Friday 27 December 2013

Antara Dia dan Dirinya..

bismillah~~

aku juga sama seperti mar'ah lainnya.. punya hati, punya perasaan.. ya, aku akui.. kami begitu lemah disaat hati dan perasaan kami teruji.. tetapi diriku teruji begitu kuat sekali.. :') selagi rasa sayang dan rindu itu ada.. itu juga dinamakan cinta.. cuma yang membezakan sama ada cinta itu kuat ataupun tidak.. aku gemar berbahas soal hati dan perasaan kerana hal itu sangat dekat denganku saat ini.. hati ini telah dicuri, lalu dibuang lantas diangkat dan disambut kembali.. itu berkali-kali.. kata rakan-rakanku, aku ini jenisnya tidak betah dengan ujian hati.. itu tidak benar.. hati ini milik Sang Khaliq.. jika aku merasa suka dan cinta pada seseorang.. itu adalah takdirku.. ya.. cinta yang disia-siakan itu dirasakan sakit sekali.. tetapi, aku juga manusia biasa.. yang ingin kembali dicinta dan juga menyintai.. itu fitrah, sahabat.. jangan kau nafikan itu..

buat masa yang terdekat ini.. aku juga masih merasakan cinta.. tetapi cinta ini cuma tinggal bertepuk sebelah tangan saja.. aku juga tidak tahu.. tetapi dia adalah syabab yang masih kekal dalam hati ini.. dia juga tahu akan hal itu.. aku tidak dihiraukannya.. kadang-kadang, fikiran aku penat mencapai jawapan.. pelbagai perkara yang telah terjadi antara kami.. hubungan kami juga kadang-kadang baik.. kadang-kadang resah.. :') kata orang, itu lumrah kalau kita mahu berada di dalam situasi perhubungan yang sebegini..

aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.. sedangkan ada seseorang yang setia menungguku.. apakah aku kejam? selama ini aku sering berkorban rasa untuk sesiapapun.. tetapi tiada yang sanggup berkorban rasa buatku juga.. kadang-kadang kurasa bahawa dunia ini sedang mentertawakan aku.. seorang gadis yang lurus dan naif.. aku tahu bukan aku seorang sahaja yang mencintainya.. bahkan dia juga pernah mengkhabarkan bahawa ada insan lain yang benar-benar mahukan dia selain dariku.. hati aku sedih tetapi aku membenarkan kata-katanya.. tetapi aku berterima kasih pada Allah.. disaat Allah mengujinya dengan harta.. Allah curahkan mandian rahmat kasih sayang kepadanya.. disayangi begitu ramai oleh orang-orang disekelilingnya.. aku juga tidak pasti sama ada aku masih berada dihatinya atau hanya sekadar teman buatnya.. aku selalu sabar dengan kerenahnya.. hampir semua permintaannya aku penuhi.. seakan-akan ada magnet yang menarik hati aku untuk membantunya.. walaupun hati ini dia sakiti.. :') tatkala dia bercerita aku mendengar dengan penuh tenang walau hakikatnya hatiku saat itu berombak sayu..

ya.. aku tidak menafikan sedikitpun.. aku cemburu bila aku mendapat tahu bahawa ada insan lain selain diriku disampingnya.. bohonglah kalau aku sedikit pun tidak cemburu.. namun, aku pendamkan perasaan itu seorang diri.. aku hanya menceritakan rindu aku pada Allah dan alam sekeliling yang sudi mendengar curhat hati ini.. kerinduan hati pada seseorang yang aku rasa tidak mungkin akan menjadi milikku.. do'a-do'a terus kupanjatkan pada Ilahi agar Dia menjaganya disetiap langkahan kakinya.. aku sedar betapa aku menyayanginya.. dan mungkin juga Allah ingin memberitahuku supaya jangan lebihkan cinta duniawi daripada cinta-Nya.. :') aku juga tidak betah menjadi orang asing buat dirinya.. aku tidak tahu sama ada dia sedar atau tidak tentang kenyataan itu..

aku tidak mahu dia terluka.. aku tidak mahu dia kecewa.. aku juga tidak betah melihat dia dalam kesusahan.. setiap kali aku ingin membantunya, setiap kali itu jualah hatiku berbisik kecil bahawa dia bukan milikku lagi.. :') kenyataan itu sakit sekali bagiku.. namun, aku sanggup korbankan kebahagiaanku sendiri demi melihat senyuman terukir diwajahnya dengan tenang.. dan aku juga sedar aku tidak betah menghukum jiwa dan perasaan yang lain hanya buat kepentingan diriku sendiri.. biarpun telah kucuba berulang kali.. hatiku masih memihak kepada dia.. sekiranya dia sememangnya bukan untukku.. semoga aku diberi kekuatan untuk melupakan dia..

:')

hasbiallahu wani'mal wakiil fani'mal mawla wani'man nasiir..

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~