Thursday 26 November 2015

Bismillah..

Ya Allah.. Kau kuatkanlah hatiku.. Sebenarnya aku sudah penat menjadi yg selalu mengalah.. Mengalah dengan semua orang.. Diriku tak sempurna.. Tiada yang sempurna.. Aku keliru.. Aku tak tahu arah mana yang perlu aku tuju.. Aku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang benar..

Pertemuanku dengan Hamzah aku anggapkan sebagai ujian besar buat diriku.. Aku percaya Kau punya rencana yang lebih baik.. Sebenarnya aku buntu harus bagaimana lagi untuk aku pastikan supaya dirinya sentiasa dekat dengan diri-Mu.. tapi dia salah faham.. dia salah anggap.. Anggapannya diriku hanya mengongkong dia. Ya Allah sedihnya aku Kau saja yang Maha Mengetahui segalanya..

Salahkah jika aku hanya ingin dia berubah..
Salahkah aku jika hanya ingin yang terbaik buat dirinya..
Salahkah aku jika meminta itu ini buat kebaikan dirinya sendiri..

Kenapa dia cuma fikir aku ni menyusahkan?
Kenapa dia tak nampak sisi baik perkara-perkara yang aku cuba lakukan?

Aku silap ya Allah..
Aku kira penampilan itu hanyalah luaran semata..
Ya. Itu benar. Tapi tidak pada kaum kerabatku.

Dan aku bukanlah kejam mahu mengabaikan dirinya begitu sahaja.
Ya Allah bantulah aku. Bantulah dia. Bantulah kami.
Berikan hidayah kepada kami dan kaum kerabat kami.

Kau detikkanlah hatinya untuk mengubah penampilan dirinya supaya aku tenang berdampingan dengan dirinya. Kau tundukkanlah pandangannya dari pandangan-pandangan maksiat. Kau jauhilah dirinya daripada godaan-godaan hawa nafsu dan syaitan, ya Allah. Aku mohon Kau dekatkanlah dirinya dengan agama-Mu ya Allah. Jangan Kau biarkan dirinya begitu. Sungguh kalau dirinya bukan jodohku, sekurangnya aku dapat melihat ada sinar bahagia yang dia tidak pernah dapatkan sebelum ini, iaitu sinar kemanisan iman. Aku mohon ya Allah. Sungguh aku buntu. Aku sudah tak terdaya lagi.

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~