Thursday 26 November 2015

Maaf andai pintaku begitu dan begini..
Maaf andai kau tidak merasakan bahagia..
Maaf andai salah caraku mencintaimu..
Maaf andai kata-kataku mengguris hatimu..
Maaf juga andai kau rasa diri ini menyusahkan..

Sungguh, demi Allah
Tiada apa yang ku mahukan selain yang terbaik
untuk hubungan ini, untuk kita.
Andai kau pintaku untuk melangkah pergi, aku akan
Tapi waktunya bukan sekarang
Kerana ada sebuah janji yang kulakarkan

Ya. Aku cemburu.
Cemburu aku kerana sayang.
Cemburu aku kerana cinta.
Cemburu aku kerana kisah.
Cemburu aku kerana menjaga.
Andai suatu saat nanti, Allah tarik rasa cemburu ini,
pasti saat itu kau akan menyedarinya,
kerana aku sudah lelah.

Sekiranya aku boleh,
mengapa engkau tidak.

Aku tahu aku bukanlah insan-insan hebat
yang pernah berada di hatimu.
Aku bukanlah insan yang mampu memahami kehendakmu

Jika hatimu bertanya,
"Mengapa Allah temukan kita jika ianya seperti ini?"
Aku juga mempunyai persoalan yang sama saban hari.

Semoga Allah menuntunmu ke jalan-Nya.
Aku hanyalah sebagai pengantar.
Aku hanyalah sebagai asbab.
Agar kamu bisa tersenyum lagi bertemu mereka
di taman syurga kelak, In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~