Tuesday 24 March 2015

Is it the time yet?

Hari ni bertandang ke rumah nenek..
Sepupuku dari Kajang balik kampung..
Jadi, inilah masa yang tepat untuk kitorang chit-chat..
Sebenarnya, tadelah lama pun gap aku jumpa dgn sepupu aku ni..
awal Disember 2014 aku singgah bertandang ke rumahnya sebelum bertolak ke Johor..

Yada... yada.. yada.. yada..
Kami bersembang tentang bermacam hal..
Tiba2, nenek datang mencelah..
Nenek join perbualan kami..
Terus nenek bertanya pada kami..
"Kamu dah 23 tahun sekarang.. kamu berdua tak rasa nak kahwin ke?"
Kami membungkam je.. tak tahu nak respon apa..
Lalu, spontan aku menjawab..
"Tengah tunggu 'Putera Kayangan' yang tak kunjung tiba la ni nek... sesat agaknya.."
Kami ketawa.. "...ke 'puteri' yang terlalu memilih tak? bukan takde orang nak.."
Aku diam..

Entah laa nek..
Hati semacam tak stabil pun ada..
Adik dah nak jadi isteri orang..
Aku? Jangankan nak kahwin..
Nak bercinta pun tak nampak bayang2..

Bukan takde rasa nak berumahtangga mcm orang lain..
Kawan-kawan yg dah lansungkan dan bakal pun tak pernah bosan tanya aku..
"Wani, bila turn kau pulak? Cepat2laa cari.. nanti ade reunion boleh bawak suami.."
Haha.. senyum je laa n aku hanya mampu cakap.. "In shaa Allah.."

Aku tak boleh bayang hidup aku lepas kahwin..
Ada suami.. ada family baru.. rumah baru..
pendek kata.. semua baru laa..
Aku bukannya jenis yang pandai bergaul dengan org sangat..
Tambah, aku ni jenis pendiam gila bila dgn orang yang aku tak biasa..
Kang, dikatanya orang.. aku ni sombong pulak..
Aku memang tak pandai nak mulakan perbincangan..
Agaknya sebab tu kot aku ni susah nak dapat kawan..
Tambah lagi, aku ni bukannya baik sangat..
Nenek cakap, if kita kahwin..
Tanggungjawab dekat suami..
Mintak apa saje ngan suami.. In Shaa Allah suami berikan..
Asalkan bukan yang mengarut dan tak langgar syari'at Allah..

Ayah pun dah start tanya2 kalau aku ade yang istimewa..
Selalunya aku akan lari dari pertanyaan tu..
Aku akan tukar topik atau apa saja..
Hari tu, aku diam.. Aku fikir.. "Dah sampai masa ke?"
Usaha harus ada..

Yang penting..
Jangan tinggal solat..
Dan.. tambah dua solat amalan..
Solat Dhuha dan Solat Istikharah..

in shaa Allah.. aku serahkan segalanya pada Allah..
ini bukan kerja aku.. ini kerja Allah..
Dia dah tentukan siapa jodoh aku..
jadi aku yakin Dia ada aturan sendiri tentang aku dan Jodoh..

:')

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~