Sunday, 4 November 2012

Mujahadah??

Banyak cubaan datang di saat pertama aku berjilbab. Ramai yang mengatakan dan menilaiku islam fanatik, terrorist dan sebagainya termasuk ibu ku yang takut dengan niat jilbab ku. Beliau takut aku hanya sebentar berjilbab.Namun hanya doa sebagai penguatku. Aku selalu berdoa agar Allah menguatkan hatiku agar tetap istiqomah di jalan-Nya.

Syukurku kepada Allah atas hidayah yang dikurniakan. Terasa hidup ini tenteram, selalu rindu akan datangnya waktu solat. Aku sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasakan ketenangan hidup seperti ini.

Kembalilah pada-nya, di jalan-Nya..
Cubalah cinta kepada-Nya, dekat dengan-Nya..
Kau akan rasakan keikhlasan dan ketenangan di hati..
Merasakan rindu beningnya kasih Ilahi..

#Mujahadah itu pahit dan perlukan kekuatan sebab.... syurga itu manis... ^_^