakak2.. 
kembalilah pada fitrah.. 
apa kamu lupa keperitan ibu kamu lahirkan kamu ke dunia? 
adakah mereka ingin melihat kamu membesar dengan cara begitu? 
apa kami kaum perempuan begitu murah? 
apa kaum lelaki begitu senang digoda demi wang? 

ya. saya tidak mengenali kamu semua.. 
tapi sebagai saudara seislam kamu.. 
saya sedih dan terfikir apa yg kamu semua cuba fikirkan.. 
kamu tak malu ke?

apa kamu fikir kalau benda2 ni anak2, adik2 kamu yg terjebak? 
pernah kamu fikir? 

Islam perlukan kamu semua.. 
tolonglah kembali pada Allah.. 
Dia begitu rindukan kamu.. 
kamu tak rindu pada Allah? 

maaf. saya penat. 
saya penat dengan lakonan dunia. 
sy nak tinggalkan kamu terus lalai dan leka? 
itu pentingkan diri namanya. 
saya tak nak berusaha ke syurga sendiri. 
tolong lawan sifat negatif dalam diri tu. 

ingatlah. tarikh tu dah semakin hampir. 
bawalah nama kamu yg parents bg sampai akhirat. 
bawa erti nama kamu sebaik yg mungkin. 
harap kamu semua berubah ye. :') 
saya sayang kamu semua sebab tu sy tegur. 

sollu 'ala nnabiy~~ 

#salam mujahadah~~