Tuesday 19 November 2013

Indahnya Awan..

Awan dilangit bergerak perlahan..
Ditiup angin yang semakin galak..
Kepulanmu sangat mempesonakan..
Pelbagai bentuk dapat tercorak..

Awan dilangit mencuit hati..
Putih bagaikan buih, biru bagaikan laut..
Hitam tika menggumpal hujan bertali..
Saat itu hatiku kecut..

Akankah awan membentuk hati?
Atau di dada luasmu membentuk kalimah Ilahi?
Supaya keimananku terus teguh berdiri..

Atau.. perlukah ditunggu awan yang baru?
Memberi alamat tentang siapa cinta hatiku..

Lihatlah di langit situ..
Awan berkepul jadi perahu..
Segala angan dan niat tertuju..

Namun.. engkau ialah awan..
Berubah mengikut keadaan..
Segala imej membentuk fikir..
Memberi seribu makna seribu impian..

Tapi mampukah awan terus bertahan?
Kerana sebentar kelak anganku mencair..

No comments:

Post a Comment

leave ur footstep here~~