Thursday 24 October 2013

Kursus Perkahwinan a.k.a Kursus Pembangunan Keluarga

bismillah~~

Alhamdulillah selama 3 hari.. 18 Oktober 2013-20 Oktober 2013..
telah ber'operasi'nya kursus perkahwinan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Agak penat.. itu saya akui.. tetapi sebenarnya banyak manfaat yg dapat dikutip daripada 'otai2' yg sedia berkongsi pengalaman dan nasihat.. alhamdulillah.. terima kasih.. :)

ada 12 kuliah semuanya kalau tak silap.. huhu.. bersengkang mata mendengar taklimat.. huhu
walaupun ada yg seronok, ada yg suam2 kuku je, ada yg biasa2 je.. tapi apa yg penting, ilmu yg disampaikan.. :) ilmu Allah itu luas.. pelajari kerana Allah insyaAllah..

bak kata salah seorang penceramah kami..
'kaf,ba,ro,kaf,alif,ta,nun'.. itu yg penting.. :)

perkahwinan itu bukan sesuatu yg main2..
banyak yg perlu kita jaga..
nak kahwin kena ada ilmu..
lebih2 pada si pemimpin keluarga..

ingat.. perkahwinan sentiasa dipenuhi dengan ujian untuk suami isteri..
Allah anugerahkan akal untuk berfikir dengan bijak untuk menetapkan sesuatu keputusan dan pilihan..

kita ini manusia.. insan yg lemah di sisi Allah s.w.t..
termometer iman kita sentiasa layak untuk diuji..
adakah ia suam, hangat, atau terlalu panas.. 
mungkin saat Allah uji itu.. 
hati kita sedang mencintai isi dunia ini dengan terlalu banyak sehingga terlupa akan Dia..
lantas..Dia hadirkan peringatan agar kecintaan yang berlebihan itu kendur..
dan kita kembali melangkah pada paksi asal agama dalam perihal mengabdi di muka dunia..

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~