Tuesday, 5 November 2013

Salam Ma'al Hijrah 1435

bismillah~~

Salam Ma'al Hijrah yg ke 1435..

there is one thing that popped up in my head about this new year..

saya teringat buku 'Wadah Cinta Solehah' karangan Rusnah Abu Samah..
dan saya percaya buku ini sangat bagus..
penuh dengan kata2 semangat..
saya suka..



insyaAllah.. pembaca akan tertarik disebabkan buku ini mempunyai persembahan yg sangat bagus dalam melontarkan idea-idea yang fresh.. buku ini menggunakan warna penuh, grafik, foto dan ilustrasi komik di mana saya percaya remaja2 perempuan insyaAllah sangat menyukainya..

buku ini adalah sebuah buku motivasi untuk remaja perempuan..
saya sangat mengesyorkan buku ini pada sahabat2 perempuan..

terdapat sebuah kata2 yg berjaya mencuri tumpuan saya sewaktu kali pertama membaca buku ini..

"Aku tidak akan melatah hanya untuk keinginan dan tidak akan mengalah hanya untuk keperluanku. Menurutku, cinta adalah sebuah keperluan dan cita-cita adalah sebuah keinginan. Aku percaya, keperluan memerlukan waktu dan kesabaran, suatu saat ia pasti akan datang. Sementara keinginan, dapat datang dan pergi, muncul, hilang dan mungkin akan muncul lagi dengan wajah baru. Aku akan bersabar untuk mendapatkan keperluan hidupku. Dan aku tidak akan mengalah untuk mendapatkan keinginan hidupku."

Dalam Wadah Cinta Solehah ini juga ada digariskan 8 tip untuk remaja perempuan insyaAllah..

1) Jangan memandang rendah keupayaan diri.
2) Sentiasa muhasabah dan perbaiki kelemahan diri.
3) Nak malu biarlah kena pada tempatnya.
4) Sentiasa berfikiran positif.
5) Sentiasa bersedia dan tidak menangguhkan kerja.
6) Badan sihat dan minda cerdas.
7) Hargai diri.
8) Sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

percayalah!
buku ini keren banget!

so.. dengan membaca buku ni..
semoga dapat perbaiki attitude dan personaliti kita yg baru..
dan insyaAllah ke arah yg lebih positif..

Salam Ma'al Hijrah wa Mahabbah~~