Monday 16 December 2013

:')

Awak...
Ya. Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan,
Ada tangisan yang tersembunyi,
Ada harapan yang terlukis terang.

Namun di situ,
awak memilih untuk senyum,
awak bertahan dalam diam,
awak yakin dengan doa.

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang Lebih Mengerti.
Awak menangis di hadapanNYA yang jauh Lebih Memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya. Hanya untuk DIA.

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.

Kerana hatimu teguh bersama PENCIPTA...

#hanya mampu tersenyum tatkala mata ditarik magnet kata-kata ni.. 

Allahu.. :') 


No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~