Monday 23 June 2014

10 Mutiara Kata

waktu mengemas..
sehari suntuk..
penattt.. >.<

belek punya belek buku time zaman sekolah dulu..
tup tup jumpa buku nota kecil yang sentiasa dibawa ke mana2..

dalam buku tuh..
ada tertulis kata2 hikmat laa kononnya sebagai motivasi diri..

ada 10..
tak ingat laa.. tapi time nih rasanya kitorang kena cari 10 kata2 mutiara yang ala2 best laa kot..

:: number 1 ::
Apabila anda membuka buku, penjelajahan anda pasti bermula
(yg nih sy percaya.. hehe)

:: number 2 ::
Sekiranya anda jatuh tujuh kali, bangun kembali lapan kali
(haha.. kelakar.. kenapa tujuh? boleh laa.. boleh laa.. tujuh pun ok gak.. number fav aku tuh..)

:: number 3 ::
Penangguhan adalah pencuri masa
(tepat sekali.. T_T.. tapi tak pernah nak insaf... >.<)

:: number 4 ::
Kalau hendak belajar, jangan main-main
Kalau hendak bermain, jangan main-main
(hehe.. betul la tuh.. mama salu cakap.. nanti menyesal baru tau.. nanti menyesal baru tau.. hurmm)

:: number 5 ::
Kenalilah diri anda sendiri sebelum anda mahu orang lain mengenali diri anda
(hurmm betul laa.. tapi sampai hari ini, aku cukup kenal ke diri aku sendiri?)

:: number 6 ::
Menulis akan membawa anda membaca dan berfikir
(haa macam aku tgh buat sekarang nih laa.. hehe)

:: number 7 ::
Takluk sifat buruk anda atau ia akan menakluki diri anda
(jangan putus asa wani.. jangan!! nafsu nih memang kena rejam sungguh2.. baru cayaq.. haha)

:: number 8 ::
Tiada tekanan, tiada berlian
(haha xD gelak sorang2 aku baca yg nih.. mana aku dapat laa.. tapi betullah tu,, agak2 akuh laa mesti aku dapat dr english quote nih tapi akuh translate,, kah3 >.<)

:: number 9 ::
Jangan, jangan dan jangan sesekali mengaku kalah
(boleh.. selagi kudrat dan keyakinan masih setia kekal di sisi..)

:: number 10 ::
Bercakaplah mengikut kadar dan tahap pemikiran para pendengar
(betul,, tapi ramai antara kita cakap tak fikir dulu,, ikut emosi,, bukan akal,, sayalah tuh,, T_T)

sekian.

ouh2..
saja nak share..

current songs..
Cher Lloyd - Sirens
Jessie J - Who You Are
Jessie J - Nobody's Perfect
Imagine Dragon - Demon

yang dah lama tak post entri,
Wanie

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~