Thursday, 24 October 2013

Ma Redhollahu illa fi redhoil walidaini...

bismillah~~

andai tiada dua insan ini..
tiadalah aku disini bernafas dengan tenang..

andai tiada dua insan ini..
tiadalah aku berjaya bertatih melangkah di muara kehidupan..

andai tiada dua insan ini..
tiadalah aku kuat menghadapi kehidupan yang penuh sarat dengan badai ujian..

andai tiada dua insan ini..
tiadalah aku mengenal erti kasih sayang dan kebahagiaan..

yang pasti..
andai tiada dua insan ini..
tiadalah aku dapat mengenal Pencipta kami dan kekasih utuh umat Islam..
Allah Azza Wajalla wa Rasulillah s.a.w..

terima kasih.. semoga Allah sentiasa memberkati hidup kedua insan tersayang ini..
aamiinnnn ya Rabb~~

insan yang akan sentiasa segar dan utuh di ingatan 
sampai saatnya mata akan ditutup rapat sehingga tiada apa lagi yang 
dapat dihubungkan dengan jasad ini kecuali 
doa sahabat2 dan kaum kerabat..

p/s: tiada apa yg dapat dibandingkan dengan pengorbanan seorang ayah dan ibu untuk anak2 mereka..